Sembang kencang




Satu hari, aku balik dari kafe kolej 12. On the way nak balik kk5, aku bertembung dengan beberapa orang budak kecik umur dalam 5 - 7 tahun, lebih kurang la kot. Masa diorang lepak betul-betul depan rumah pengetua. Sembang kencang sungguh macam orang dah besar. Antara perbualan yang aku sempat dengar masa aku lalu depan budak-budak tu lebih kurang macam ni la. 

Budak 1: Walaupun ayah Naufal dia kaya tapi dia baik kan?
Budak 2: Betul, betul.
Budak 1: Tapi Naufal jahat. Tak macam ayah dia.

Tu je la yang sempat aku dengar sebab aku takut dituduh jaga tepi kain pulak kalau jalan lambat-lambat sambil pasang telinga. Budak-budak sekarang bukan boleh buat main. huh. Ishh..ishh.. kecik-kecik dah pandai bergosip budak-budak ni. Aku nak jugak carik budak-budak yang sembang pasal kisah nabi ke kan.. 

No comments:

Post a Comment