Aktiviti sebelum minggu memuntahkan semula apa yang dah dihafal di atas helaian kertas atau dengan kata lain aktiviti sebelum minggu peperiksaan. Panjang la pulak tajuk entri aku kali ni.

1.12.2013, lebih kurang pukul 6.00 petang,

Aku pergi PPUM sebab hantar member sakit (sakit perempuan). Tengah nak mendaftar kat kauter, akak yang duduk kat kaunter tu cakap kat aku, masa menunggu mugkin dalan 4-5 jam lagi. Aku dah macam  ..What the!?? Tapi, sebelum menunggu tu, member aku kene inject ubat tahan sakit, so aku macam consider sikit. Aku istighfar balik sebab mencarut. Ini kali pertama aku pergi PPUM. Tengah menunggu giliran, seorang sis kat sebelah aku cuit lengan. Aku toleh. Di gerak-gerakkan tangan. Aku kerut dahi tak faham. Last-last baru aku perasan dia tak boleh bercakap, bisu. Aku pun borak-borak dengan dia dengan bahasa isyarat. Angkat tangan kiri kanan sikit. Goyang-goyang tangan sikit. Main hentam je, tapi yang anehnya kami boleh faham apa yang diisyaratkan walaupun takde suara. Magikkan? Dia cakap dia lapar dan tanya kafe kat mana. Itu yang aku faham dari bahasa isyarat yang dia buat. Aku pun tunjukkan kafe dan tolong dia beli makanan. Itu kali pertama aku borak dengan orang bisu. Satu pengalaman menarik yang akan aku ingat dalam kepala aku.


5.12.2013, 8.00pagi - 5.00 ptg


Pesta Kokurikulum, UM, kitorang kena hias dan kena jaga booth pameran untuk kelas kokurikulum, GREK1007, Asas Seni Halus. Nak hias tak de idea. Main tampal je lukisan yang dah diframekan dengan kadbod hitam. Tambah riben sikit atas kat penjuru atas kana kiri. Siap. Tapi, aku sungguh tak sangka pulak booth kitorang boleh menang kategori Konsep Terbaik. Dapat hamper besar. Sampai hari ni aku masih tertanya-tanya ape konsep kitorang. Aku tengok booth2 lain siap pasang langsir raya dan ada demo-demo bagai. Mungkin simple itu konsep terbaik???


5.12.2013, 4.00 ptg

Lepas jaga booth pameran ko-k, aku pergi ke Executive Talk : Imam Masjidil Haram Syeikh Khalid al-Ghamidi. Teruja dapat jumpa beliau. Dalam ucapan beliau, banyak ditekankan tentang Rasulullah s.a.w. Bagaimana Rasulullah sanggup meminta kesakitan seluruh umatnya ketika saat akhir hidupnya. Bagaimana Rasulullah hidup dengan penuh sederhana. Beliau juga memperdengarkan bacaan ayat suci al-Quran sampai mengalirkan air mata 
p/s : tsk..tsk.. insaf seketika. 



5.12.2013, 8.00 malam

Lepas maghrib, hujan renyai-renyai. Ah, peduli hape hujan ke tak. Kalau aku memang nak pergi, akan ku pergi jua walau apa pun berlaku (bahasa sastera). The Legacy, sebuah program mega yang menarik tentang Rasulullah s.a.w. Ade 3 slot, aku sempat pergi slot yang pertama je, The Icon. The Family Man dengn The Most Inflential aku tak sempat pergi. Try usha fb The Legacy - UM.



7.12.2013, lebih kurang 9.00 pagi - 3.00petang


Menghadiri perkahwinan cousemate. Semoga bahagia sampai sorga Atikah dan Fitri. :-)


15.12.2013, 9.00 pagi sampai tengah hari.








Sukan anjuran junior kos, A-Star. Aku mewakili rumah Ungu bermain bola tampar dan taji ayam. Aku memang dah lama sedar aku seorang yang 'tangan bangku' kerana hingga kini aku tidak reti menampar bola dalam permaianan bola tampar. Bola tampar merupakan antara sukan yang aku tak berapa minat sebab akan melebamkan aku punya tangan. Gambar kredit to -DK.


