Sayonara Stress

Weh, gambar ni bergerak! 
 Ikuti temu bual aku bersama salah seorang teman sefinal exam.

Aku : Eh, nak ke mana tu?
Stress : Aku nak blah balik kampong. Exam final kan dah habis.
Aku : Amboi, cepatnye nak blah. Meh sini. Salam2 dulu sebelum balik.
Stress : Aku blah dulu. Jaga diri leklok. Jangan stress2 dah.
Aku : Daa~ Fuh lega.! (urut dada)
Stress : Kau cakap ape tadi.
Aku : Er, tak de pape.
Stress : Sem depan kita jumpa lagi. Hehehe.. (gelak jahat)
Aku : errrrk...

Mood


Aku    : Baru sekarang kau nak datang.
Mood : Haah la, siang tadi aku tak nampak jalan. jerebu. 
Aku    : Alasan. Kau tahu tak sekarang dah tengah malam.
Mood : Habis tu kenape?
Aku    : Tengah malam ngantuk. Mood belajar baru nak datang, memang tak jadik la kan.

Enda Taie agei pulik lebuk

Lau teu akeu bak menulih entri dagen basa melanau. Sai wak paham diak la. wak enda, tanyak gak wak taau. Be jeminggu un agei akeu bak pulik lebuk.huhu. sukanya. yen un wak bak tenulih keu lau teu. daaa~

Simbah Marah

hasil simbahan air dari langit
Malam ni aku tengah cool. Borak-borak dengan member sambil mencari  maggi. Tiba-tiba aku dengar bunyi air menderu-deru. So, aku dengan member pun keluar dari bilik. Ingatkan paip pecah, rupanya ada dua orang budak tengah simbah air dekat koridor aras tiga. So, mencurah-curahlah air tu membasahi baju yang diampai kat ampaian aras 2 dan aras 1. Pakaian yang aku sidai kat ampaian habis lencun. Pergghh..

"Woi, bengong! Kau tahu tak air yang kau simbah tu buat basah baju orang kat bawah ni. Simbah tu agak-agaklah. Dua baldi kot.", aku jerit dan sound budak dua orang tu. Tapi, diorang boleh buat dek je. Mungkin sebab aku jerit 'dalam hati' je. Sebab tu diorang tak dengar. Baru aku sedar betapa pengecutnya aku. 

Lepas diselidik, yang buat aku lagi naik angin diorang simbah-simbah tu sebab nak bersihkan air kencing kucing. Makin panas aku. Tapi sepanas-panas aku aku tak pernah lagi la bagi penampar kat orang. Paling kurang pun aku akan cuba coolkan diri sendiri dulu. Pastu bila dah cool, masalah settle. Simple kan.

Tapi, aku tabikla sorang senior yang dok satu aras dengan aku. Aku panggil dia kak Im. Dia naik dan bersemuka dangan budak dua orang tu. Entah apa yang dia cakap aku tak ambik tahu. Tak lama lepas tu, aku tengok dua orang yang simbah air ketuk pintu bilik bebudak aras 2 dan aras 1dan minta maaf pasal air yang diorang simbah.

Fikir dulu baru buat.

notakaki: nasib baik baju aku cuci tangan. kalau cuci mesin, aku tuntut rm2 dari budak dua orang tu.

Char Kuey Teaw, Kerinchi






Salam.

Kepada sesape peminat Char Kuey Teaw, aku syorkan korang cuba try test Char Kuey Teaw, Kerinchi. Tempat dia kat tepi Stesen LRT Universiti. Cer tengok gambar atas ni. Macam gitula rupenye. Tak sampai 3 minit pun jalan kaki dari stesen u melainkan kau adalah seekor siput. Mamat yang masak tu pun memang tangkas dan efisyen. Sekejap je dah siap. 

Aku bukanlah peminat Char kuey teaw tegar. Kuey Teaw goreng ke, sup ke, memang serius aku tak minat. Segala-gala yang berkaitan dengan kuey teaw memang jarangla aku nak makan or beli sendiri. Satu hari, member telah membeli Char kuey teaw kerinchi dan bawak balik bilik. Sharing2 makanan ni adatla untuk bebudak yang dok hostel kan. So, aku ngap setengah sudu char kuey teaw member masuk mulut. Pergh.. rasa dia. Memang mantap. Cukup serba-serbi. Dengan udangnya. Kuah yang pekat. Aku yang tak minat kuey teaw ni pun boleh rasa kesedapannya, apatah lagi peminat-peminat char kuey teaw kan. So, apalagi....

