Khabar angin

Kampung Tegageng Suai.
Hari tu masa pegi makan doa selamat kat surau, aku dengar mak aku dengan makcik2 dok bergossip bersembang. Sekejap sembang pasal sireh.  Sekejap  sembang pasal surat kahwin. Tiba-tiba pulak keluar topik sawit dan sarang burung yang katanya semakin menurun harganya. Dan aku paling tak boleh blah macam mana diorang boleh kona pergi topik orang jual aiskrim. Jauh sangat tu.

Antara topik  yang buat aku tertarik adalah pasal ada ura-ura yang menyatakan ada beberapa orang datang ke kampung pergi tanda beberapa kawasan dengan tiang merah. Ada khabar angin yang kata mereka nak pacak tiang elektrik kat situ. Kalau betul, aku memang bersyukurlah. amin~

Untuk maklumat kamu-kamu yang membaca kampung aku ni terbahagi dua oleh sebatang sungai iaitu sungai suai. Tapi, tetap orang panggil Kampung Tegageng. Yang tak bestnye, diorang kata kampung yang kat seberang sungai tak de ditanda pun dengan tiang merah. So, probability kampung seberang nak dapat elektrik adalah tidak diketahui.

Aku petik kata-kata sorang makcik yang tinggal kat kampung seberang, 

" Kalau kampung kat seberang ni mereka tak pasang tiang elektrik, memang tak adillah. Kita dah undi sama-sama. Dapat kemudahan pun kena sama-sama. Tiba-tiba, separuh kampung tak dapat, separuh lagi ada elektrik. Tak bestla macam tu. Ingat kami kat kampung seberang ni tak mengundi ka?" 

(lebih kurang begitulah tu lah bunyiknye selepas diterjemah dari bahasa melanau baie ke  bahasa Melayu)

2 comments:

  1. cmna la hdup tnpa letrik. simpati.,

    ReplyDelete
  2. tulah pasal, pihak kerajaan patut ambil berat.

    ReplyDelete