Kentang goreng griyasari

sekadar gambar penyeri
Aku duduk atas kerusi. Aku bukak  laptop. Aku cari mana-mana hiburan yang berkenan di hati. Setelah study, perut mula berkeroncong. Dengan senang hati aku bukak bungkusan plastik yang berisi kentang goreng griyasari. Panas lagi. Pergh...

Aku keluarkan satu and cicah dengan sos dalam plastik. Aku suap kentang goreng yang masih panas masuk dalam mulut. Ngap! (krup krup bunyinya sebab rangup) Nikmat. Aku ambik satu lagi dan ulang perlakuan tadi. Ngap!

Adoi! Sakit.

Garam yang menyaluti kentang goreng griyasari betul-betul kena aku punya ulcer a.k.a. mata ikan kat bibir. Pergh.. 

Nyilu.

notakaki: pagi ni aku tengok ulcer dah elok sikit. Ada hikmah rupanya.


No comments:

Post a Comment