IC Baru OTW

Cuti dua bulan ni aku adelah beberapa perancangan yang nak dibuat. Antaranya adalah aku nak buat IC baru.
tengok lame2 seram la pulak.


IC lama aku dah rosak sikit. Kaler IC pun dah tukar jadik kuning. Biru yang cantik tu dah tak nampak dah. Plastik yang balut muka depan IC pun dah rosak sampai muka kiut aku yang berumur 12 tahun tu pun dah tak dapat nak dicam sangat. Kabur.

Masa kat imegresen Airport Miri, aku diberi amaran supaya buat ic baru sebab muka dah tak nampak. So,  semalam aku pun pergi kat pejabat pendaftaran untuk buat ic baru. Kena bayar RM10. Dalam sebulan lebih, dapatlah ic baru kan.

Dulu aku ingatkan kalau nak bergambar IC kena pakai tudung hitam (bagi seragamla konon) dan bukak semua perhiasan kat muka contohnya cermin mata. Logiknya adalah supaya muka yang terpapar kat ic kita adalah muka sebenar dan suci dari segala perhiasan tambahan. Kalau IC lama zaman datuk nenek aku dulu, diorang kena letak rambut kat belakang telinga supaya nampak seluruh telinga sama ada bercuping atau tak. Tu yang mak aku cakap dulu la kalau tak silap. Aku tak ingat pulak bila dia cakap.

"Boleh ke pakai tudung macam ni untuk ambik gambar ic?", soalan pagi-pagi dari mak aku buat aku rasa was-was. Masa tu aku dah siap pakai tudung ton kaler oren hijau ala2 pelangi gitu kan. Adik aku cakap boleh je. Aku mula konfius. Penyelesaiannya aku pun tapau tudung hitam dalam beg (in case kalau2 dia suruh tukar tudung hitam).

Last-last, aku bergambar pakai tudung ton oren hijau tu jugak bersama speck mata bingkai tebal hitam aku...hahaha..

So, sesape yang blom buat ic baru tu, pakat2 la buat ic baru semuanya ye.

Saya sudah, anda bila lagi? 

No comments:

Post a Comment