Melepak Mapley

Enam buah motosikal bergerak secara konvoi ke mapley PJ yang sungguh famous dengan nasi lemak nya yang sedap dan murah.

burrrrrpppp.

Kenyang

Tak jadi beli buku di Big Bad Box Sale




Di hari kejadian, aku tak beli pun buku kat Big Bad Box Sale. Ingatkan bole beli satu-satu. Rupanya kena beli kotak yang diisi dengan buku. Harga minimum kotak RM 79.90.

Akhirnya melawat booth Lejen dan membeli buku RageRageRage dan La Adri.

Puas.

Duga.Cuba.Halang.

Kau.

Yang sedang membaca tulisan ini.
Aku nak tanya.

Boleh?

Apa beza duga, cuba dang halang?

Kau pernah dengar tak orang kata "hidup ini penuh dengan dugaan, cubaan dan halangan"?

Bila dah ditambah imbuhan 'an' kat belakang aku dah mula konfius dengan makna sebenar

duga. cuba. halang.

Kritikal.

EKSPEKTASI

Dulu...
Aku.
ya aku. 
bukan orang lain.
Aku.

Aku suka 'ekspektasi melangit' terhadap yang apa yang aku rasa sangat sempurna di mata
dalam bahasa omputih "high expectation" la..
faham.
Faham tak?

contoh
aku mahu kamu si pembaca menganggap ini sebagai contoh buat kamu
tapi, contoh ini contoh realiti bagi aku

aku lihat seorang budak berkopiah atau tudung labuh
nampak sangat baik lagi suci
selalu jadi imam kat surau, 
baca quran sedap, 
selalu bagi tazkirah
aku anggap dia suci, 
kudus, 
mulus, 
dan semua yang baik-baik belaka
tiba suatu masa
aku dengar atau nampak satu kejahatan dia
aku kata 'satu' saja ya
tak banyak pun
terus aku berkata dalam hati
'hipokrit'
'nampak baik rupanya...hmmm'
'ceh..rupanya tak la baik sangat'
'menyampah la dengan orang berlagak "konon" ni'
'nama je balajar agama....tapi...'
dan kata-kata sewaktu dengannya
yang menunjukkan benci

Kini...
Aku.
ya aku. 
bukan orang lain.
Aku.

Aku mula berfikir cara berfikir aku yang dulu itu
Bukan salah dia aku jadi pembenci
bukan salah dia aku jadi pengumpat
bukan salah dia aku nak anggap dia hipokrit

Aku yang salah sebab meletakkan dia terlalu tinggi di mata aku 
dan bila jumpa secubit salah prilakunya
aku juga yang sakit hati

padahal, 
dia tak rasa apa
sebab dia juga manusia macam aku
macam kau
macam dia
macam mereka
ada salah 
ada silap
ada lompang

maka
bersederhanalah
dalam setiap apa yang kamu fikir
dalam setiap apa yang kamu buat
dalam setaiap apa-apa sajalah

takut bila tinggi sangat.
jatuh
patah riuk
kita juga yang sakit

Budak jalanan


Aku terserempak dengan beberapa orang member kat bus stop. 

"Tu dia, budak jalanan dah sampai!" jerit salah sorang dari mereka. Aku macam.. what the... apsal panggil aku budak jalanan pulak??

Oh, aku baru teringat yang aku dok promote kat member2 aku untuk join sekali buku jalanan dan dapur jalanan yang dianjurkan setiap minggu kat tengah kota raya Kuala Lumpur ni. 

Aktiviti-aktiviti macam ni, aku anggap sebagai gerakan indie yang berjaya kerana dilakukan secara 'istiqamah' (bak kata ustaz-ustazah) dan ianya adalah satu program yang baik dan menarik untuk menggalakkan anak-anak muda kita melakukan aktiviti berfaedah di samping membantu orang lain. 

Pergh.. aku punya stetement menteri belia sukan dan rekreasi.. kahkah..

itu aje.

sumber gambar : facebook Dapur Jalanan Kuala Lumpur.



Pengajaran Murtabak.

Hari-hari yang lepas, aku membeli  sebungkus nasi goreng ikan masin bersama 2 keping murtabak di pasar malam . Satu murtabak ayam dan satu lagi murtabak daging. Aku beli dua je. Tak lebih dari itu.

Maka tibalah masa aku bersama 5 orang lagi member (aimi, rahmah, zue, najwa, farida) memakan makanan-makanan yang telah kami  beli bersama-sama di pasar malam. Ada nasi kerabu, nasi goreng ikan masin, murtabak daging, murtabak ayam, mee goreng, buah epal, buah tembikai, rangka ayam, laksa penang, kaya ball, ayam panggang, telinga keling, jagung bakar, ayam ala2 ayam goreng uncle bob, air teh bunga, air asamboi dan air jambu. Setakat ini itulah yang masih segar diingatan aku kala aku menulis karangan ini.

Sesudah semua orang menzahirkan kekenyangan dengan cara masing-masing, ( antaranya  sendawa kuat, baring terlentang sambil memegang perut yang sudah kembung dan mata sudah sepet tahap maksima ) murtabak aku masih tinggal separuh. Separuh murtabak ayam, separuh murtabak daging. 

Jika akulah si murtabak itu, mungkin aku akan berfikir " ah, aku sudah tidak popular lagi dikalangan manusia. Kerana itu mereka tidak mahu menjamah aku sehingga habis. Tidak sedapkah aku? Tidak enakkah aku? Ini semua salah  tukang masak yang memasak aku. Perisanya mungkin tidak cukup sehingga manusia-manusia di hadapan aku ini sudah tidak memandang diriku yang hina ini..." sambil mengeluarkan air mata kesedihan.

Maka, aku membuat keputusan untuk membungkus murtabak itu untuk sarapan pagi esok hari kalau masih eloklah.

Esoknya, aku membuka bungkusan murtabak. Semut-semut kecil sudah awal bersarapan dengan menu murtabak pasar malam semalam. Hendak dihalau semut-semut yang bilangannya aku congak mungkin ada dalam 94 ekor, rasa kasihan menyelubungi. Hendak dimakan murtabak itu, takut termakan sekali dengan semut-semut. Pada pengetahuan aku, memakan semut akan mengakibatkan penyakit lupa. Tetapi, aku tidak pasti sejauh mana seriusnya tahap pelupa tersebut. Adakah sekadar lupa handphone letak kat mana atau sehingga tahap lupa nama sendiri? Jangan tanya aku kerana aku juga tidak pasti. Ah, aku dah lari topik. 

Akhirnya, aku buang murtabak itu. Mungkin itu rezeki semut-semut tersebut. 

Pengajarannya, jangan beli murtabak dua keping. 

Satu cukup. 

Jual lukisan

Aku suka melukis. Dan aku tidak pernah terfikir untuk melukis secara serius.
 
Aku ada member yang punya minat sama dengan aku. Melukis. Dia pelik kenapa aku tak kumpul semua karya-karya aku dalam satu fail untuk disimpan dan dikatalogkan. Untuk tontonan anak cucu katanya. 

Aku suka melukis/menconteng/men'doodle' di atas kertas nota atau buku-buku ikut sukati aku bila aku rasa nak lukis. Aku tak ada buku sketch atau buku khas untuk melukis. Biar karya aku bebas merata tanpa perlu dikuarantin di satu tempat sahaja. 

Fikiran aku mula berubah sedikit demi sedikit bila aku mendapat tawaran melukis dari aku punya tutor untuk dimuatkan dalam bukunya. Buku tu tentang tidur. Aku diminta untuk melukis posisi tidur, orang tidur, mimpi dan beberapa buah lukisan lain. 

Awalnya, aku nak jual lukisan aku RM7 satu lukisan, tapi tutor aku nak beli RM10 satu lukisan. 

10 lukisan x RM10 = RM100

Alhamdulillah, cuti sebulan ni dapat juga aku menjana kewangan dari rumah. Aku juga sudah mula berfikiran serius dengan hobi melukis aku ni...

Sarapan

Jam menunjukkan jam 8.02 pagi. Perut aku lapar. Maka aku pun bersiap-siap untuk ke cafe. Aku beli nasi lemak RM1.80. Setelah selesai membeli nasi lemak, aku pun dengan lambat siputnya mengorak langkah ke mesin ATM nak keluarkan duit sikit.

Sejurus selepas aku keluarkan duit dari mesin ATM, aku pun menuju ke mesin gedegang. Aku masukkan duit plastik 1 ringgit (duit baru) dan duit kertas 1 ringgit (duit lama). Aku pun tekan butang air tropicana Epal. Aku tunggu bunyi "gedegang". Tapi bunyi  "klak" je aku dengar. Air tropicana tak keluar. Aku try tengok sekeliling, tunggu tak de orang aku pun tenndang mesin tu sekuat hati dengan harapan botol air tropicana yang aku dah bayar tadi jatuh. Tapi, tak de respon. Aku tendang lagi. Tak de respon jugak. Tanpa aku sedar, ada mata-mata yang sedang memerhari perlakuan aku. Ah, peduli apa aku. Duit RM2 perlu diselamatkan. Setelah berusaha menendang dan menampar mesin gedegang, akhirnya aku give up. Mungkin rezeki aku pagi ni bukan air Tropicana Epal.

Aku redha. 

Aku pergi ke mesin gedegang satu lagi. Aku masuk rm1.  Aku tekan untuk butang Pepsi. 

"Gedegang!"

Tapi, air yang keluar bukan air Pepsi, tapi air teh Krisantimum. Argghhh. Aku Geram. Aku pilih lain, air lain pulak yang keluar. 

Aku Redha.

Maka, bersarapanlah aku dengan nasi lemak RM1.80 dan air teh krisantimum. 

Burrppp. Kenyang.

Alhamdulillah. 

p/s : aku baru dapat berita pagi ni yang harga kangkung dah turun. Mungkin aku boleh tukar menu sarapan aku dengan makan Kangkung goreng atau kangkung lemak tak pun kangkung masak kicap. Murah pun murah. kahkahkah..

Selamat Tahun Baru Bersama Turun


Negaraku,
Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup,
Bersatu dan Maju,
Rahmat bahagia,
Tuhan Kurniakan,
Raja kita,
Selamat bertakhta,
Rahmat bahagia,
Tuhan kurniakan,
Raja kita ,
Selamat bertakhta.

Kali pertama aku sambut tahun baru dengan menyanyikan lagu negaraku tanpa countdown. 

Serius rare.

#rakyatpilihdataranmerdeka31disember #turun #bajuhitam #dataranmerdeka #suaramarhaen