Nugget ayam berbentuk hati.


Beberapa hari lepas aku telah mengikuti program Career Drive di PWT. Tapi, di dalam karanganku kali ini, aku tidak mahu berbicara tentang isi kandungan program tersebut. Aku mahu berkongsi dengan pembaca sekalian tentang nugget ayam yang berbentuk hati. Jangan abaikan terus ayat pertama di dalam karangan ini kerana ianya ada sedikit kaitan dengan nugget. Hubungan ayat pertama dalam ayat ini dengan nugget berbentuk hati  adalah nugget itu telah disediakan untuk makan tengah hari semasa program itu berlangsung. Ah, karanganku kali ini bermula dengan rapuan. Tidak mengapa bukan?

Bila tiba waktu makan tengah hari, semuanya berebut-rebut untuk mengambil makanan. Ramai. Rakus. Haru-biru. Kalau ikutkan hati, mahu sahaja aku tolak mereka ketepi dan memotong barisan mereka dengan selamber. Hakikatnya tiada barisan. Yang ada hanya kerumunan yang bentuknya tidak sekata. Tetapi aku tidak mahu berbuat demikian kerana tidak mahu kena lempang oleh mereka. Aku hanya mahu makan. Aku tidak mahu kena lempang. Malangnya nasi goreng telah habis dan mereka-mereka yang sebelumnya hanya meningglkan nugget-nugget yang berbetuk hati untuk aku dan beberapa orang yang terakhir makan. Ah, kira ade makanan pun sudah cukup. Bersyukur. Aku pujuk hati ini yang lara. 

Selesai menghabiskan beberapa ketul nugget untuk makan tengah hari, aku pun bergerak ke arah meja untuk meletakkan pinggan yang telah kosong. Burppp... sempat aku bersendawa sedang aku menuju ke situ.  Aku pandang kiri kanan. Tiada orang. Alhamdulillah.

Dari kejauhan aku nampak seorang mak cik berbaju kurung dan bertudung yang hanya disimpul di bahagian dagu sedang menyusun pinggan di atas meja. Aku perhati lagi. Sebenarnya dia bukan menyusun pinggan mangkuk tersebut. Aku nampak dia sedang mengumpul saki-baki nugget yang tidak habis dimakan oleh mereka-mereka yang membazir.

Aku dan seorang lagi sahabatku berjalan menuju ke arah makcik berkenaan. Dia tidak menghiraukan kami dan terus mengumpul nugget2 yang berbaki di dalam beberapa buah pinggan dan memasukkannya ke dalam paper bag miliknya. Sahabat aku menghulurkan pingganya kepada mak cik tadi. Di dalam pinggan itu ada beberapa biji nugget yang tidak habis dimakan. Mak cik itu terus mengambil nugget tersebut dan meletakkannya di dalam paper bag yang tersangkut di bahunya. 

"Membazir makanan tak habis ni ", aku tangkap ayat pertama yang keluar dari mulut mak cik itu apabila kami bertentang mata. Sentap. Kasihan.

Saat kamu-kamu merungut bosan dengan menu harian, ada yang tidak punya makanan langsung untuk disuap. Maka, kamu-kamu yang dapat makan, bersyukurlah.

Burrppp.. kenyang.


No comments:

Post a Comment