Semua ada handphone android kan?

Salam.

Soalan "semua orang ada handphone android kan?" membuat aku tertunduk malu. Hanya sengihan yang menjadi jawapan tanpa suara aku kepada si penyoal. Penyoal tu adalah ketua multimedia kitorang. dia nak ajar mcm mana cara nak edit gambar guna apps photo grid, just goncang je phone korang dah boleh edit gambar cantik2. Dia kata dia tahu pasal goncang ni masa naik bas. Bas tu bergerak n masa tengah edit photo tu, tetiba tertukar dia punya design. Itu apa yang keluar dari mulut dia la.

Handphone aku sekarang adalah nokia c2 yg berskrin berwarna, apss paling canggih aku rasa pun adalah mp3, radio, camera 3.2 mp dan games sudoku. Internet ada kalau guna broadband. tu pun guna duit banyak. kahkahkah. sedih~

Ade sesape nak hadiahkan phone yg ada android kat aku tak?

No comments:

Post a Comment