Sesat ke Tekala | edisi 1

Salam sejahtera ke atas kamu2 yang membaca.

sungai tekala...oh..sungai tekala~ 


Pagi 30 mac2013, aku bangun awal pagi dengan wajah yang  penuh ceria. Kolej kediaman Dayasari ini memang sangat tenang di waktu pagi kecuali hari rabu. Udara yang segar. Bunyi burung berkicauan. (Mungkin mereka juga baru bangun tidur dan menguap hingga mengeluarkan bunyi cip cip cip - lebih kurang macam itulah bunyi burung berkicauan konon2nya)

Setelah solat subuh, aku mandi dan bersiap2 ke kolej kediaman Raja Dr. Nazri Shah (12) kerana di situlah kami, anak2 sarawak akan berkumpul dan memulakan perjalanan ke Air terjun sg. Tekala, semenyih. Sungguh hati ini gembira dapat berjumpa dengan teman senegeri masing-masing.

Tunggu punya tunggu, akhirnya kami bergerak dari UM pukul 9 lebih dan dijangka sampai dalam pukul 10 lbih nak dekat2 pukul 11. Dengan itu bermulalah pengembaraan kami ke sungai tekala.

Pada mulanya, kereta kami berusaha membontoti kereta dihadapan. Oleh kerana kereta kancil di hadapan kami mungkin ada bau-bau bacang dengan spesis kura2, kami cuba memintas dan akhirnya kedudukan kami  berada di kedudukan kedua di antara 5 buah kereta yang membawa muatan manusia ke sg. Tekala.

Perjalanan diteruskan dengan mengikuti sahaja kereta kaler hijau yang dipandu oleh abang wan. Dia masuk tol, kitorang pun masuk tol. Dia masuk taman perumahan, kami pun masuk taman perumahan. Dia buat u turn, kami pun buat u turn balik. Dia bayar tol lg, kami pun ikut je la.

Ketika itu, perasaan syak wasangka mula menebal dalam diri. Betul ke diorang tahu jalan? Masa kitorang dah buat u turn tu, kitorang dah nampak signboard Air terjun sg. Tekala- masuk simpang sebelah kiri.. Yang anehnya kenapa kereta hijau boleh straight je menonong jalan.

Beberapa meter lepas dari simpang tiba-tiba berhentikan kereta dekat tepi jalan. Tiga buah kereta belakang kitorang pun tak tahu ke mana. Kitorang tanya kenapa tak masuk ikut simpang tadi.

"Kitorang guna GPS tadi." salah sorang brader cakap sambil garu kepala. Gps ada pun boleh salah jalan? payah..payah~ geleng kepala.

"So, sekarang ni macam mana. Nak tak kalau kita reverse pelan2 , tapi ada orang jage la. So, tak payah bayar tol dua kali.", salah seorang daripada kitorang kasi cadangan.

Tapi diorang tak nak dengar. Diorang kata suruh berkumpul semua dulu kat situ. Tapi, 3 buah kereta tu dah ikut jalan lain. Last2 diorang suruh gerak je ikut instinct masing 2.. Kitorang pun buat satu kali lagi u turn n masuk simpang sg. tekala yang kitorang dah terlepas tadi.

jari dah penat menaip, nanti sambung balik.huhu

No comments:

Post a Comment