Review : Filem Kil 2013


Minggu ni study week. So, nak release tension skit, aku n rumate aku dua orang decide nak keluar ke midvalley tengok wayang. Kil pulak dah keluar, memang cun sangat dah. Piece yang memang aku nak tengok semenjak 2011. Akhirnya. 

Pada aku filem ni adalah filem yang memaparkan permandangan biasa bagi seorang manusia biasa yang hidup di KL. Naik KTM, dok rumah flat, lepak atas rooftop, pagi pergi kerja petang balik kerja, kadang2 dapat bonus gaji, kereta rosak hantar pergi bengkel, tak dapat bayar hutang bulan ni bayar bulan depan. Memang dekat dengan kehidupan kita, memang terbawa sekali masuk dalam cerita. Walaupun permandangan biasa tapi jalan cerita dia memang banyak mesej-mesej positif yang tersirat. Banyak misteri yang dirungkai satu persatu dalam plot yang digubah dengan sangat cantik. Setiap babak tu semua ada klu menuju ending cerita. So, kena pandai susun sendiri. Cerita ni aku boleh sinonimkan dengan puzzle la.

Suspen 
  1. Apa sebab Akil nak bunuh diri?
  2. Kenapa rakan sepejabat Akil kekok nak berborak dengan dia?
  3. Life Action Bureau ni syarikat ape sebenarnya?
  4. Siapa Zara?
  5. Siapa yang acu pistol kat Akil
  6. Ending dia ape jadi kat Akil?

Humor :
  1. Part rakan sepejabat Akil offer 'kuih bulat2 yang ada sardin kat dalam'. Nak tahu apa lawaknya kene tengok sendiri.
  2. Kucing gemuk yang ada dua nama, Sati n Chong.
  3. Scene atas bumbung bila Akil nasihat budak sekolah yang nak bunuh diri sebab break ngan pakwe.
  4. Scene Zara n Akil depan lif.
  5. Masa bos Akil bagi bonus.
Romantik :  scene Akil dan Zara lepas tengok wayang.

Jalan cerita yang fresh dan tidak kliche. 

Aku bagi 4/5. So, sape yang belum tonton jangan judge ape2 dulu. Jangan dengar apa orang kata. Gi tengok dengan kepala sendiri dulu baru komen.

No comments:

Post a Comment