15.12.2013, 3.00 petang


Niat pertama mahu temankan member bernama Atikhah membeli-belah buku di Big Bad Wolf Book Sale, @ The Mines, Serdang. Dia peminat buku. Aku pula pembaca yang malas. Atas dasar member, aku temankan juga. Bila sampai kat tempat kejadian lebih kurang 4.30 petang, aku pulak jadi rambang mata. Buku-buku yang kau selalu nampak berharga dalam RM20 ringgit ke atas boleh dapat dalam RM5.00 sebuah. Giler punya sale!! Kebanyakannya buku berbahasa Inggeris. Mungkinkah buku-buku inggeris ini tidak laku dijual di Malaysia lalu dijual di sini dengan harga lelong atas dasar penghabisan stok? fikirkanlah... Lepak kat sini sampai 9.00 malam. Aku hanya beli sebuah buku Inggeris bertajuk ' Your Pinkle is More Powerful Than Your Thumb'. Aku perhati je ragam pembeli-pembeli yang sesak kat situ. Siap bawa bagasi gedabak nak borong. Pergghhh. Memang serius ulat buku atau peniaga yang pandai cari peluang, yang akan jual balik buku-buku tu dengan harga mahal dan dapat untung. kah kah kah..



19.12.2013, 10.00 malam

Dekat poster, mula forum 7.30. Kitorang pergi 10 malam, hebat kan. Datang lambat sikit sebab kat kolej ade Solat Hajat dan makan-makan.  Mesir, isu agama atau kemanusiaan?. Tajuk pun dah salah. Agama konfirm-konfirm untuk manusia, bukan untuk lembu atau ayam. Makan jawapannya agama dan kemanusiaan sebagai subset agama. 


21.12.2013, 9.00 pagi.

Menghadiri  Annual Grand Meeting Persatuan Mahasiswa Sarawak Universiti Malaya. Pemilihan ahli majlis tertinggi menggantikan MT sementara. Menu : mi hoon goreng, karipap dan teh panas. 
Kamek Anak Sarawak!!


21.12.2013, 2.00 petang

Menghadiri Konvensyen Pendidikan TFTN kali ke 2 yang sepatutnya aku daftar pulkul 8.00 pagi tapi terpaksa pergi separuh hari sahaja kerana ada urusan lain pada paginya. Naik LRT turun di stesen LRT Kerinchi dan jalan kaki seorang diri menuju ke TM Convention Center. Sesampainya aku disitu, terus dijemput makan tengah hari nasi kerabu. Free of charge. Sempat mendengar dua buah forum (panel : Sasha Saidin, Loque, Dr. Mazlee Malik, dan Fathi Omar) dan perkongsian oleh sukarelawan Teach for the Needs sangat menyentuh hati. Juga membeli buku 'Surat Untuk Anak' tulisan Mohd Affandi Ramli seorang ayah kepada dua orang anak yang menghidap Cerebral Palsy (CP). 

Silalah like page Hope 2 Walk sebagai tanda sokongan kita ke atas kanak-kanak yang menghidap CP. 
Juga jangan lupa like page Teach For The Needs . :-)


22.12.2013, 6.00 petang

Aku dengan Zu, roomate bercadang untuk meninjau Dapur Jalanan Kuala Lumpur (DJKL). Aku tahu pasal Dapur Jalan ni pun sebab terbaca status Benz Ali. DJKL merupakan sebuah projek di mana sukarelawan akan menyediakan dan membahagikan makanan untuk teman-teman gelandangan di Kuala Lumpur. Like le reramai ye page Dapur Jalan Kuala Lumpur, dan yang nak bagi sumbangan dialu-alukan. Ramai juga aktivis yang aku jumpa kat situ seperti Mat Lutfi dan Adam Adli. Nak sangat join, tapi tak de geng dan segan tahap menara klcc ketinggiannya pada waktu itu.  

Hanya melihat dari jauh. Nama dah tinjauan kan? Insya'Allah lain kali aku akan join .. :')

Ok, sekian saja tulisan di musim peperiksaan..

No comments:

Post a Comment