alkisah raya, peperiksaan dan kahwin.

Hari raya pertama tahun ni aku tak keluar rumah pun sebab aku kena jadi tukang cuci cawan dan tukang hidang air kat rumah nenek. Kadang-kadang dibiarkan aje aku sorang melayan tetamu kalau yang datang tu budak2. Sudahlah aku pendatang. Mana nak kenal orang-orang kat kampung ni sangat. Kadang-kadang raya ni sekadar nak menjamu orang makan je. Bukannya nak mengeratkan silaturrahim. Memang tak de duit rayalah budak2 tu datang kalau aku yang melayannye.

Cerita pasal peperiksaan pulak, adik aku tahun ni nak ambik SPM. Sepupu aku yang dua orang lagi nak kena ambik UPSR dan PMR tak lama lagi. Maka, bersepahlah buku2 past year dan kertas2 soalan di atas meja hari raya sebab diorang nak studylah kononnya. Kononnya lah. Sebelah tangan lagi pegang tablet, sebelah tangan pegang smartphone, mulut tengah kunyah biskut raya nak study? Hmm.. studyla sangat (tangan di dada mata ke atas). Papepun aku doakan mereka cemerlang dalam peperiksaan yang bakal menjelang.

Raya kali ni sungguh ramai pemuda-pemudi kampung Nangar ini yang mula mendirikan masjid. Setiap hari ada je majlis perkahwinan. Aku rasa mereka-mereka yang mengadakan majlis perkahwinan di kampung ini sudahpun bermesyuarah sesama mereka agar tarikh dan masa perkahwinan mereka diatur dengan dengan teliti dan tiada pertindihan. Rumah ni buat hari ini, jiran sebelah pulak buat hari esok. Dalam sehari kadang2 ada dua majlis kahwin, rumah ni buat pagi , rumah tu pulak buat petang. Sungguh harmoni dan tiada pertindihan masa. Yang aku respek, majlis kahwin kat sini tak guna catering atau buffet. Semuanya bergotong-royong memasak dan makan pun berhidang. 

No comments:

Post a Comment