Taubat

Semalam aku buat dosa
Malamnya aku minta ampun pada tuhan

Hari ini aku buat dosa
Malam nanti aku minta ampun pada tuhan

Esok aku buat dosa lagi
Malam esok aku akan minta ampun pada tuhan lagi

Harap-harap taubat diterima
Tuhan kan maha pengampun

Ya, memang benar.
Memang tuhan maha pengampun
Selagi kau mohon ampunkan dosa kau
Pasti dia akan ampunkan dengan izinnya

Jangan risau
Banyak kali pun tak apa
Tuhan kan maha pengampun?

Apa yang perlu kau risaukan sekarang bukannya dosa kau terampun atau tidak
Apa yang perlu kau risaukan adalah nyawa kau yang entah bila tamatnya

Semalam kau buat dosa,
Semalam kau mohon ampun
Semalam juga dosa kau diampun
Alhamdulillah.

Hari ini kau buat dosa
Malam nanti kau mohon ampun
Kalau umur panjang sempat dosa kau diampunkan
Insya'allah.

Esok kau buat dosa
Petangnya nyawa dah terhenti
Dosa yang belum terampun macam mana?
Innalillah...

notakaki: Jangan tangguh saat kau nak minta ampun pada tuhan sebab kau tak tahu bila malaikat Izrail datang menjemput.

No comments:

Post a Comment