Belila.

notakaki: benda baik slalu rasa nak share. baru rasa puas. 

Sembang kencang




Satu hari, aku balik dari kafe kolej 12. On the way nak balik kk5, aku bertembung dengan beberapa orang budak kecik umur dalam 5 - 7 tahun, lebih kurang la kot. Masa diorang lepak betul-betul depan rumah pengetua. Sembang kencang sungguh macam orang dah besar. Antara perbualan yang aku sempat dengar masa aku lalu depan budak-budak tu lebih kurang macam ni la. 

Budak 1: Walaupun ayah Naufal dia kaya tapi dia baik kan?
Budak 2: Betul, betul.
Budak 1: Tapi Naufal jahat. Tak macam ayah dia.

Tu je la yang sempat aku dengar sebab aku takut dituduh jaga tepi kain pulak kalau jalan lambat-lambat sambil pasang telinga. Budak-budak sekarang bukan boleh buat main. huh. Ishh..ishh.. kecik-kecik dah pandai bergosip budak-budak ni. Aku nak jugak carik budak-budak yang sembang pasal kisah nabi ke kan.. 

Photography and editing

Salam.
Pergghh, tajuk macam canggih je kan. Puih!

Kali ini aku nak tunjuk bakat aku dalam bidang photography dan editing pulak. Bukan pro. Bukan amatur. Tapi bagi seorang noob/newbie - macam aku...  

Subjek : manusia-manusia 
Tempat : dalam bas
Kamera : Kamera handphone Nokia C2 , 3.2 mega pixel
Software : Adobe Photoshop CS3 (itu pun portable)


sebelum edit
selepas edit















 
Mungkin hasil akan lagi cantik kalau aku guna kamera DSLR dan Adobe photoshop CS6.

Kot.

notakaki: aku rasa macam cantik je.. ke aku je yang perasan? kahkahkah..

Apa punya jalan lain?

Kau bersin. Tidak sempat kau tarik nafas kedua, hidung kau gatal semula. Achumm! Begitulah lebih kurang bunyinya. Kau bersin sekali lagi. Lepas tu hidung kau tersumbat. Tersumbat dengan cairan mukus yang menutup penuh saluran keluar masuk gas yang bikin tubuh kau masih bernyawa. Oksigen mula mencari jalan masuk ke paru-paru. Karbon dioksida dari dalam paru-paru pula cuba mencari jalan keluar. Ah, laluan biasa dah tersumbat. Lubang kanan tutup. Lubang kiri tutup. Apa punya jalan lain? 

Mulut kan ade.

notakaki: hidup ini banyak jalan. pilih je mane nak.

Serap ilmu

junjung macam ni ye.







Ambik buku. Buka halaman tengah dan junjung atas kepala. Maka turunlah ilmu-ilmu dari dalam buku itu masuk ke dalam kepala hotak kau. Kuasa graviti bumi akan menariknya ke bawah. Biarkan beberapa saat.  Kalau boleh kocak-kocak sedikit agar tiada yang tertinggal. Biar semua ilmu itu masuk ke dalam otak menembusi engkau punya tengkorak. 

Jika mengikut hukum alam iaitu 'diffusion' , molekul ilmu itu akan bergerak dari concentration yang tinggi ke rendah. Concentration ilmu di dalam kepala hotak kau kala ini adalah sangat rendah. Maka reaksi spontan akan berlaku di mana ilmu itu akan mendiffuse ke dalam otak kau dan memenuhi segenap ruang otak kau yang sebesar dua penumbuk itu. Sejurus selepas itu, kau akan menjadi manusia genius. Celah mana ilmu itu masuk ke dalam kepala hotak kau, itu belakang kira. Dapatlah kau jawab ujian dengan senang hati kerana kau sudah menjadi manusia genius...hahaha

Woi! Ini dunia realiti. Yang bulat takkan datang bergolek dengan senang kalau tak ade yang golekkan. Yang pipih takkan datang melayang kalau tak ade angin yang kasi terbang.

Kerja keras itu penting.

notakaki: segalanya tak mustahil selagi DIA mengizinkannya.

