Bau cempaka di tengah malam


Wangi. 

Snffff.. Snffff... Aku tarik nafas dalam-dalam. Ya, memang betul wangi. Wangi bunga cempaka... 

"Korang ada hidu bau wangi tak?" aku ajukan soalan ini kepada teman sebilik. Mereka mengiakan. Angguk. Aku tanya soalan yang sama kepada jiran-jiran bilik. Mereka juga mengiakan. 

Pelik. Setahu aku, tiada bunga cempaka yang ditanam sekitar Blok B, KK5. Memang tiada. 

Pesan orang tua-tua, kalau terpandang atau terhidu bau pelik di tengah malam jangan ditegur. Ah. Aku abaikan saja. Mungkin angin malam telah membawa bau wangi ini dari tempat lain dan secara kebetulan wanginya sampai ke lubang hidung penghuni blok B ini. 

Optimis.

No comments:

Post a Comment