Char Kuey Teaw, Kerinchi






Salam.

Kepada sesape peminat Char Kuey Teaw, aku syorkan korang cuba try test Char Kuey Teaw, Kerinchi. Tempat dia kat tepi Stesen LRT Universiti. Cer tengok gambar atas ni. Macam gitula rupenye. Tak sampai 3 minit pun jalan kaki dari stesen u melainkan kau adalah seekor siput. Mamat yang masak tu pun memang tangkas dan efisyen. Sekejap je dah siap. 

Aku bukanlah peminat Char kuey teaw tegar. Kuey Teaw goreng ke, sup ke, memang serius aku tak minat. Segala-gala yang berkaitan dengan kuey teaw memang jarangla aku nak makan or beli sendiri. Satu hari, member telah membeli Char kuey teaw kerinchi dan bawak balik bilik. Sharing2 makanan ni adatla untuk bebudak yang dok hostel kan. So, aku ngap setengah sudu char kuey teaw member masuk mulut. Pergh.. rasa dia. Memang mantap. Cukup serba-serbi. Dengan udangnya. Kuah yang pekat. Aku yang tak minat kuey teaw ni pun boleh rasa kesedapannya, apatah lagi peminat-peminat char kuey teaw kan. So, apalagi....

Belila.

notakaki: benda baik slalu rasa nak share. baru rasa puas. 

No comments:

Post a Comment