Kentang goreng griyasari

sekadar gambar penyeri
Aku duduk atas kerusi. Aku bukak  laptop. Aku cari mana-mana hiburan yang berkenan di hati. Setelah study, perut mula berkeroncong. Dengan senang hati aku bukak bungkusan plastik yang berisi kentang goreng griyasari. Panas lagi. Pergh...

Aku keluarkan satu and cicah dengan sos dalam plastik. Aku suap kentang goreng yang masih panas masuk dalam mulut. Ngap! (krup krup bunyinya sebab rangup) Nikmat. Aku ambik satu lagi dan ulang perlakuan tadi. Ngap!

Adoi! Sakit.

Garam yang menyaluti kentang goreng griyasari betul-betul kena aku punya ulcer a.k.a. mata ikan kat bibir. Pergh.. 

Nyilu.

notakaki: pagi ni aku tengok ulcer dah elok sikit. Ada hikmah rupanya.


potret


Dia datang dengan lenggang lenggoknya

Aku     : Kenapa kau datang? Aku tak suka.
Pening  : Itu amaran.
Aku     : Amaran apa?
Pening  : Banyak sangat yang singgah. Datang gelojoh. Main serbu semua sekali.
Aku     : Apa yang banyak? Apa yang singgah? Apa yang gelojoh?
Pening  : Kau tengah buat apa sekarang?
Aku     : Baca buku. Exam aku esok.
Pening  : Sebab itu aku datang. Tak mampu kepala hotak kau nak hadap semua.
Aku     : Bila kau nak blah.
Pening  : Ikut suka aku la.

Kesihatan PC Asus aku

Kesihatan yang biasa-biasa

Muka happy sebab terlampau sihat.

Time ni, pc aku tengah sakit teruk. Nazak.


notakaki: Hargailah waktu sihat anda. Syukur.

Bau cempaka di tengah malam


Wangi. 

Snffff.. Snffff... Aku tarik nafas dalam-dalam. Ya, memang betul wangi. Wangi bunga cempaka... 

"Korang ada hidu bau wangi tak?" aku ajukan soalan ini kepada teman sebilik. Mereka mengiakan. Angguk. Aku tanya soalan yang sama kepada jiran-jiran bilik. Mereka juga mengiakan. 

Pelik. Setahu aku, tiada bunga cempaka yang ditanam sekitar Blok B, KK5. Memang tiada. 

Pesan orang tua-tua, kalau terpandang atau terhidu bau pelik di tengah malam jangan ditegur. Ah. Aku abaikan saja. Mungkin angin malam telah membawa bau wangi ini dari tempat lain dan secara kebetulan wanginya sampai ke lubang hidung penghuni blok B ini. 

Optimis.

Review : Filem Kil 2013


Minggu ni study week. So, nak release tension skit, aku n rumate aku dua orang decide nak keluar ke midvalley tengok wayang. Kil pulak dah keluar, memang cun sangat dah. Piece yang memang aku nak tengok semenjak 2011. Akhirnya. 

Pada aku filem ni adalah filem yang memaparkan permandangan biasa bagi seorang manusia biasa yang hidup di KL. Naik KTM, dok rumah flat, lepak atas rooftop, pagi pergi kerja petang balik kerja, kadang2 dapat bonus gaji, kereta rosak hantar pergi bengkel, tak dapat bayar hutang bulan ni bayar bulan depan. Memang dekat dengan kehidupan kita, memang terbawa sekali masuk dalam cerita. Walaupun permandangan biasa tapi jalan cerita dia memang banyak mesej-mesej positif yang tersirat. Banyak misteri yang dirungkai satu persatu dalam plot yang digubah dengan sangat cantik. Setiap babak tu semua ada klu menuju ending cerita. So, kena pandai susun sendiri. Cerita ni aku boleh sinonimkan dengan puzzle la.

Suspen 
  1. Apa sebab Akil nak bunuh diri?
  2. Kenapa rakan sepejabat Akil kekok nak berborak dengan dia?
  3. Life Action Bureau ni syarikat ape sebenarnya?
  4. Siapa Zara?
  5. Siapa yang acu pistol kat Akil
  6. Ending dia ape jadi kat Akil?

