Bertarung dengan belut

Assalamualaikum.

Hari ni aku join explorace anjuran SERU. Hadiah dia memang gempak giler. Juara RM500.
Harapan nak menang memang tak berapa nak tinggi, sebab jumlah semua kumpulan yang bertanding ada dalam 20 kumpulan macam tu. 




Pada asalnya group kitorang ada 7 orang, sebab email yg kitorang dapat boleh cari ahli kumpulan 5-7 orang. Tup-tup hari kejadian, kata tak boleh pulak. Qiba n Timah terpaksa keluar. :-( 

So, grup aku terpaksa berpecah. So, tinggallah aku, dija, fiqzai, izati n farah.

Aktiviti boleh tahan jugak. Gelecek bola sambil pegang belut. Belut tu pulak macam cacing kepanasan.  rasa macam pegang sabun pun ada. Paling tak boleh blah aku rasa, fiqzai boleh kata belut tu comel. Mungkin boleh consider balik kot. hmm.

Ada satu game, teka benda yang ada dalam balang hitam. Dah la benda dalam balang tu menimbulkan rasa geli geleman yang agak tinggi. cacing, katak, cengkerik, hamster semua ada. Ada melukis, jaringkan bola, asingkan kacang n lain2 game yang aku kira boleh mengisi masa lapang aku.

Grup aku pulak asyik dikejar oleh 'pasukan berbaju merah bertulis Dayasari'. Aku perati je diorang, memang  lari  je sentiasa. Memang nampak bersemangat sungguhlah nak katanye. HIDUP DAYASARI! (tetibe plak kan.)

Grup aku pulak lari, jalan, lari jalan berhenti, minum air teh jap..jalan lagi..lari lagi..dan begitulah sehingga ke akhirnya... memang terbukti kami bukan pelari explorace tegar. 

Tapi bila dah tengok 'pasukan berbaju merah bertulis dayasari' tu asyik mengejar je dari belakang, kitorang pun bersemangat balik. oh yeah! Tapi time tu je lah. Lari beberapa tapak..jalan kaki balik.

Dipendekkan cerita, checkpoint last kitorang just dapat skor 2 biji bola je dalam net bola keranjang. Masa tu memang down gila. 'Pasukan berbaju merah bertulis dayasari' pulak dapat skor 5 senang-senang je. "Memang kalahla grup aku" hati ini berkata-kata dengan nada yang ala-ala givap.

Kami pun melangkah dengan longlainya menuju ke gazebo. "Pasukan berbaju merah bertulis Dayasari' masih meneruskan larian mereka. Kami hanya memandang kelibat mereka berlari dari kejauhan.

Pukul 2.30 ptg penyampaian hadiah. Tengah naik motor, timah call kata yang nama grup kitorang kena petik. Dia kata grup kitorang menang. Bila sampai je kat gazebo, salah seorang ajk seru tu bertanya.

lebih kurang begini la perbualannya.

Ajk seru     :  Awak kumpulan ape?
aku n yati    :  sherlock.
Ajk seru     : Korang dapat juara. RM500.
aku n yati   : ....(muka terkejut O_o)
yati             : tipu
brader baju putih : betullah. tak percaya pulak dia ni.

Semasa perbualan ni berlangsung, budak2 lain dah tepuk tangan.

Alhamdulillah.. 
RM500 dapat dah. Hamper pun dah dapat dah.



bila lagi nak sujud syukur?

notakaki: Tapi, apsal aku rasa tajuk dia lain macam je.



No comments:

Post a Comment