21 tahun dah aku hidup



Hari ini bersamaan 4 jun 2013 genap umur aku 21 tahun.
Firstly, nak terima kasih kat mak yang bernama Latifah Judin kerana telah bersusah payah melahirkan aku ke dunia 21 tahun yang lepas... sobsob..teringat pulak mak kat kampung..

Secondly, aku nak ucap terima kasih kat celcom sebab bagi free call sempena birthday aku. Baru kejap tadi aku call rumah. Rindu.



from : 2888
SELAMAT HARI JADI! Nikmati PERCUMA 7hari pggln & SMS ke 15pax (no celcom shj) SEKARANG! Pastikan akaun aktif & 15pax tlh diaktifkan. Bonus tamat pd hari 11/06/2013 00



Thirdly, aku nak ucap terima kasih kat Google. Aku bukak google tadi, aik google pun tukar dia punya theme untuk sambut birthday aku.. Ingat jugak google kat birthday aku ye. Nampak tak tulisan Happy Birthday aiman! kat dalam kotak kecik tu..hahaha.. trimas!

Next, trimas kat kwn2 yg wish kat fb n mesej aku. Tak lupa rumate n kolejmate Kinah, kak Fizah, Farida, Rahmah n Zue sebab belanja domino's pizza. Sedap.

 



Lastly, yang paling paling aku nak ucap terima kasih adalah kat sang PENCIPTA yang masih bagi peluang untuk aku hidup sampai hari ini. Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment