Simbah Marah

hasil simbahan air dari langit
Malam ni aku tengah cool. Borak-borak dengan member sambil mencari  maggi. Tiba-tiba aku dengar bunyi air menderu-deru. So, aku dengan member pun keluar dari bilik. Ingatkan paip pecah, rupanya ada dua orang budak tengah simbah air dekat koridor aras tiga. So, mencurah-curahlah air tu membasahi baju yang diampai kat ampaian aras 2 dan aras 1. Pakaian yang aku sidai kat ampaian habis lencun. Pergghh..

"Woi, bengong! Kau tahu tak air yang kau simbah tu buat basah baju orang kat bawah ni. Simbah tu agak-agaklah. Dua baldi kot.", aku jerit dan sound budak dua orang tu. Tapi, diorang boleh buat dek je. Mungkin sebab aku jerit 'dalam hati' je. Sebab tu diorang tak dengar. Baru aku sedar betapa pengecutnya aku. 

Lepas diselidik, yang buat aku lagi naik angin diorang simbah-simbah tu sebab nak bersihkan air kencing kucing. Makin panas aku. Tapi sepanas-panas aku aku tak pernah lagi la bagi penampar kat orang. Paling kurang pun aku akan cuba coolkan diri sendiri dulu. Pastu bila dah cool, masalah settle. Simple kan.

Tapi, aku tabikla sorang senior yang dok satu aras dengan aku. Aku panggil dia kak Im. Dia naik dan bersemuka dangan budak dua orang tu. Entah apa yang dia cakap aku tak ambik tahu. Tak lama lepas tu, aku tengok dua orang yang simbah air ketuk pintu bilik bebudak aras 2 dan aras 1dan minta maaf pasal air yang diorang simbah.

Fikir dulu baru buat.

notakaki: nasib baik baju aku cuci tangan. kalau cuci mesin, aku tuntut rm2 dari budak dua orang tu.

2 comments:

  1. bahagian amapain ktorg kena tak aiman?

    -yama

    ReplyDelete
  2. tak. betol2 seberang blok korang. depan bilik kak im. jangan risau..huhu

    ReplyDelete