Penangkap gambar Pemalu

Assaalmualaikum

Untuk pengetahuan anda2 yang membaca, pada 19 April 2013, telah berlangsungnya interfaith talk : Jesus Christ di Auditorium Perdanasiswa. Kehadiran memang agak ramai sebab dari universiti sekitar lembah klang pun ada hantar bebudak diorang jugak.

Dan, kehadiran aku ke auditorium itu bukan hanya sebagai pendengar yang duduk statik di kerusi sambil silang kaki. Tetapi sebagai camerawoman yang baru nak belajar ambik gambar menggunakan kamera yang agak besar.



Pengalaman pertama aku jadi camerawoman di majlis yang aku rasa agak besar dan grand, macam-macam masalah yang melanda diri ini. Bateri low, satu hal. Tak reti guna DSLR satu hal lagi. Dan yang paling menyentuh hati, ada orang komen, kenapa camerawoman tu malu2. adoi....

Argghh.. Kau tak paham perasaan bila semua orang tengah duduk, tiba2 kau sorang je berjalan2 dok klik2 gambar orang. Jap, bunyi kamera klik2 ke kchek2? abaikan~  perasaannya adalah 'Janggal' (bagi orang baru macam aku lah). Dalam kepala kau hanya fikir, penonton rimas ke? Adakah perjalanan aku di dalam audi ini mengganggu konsentrasi. Dah la first time. 

Padahal sebenarnya orang tak kesah pun.

Gambar pun tak berapa nak cantik dan macam entah pape je. Tapi pengalaman tu yang mengajar kita jadi lebih mayang. adoi dah salah taip pulak. Malas nak backspace, mayang tu sebenarnya aku nak tulis matang. ahh, biarlah. aku pun dah malas nak edit lagi 

kbai. 

1 comment: