Jual lukisan

Aku suka melukis. Dan aku tidak pernah terfikir untuk melukis secara serius.
 
Aku ada member yang punya minat sama dengan aku. Melukis. Dia pelik kenapa aku tak kumpul semua karya-karya aku dalam satu fail untuk disimpan dan dikatalogkan. Untuk tontonan anak cucu katanya. 

Aku suka melukis/menconteng/men'doodle' di atas kertas nota atau buku-buku ikut sukati aku bila aku rasa nak lukis. Aku tak ada buku sketch atau buku khas untuk melukis. Biar karya aku bebas merata tanpa perlu dikuarantin di satu tempat sahaja. 

Fikiran aku mula berubah sedikit demi sedikit bila aku mendapat tawaran melukis dari aku punya tutor untuk dimuatkan dalam bukunya. Buku tu tentang tidur. Aku diminta untuk melukis posisi tidur, orang tidur, mimpi dan beberapa buah lukisan lain. 

Awalnya, aku nak jual lukisan aku RM7 satu lukisan, tapi tutor aku nak beli RM10 satu lukisan. 

10 lukisan x RM10 = RM100

Alhamdulillah, cuti sebulan ni dapat juga aku menjana kewangan dari rumah. Aku juga sudah mula berfikiran serius dengan hobi melukis aku ni...

1 comment: