KMDSGAKYAMKSP

Sebenarnya aku nak bagi tajuk entri aku kali ni "Kegagalan makan di Seoul Garden angkara kos yang agak membebankan kami, sebagai pelajar" secara ringkasnya adalah 'KMDSGAKYAMKSP'. Lantaklah korang nak pronounce macam mana pun. 



Niat asal pergi ke Paradigm Mall nak makan-makan di Seoul Garden sambil lepak menenangkan fikiran di minggu ulangkaji. Katanya ada promosi sempena Krismas. Terkorbanlah segala masa study (kononnya), duit naik teksi , LRT ke Kelana Jaya dan bas ke Paradigm Mall serta kudrat tenaga berjalan kaki demi untuk merasa makanan di Seoul Garden yang dicanang-canang sedap itu.

Sesampainya kami di sana lebih kurang pukul 3.30 ptg, untuk set tengah hari akan berakhir pada pukul 4 ptg, maka menunggulah kami untuk set dinner kerana kami yakin kami tidak mampu meghabiskan makanan selama 20+- minit sahaja. Tidak puas. 

Malangnya lagi, apabila kami kembali untuk makan set dinner, kosnya mencecah RM52 ringgit seorang. Apabila kami melihat semula poster yang ditampalnya diluar kedai, baru perasan sempena Krismas Eve, mereka akan menaikkan harga RM2++. Tak tahu pulak akan plus2 tu boleh mencecah RM50 ke atas.. 

Kami bukan anak jutawan, atau anak dato'2 atau anak pak2 menteri yang kantungnya penuh sampai melimpah-limpah. Kami tidak mampu. Harga keluar dari bajet asal kami. Awalnya, kami sangat down. Setelah beberapa minit, cuba berfikiran positif. Kami cari alternatif lain untuk makan steamboat juga. Kami tidak putus asa. 

"Bukan apa yang berlaku itu penting tetapi respons kita terhadap apa yang berlaku.Kalau kita guna formula kita ini, peristiwa yang berlaku campur dengan respons kita menghasilkan hasil kehidupan kita. Kalau peristiwa itu negatif, respons kita negatif, hasilnya mesti negatif. Jadi, kita guna formula, peristiwa negatif iaitu barang naik, respons kita mesti sangat positif, maka hasilnya positif." - Prof Muhaya

Akhirnya, dengan menggunakan formula 'positif', kami menemukan tempat makan steamboat yang lebih murah dan tidak kurang kenyangnya iaitu di See U Village Steamboat. Kedai ini masih dalam proses mendapatkan pensijilan Halal Malaysia. Tetapi, kami tidak was-was dan tempah untuk makan set seafood kerana kami mengaplikasikan nas Al-Quran bahawa semua hidupan yang hidup di air, bangkainya halal dimakan.

Kesimpulannya, kami gembira. ^_^

No comments:

Post a Comment