Humor :
  1. Part rakan sepejabat Akil offer 'kuih bulat2 yang ada sardin kat dalam'. Nak tahu apa lawaknya kene tengok sendiri.
  2. Kucing gemuk yang ada dua nama, Sati n Chong.
  3. Scene atas bumbung bila Akil nasihat budak sekolah yang nak bunuh diri sebab break ngan pakwe.
  4. Scene Zara n Akil depan lif.
  5. Masa bos Akil bagi bonus.
Romantik :  scene Akil dan Zara lepas tengok wayang.

Jalan cerita yang fresh dan tidak kliche. 

Aku bagi 4/5. So, sape yang belum tonton jangan judge ape2 dulu. Jangan dengar apa orang kata. Gi tengok dengan kepala sendiri dulu baru komen.

21 tahun dah aku hidup



Hari ini bersamaan 4 jun 2013 genap umur aku 21 tahun.
Firstly, nak terima kasih kat mak yang bernama Latifah Judin kerana telah bersusah payah melahirkan aku ke dunia 21 tahun yang lepas... sobsob..teringat pulak mak kat kampung..

Secondly, aku nak ucap terima kasih kat celcom sebab bagi free call sempena birthday aku. Baru kejap tadi aku call rumah. Rindu.



from : 2888
SELAMAT HARI JADI! Nikmati PERCUMA 7hari pggln & SMS ke 15pax (no celcom shj) SEKARANG! Pastikan akaun aktif & 15pax tlh diaktifkan. Bonus tamat pd hari 11/06/2013 00



Thirdly, aku nak ucap terima kasih kat Google. Aku bukak google tadi, aik google pun tukar dia punya theme untuk sambut birthday aku.. Ingat jugak google kat birthday aku ye. Nampak tak tulisan Happy Birthday aiman! kat dalam kotak kecik tu..hahaha.. trimas!

Next, trimas kat kwn2 yg wish kat fb n mesej aku. Tak lupa rumate n kolejmate Kinah, kak Fizah, Farida, Rahmah n Zue sebab belanja domino's pizza. Sedap.

 



Lastly, yang paling paling aku nak ucap terima kasih adalah kat sang PENCIPTA yang masih bagi peluang untuk aku hidup sampai hari ini. Alhamdulillah.

Laptop kalis air.

       Kinah tengah minum air dalam botol air kaler biru. Tidak semena-mena botol biru berisi air masak itu terlepas dari tangannya. Riak mukanya yang berkerut-kerut sudah cukup mengambarkan betapa cuaknya dia. Masakan tidak, dihadapannya adalah sebuah laptop Dell milik peribadinya hampir disirami air. Mujur sebelum botol itu tergolek, dia sempat memutar penutup botol dan hasilnya air hanya berkocak di dalam botol dan tidak ada setitis pun yang mampu keluar dari botol air kaler biru itu. Riak muka Kinah sedikit lega apabila laptopnya terselamat dari disirami air masak.





Aiman  : Kalau laptop kinah kalis air kan best?
Kinah   : kenape?
Aiman  : Kalau ada meeting rahsia, macam rahsia kerajaan ke, atau underground punya
              projek,diorang buat kerja dalam air. Kalau buat atas darat nanti kantoi. So,
              kalau ada laptop kalis air bolehlah diorang buat kerja dalam air. Semua benda
              kalis air sampai kertas diorang nak tulis pun kalis air.. kahkahkah..
Kinah   : mengarut terlebih dah ni.. ( geleng kepala )

notakaki : study week buat aku otak aku tidak berada di posisi yang stabil

Sambut Birthday Member

depan pintu bilik bithday girl. (abaikan plastik kat tepi atas sebelah kiri).

Salam,
Hari ini aku dengan member2 lain gi buat birthday party kat bilik Naimah Bahari (birthday girl) kat kk7. Happy bitrhday! semoga panjang umor murah rezeki....

Aku teringat Nik Farhan bagitau masa slot motivasi malam khamis lepas. Sepatutnya yang dapat hadiah pada tarikh kelahiran kita adalah ibu kita. Sebab dialah orang yang berjaya melahirkan kita pada tarik tersebut. Jangan lupa ucap terima kasih kat ibu yang melahirkan kita...

notakaki: bithday aku 2 hari lagi. aku saje hidekan birthday aku kat fb. agak2 ada orang wish tak?