Serap ilmu

junjung macam ni ye.







Ambik buku. Buka halaman tengah dan junjung atas kepala. Maka turunlah ilmu-ilmu dari dalam buku itu masuk ke dalam kepala hotak kau. Kuasa graviti bumi akan menariknya ke bawah. Biarkan beberapa saat.  Kalau boleh kocak-kocak sedikit agar tiada yang tertinggal. Biar semua ilmu itu masuk ke dalam otak menembusi engkau punya tengkorak. 

Jika mengikut hukum alam iaitu 'diffusion' , molekul ilmu itu akan bergerak dari concentration yang tinggi ke rendah. Concentration ilmu di dalam kepala hotak kau kala ini adalah sangat rendah. Maka reaksi spontan akan berlaku di mana ilmu itu akan mendiffuse ke dalam otak kau dan memenuhi segenap ruang otak kau yang sebesar dua penumbuk itu. Sejurus selepas itu, kau akan menjadi manusia genius. Celah mana ilmu itu masuk ke dalam kepala hotak kau, itu belakang kira. Dapatlah kau jawab ujian dengan senang hati kerana kau sudah menjadi manusia genius...hahaha

Woi! Ini dunia realiti. Yang bulat takkan datang bergolek dengan senang kalau tak ade yang golekkan. Yang pipih takkan datang melayang kalau tak ade angin yang kasi terbang.

Kerja keras itu penting.

notakaki: segalanya tak mustahil selagi DIA mengizinkannya.

No comments:

Post a Comment