Belum cukup umur untuk mengundi

Assalamualaikum



Aku lahir pada bulan enam 1992. So, umur aku ada 1-2 bulan lagi nak masuk 21. Aku hanya boleh mengundi dalam pilihan raya umum yang ke 14 , pada 5 tahun yang akan datang (kalau hidup lagi la).

So, kepada sesiapa yang dah boleh mengundi, undilah elok-elok. Semoga apa yang anda undi akan dapat menentukan masa depan yang cerah untuk Malaysia. Jalankan tanggungjawab anda!

Selamat mengundi!


sabtu yang bizi

Assalamualaikum,

Diari 27 April 2013

6.45 a.m  : Bangun subuh
8.15a.m   : mandi
9.00 a.m  : menuju ke Dewan Mengkula Fakulti Bahasa dan Linguistik sebab ada test English (speaking)     
10.00a.m : Kelas Speaking
12.00 p.m: Bengkel Photoshop yang sepatutnya mula 10 pagi. (sukati aku je kan datang lewat.. lantakla~)
2.00 p.m  : solat zohor
2.30 p.m  : Sambung dengar tutorial sambil makan roti gardenia jagung
4.15 p.m  : Habis bengkel, dapat pulak Mc'D free sebagai alas perut, padahal perut aku sebenarnya 
                  mengidamkan nasi sebagai habuan.
5.30 p.m  : Solat asar n tiba2 mata terlalu berat
7.30 p.m  : Eh, dah maghrib ke? x sempat ambik makanan dm.
                 lepas maghrib, lepas bagi salam kanan "Assalamualaikum warahmatullah", bagi salam kiri pulak
                 "Assalamualaikum warahmatullah"..mata aku terpandang bungkusan berwarna merah dengan  
                 gelas kertas yang masih belum kosong isinya. Mc'D free! Ah, terpancar senyum di wajah. Terisi 
                 juga perut kosongku ini. Nasib baik ada lebih aku makan ptg tadi..ngaaap!
8.45 p.m : solat isya'
9.30 p.m : tururn lobi, jaga booth kelab, pameran utuk tatapan alumi kk5 yang ada acara dinner di dm.
10.30p.m: lepak di Tasik kk12 dengan member2 yg jaga booth tadi sambil makan aiskrim. gossipxxx10
12.40a.m: balik kolej, online jap..
3.00 a.m : tido~ harap bangun subuh awal..amin

design kalendar

Assalamualaikum,
ni design kalendar untuk karnival i pmium yg dah lepas.
So, sape2 yang berminat nak tempah design lain untuk kalendar, tshirt n poster (chewah..bajet sungguh), boleh contek aku kat fb.


notakaki: sebenarnya aku budak sains yang berjiwa seni. Tapi apakan daya~

Penangkap gambar Pemalu

Assaalmualaikum

Untuk pengetahuan anda2 yang membaca, pada 19 April 2013, telah berlangsungnya interfaith talk : Jesus Christ di Auditorium Perdanasiswa. Kehadiran memang agak ramai sebab dari universiti sekitar lembah klang pun ada hantar bebudak diorang jugak.

Dan, kehadiran aku ke auditorium itu bukan hanya sebagai pendengar yang duduk statik di kerusi sambil silang kaki. Tetapi sebagai camerawoman yang baru nak belajar ambik gambar menggunakan kamera yang agak besar.



Pengalaman pertama aku jadi camerawoman di majlis yang aku rasa agak besar dan grand, macam-macam masalah yang melanda diri ini. Bateri low, satu hal. Tak reti guna DSLR satu hal lagi. Dan yang paling menyentuh hati, ada orang komen, kenapa camerawoman tu malu2. adoi....

Argghh.. Kau tak paham perasaan bila semua orang tengah duduk, tiba2 kau sorang je berjalan2 dok klik2 gambar orang. Jap, bunyi kamera klik2 ke kchek2? abaikan~  perasaannya adalah 'Janggal' (bagi orang baru macam aku lah). Dalam kepala kau hanya fikir, penonton rimas ke? Adakah perjalanan aku di dalam audi ini mengganggu konsentrasi. Dah la first time. 

Padahal sebenarnya orang tak kesah pun.

Gambar pun tak berapa nak cantik dan macam entah pape je. Tapi pengalaman tu yang mengajar kita jadi lebih mayang. adoi dah salah taip pulak. Malas nak backspace, mayang tu sebenarnya aku nak tulis matang. ahh, biarlah. aku pun dah malas nak edit lagi 

kbai. 

Ini bukan teater

Sherlock run 13 memang best!


Ada nampak macam kumpulan teater x?

notakaki: dalam banyak2 gambar, aku suka gambar ni.

Bertarung dengan belut

Assalamualaikum.

Hari ni aku join explorace anjuran SERU. Hadiah dia memang gempak giler. Juara RM500.
Harapan nak menang memang tak berapa nak tinggi, sebab jumlah semua kumpulan yang bertanding ada dalam 20 kumpulan macam tu. 




Pada asalnya group kitorang ada 7 orang, sebab email yg kitorang dapat boleh cari ahli kumpulan 5-7 orang. Tup-tup hari kejadian, kata tak boleh pulak. Qiba n Timah terpaksa keluar. :-( 

So, grup aku terpaksa berpecah. So, tinggallah aku, dija, fiqzai, izati n farah.

Aktiviti boleh tahan jugak. Gelecek bola sambil pegang belut. Belut tu pulak macam cacing kepanasan.  rasa macam pegang sabun pun ada. Paling tak boleh blah aku rasa, fiqzai boleh kata belut tu comel. Mungkin boleh consider balik kot. hmm.

Ada satu game, teka benda yang ada dalam balang hitam. Dah la benda dalam balang tu menimbulkan rasa geli geleman yang agak tinggi. cacing, katak, cengkerik, hamster semua ada. Ada melukis, jaringkan bola, asingkan kacang n lain2 game yang aku kira boleh mengisi masa lapang aku.

Grup aku pulak asyik dikejar oleh 'pasukan berbaju merah bertulis Dayasari'. Aku perati je diorang, memang  lari  je sentiasa. Memang nampak bersemangat sungguhlah nak katanye. HIDUP DAYASARI! (tetibe plak kan.)

Grup aku pulak lari, jalan, lari jalan berhenti, minum air teh jap..jalan lagi..lari lagi..dan begitulah sehingga ke akhirnya... memang terbukti kami bukan pelari explorace tegar. 

Tapi bila dah tengok 'pasukan berbaju merah bertulis dayasari' tu asyik mengejar je dari belakang, kitorang pun bersemangat balik. oh yeah! Tapi time tu je lah. Lari beberapa tapak..jalan kaki balik.

Dipendekkan cerita, checkpoint last kitorang just dapat skor 2 biji bola je dalam net bola keranjang. Masa tu memang down gila. 'Pasukan berbaju merah bertulis dayasari' pulak dapat skor 5 senang-senang je. "Memang kalahla grup aku" hati ini berkata-kata dengan nada yang ala-ala givap.

Kami pun melangkah dengan longlainya menuju ke gazebo. "Pasukan berbaju merah bertulis Dayasari' masih meneruskan larian mereka. Kami hanya memandang kelibat mereka berlari dari kejauhan.

Pukul 2.30 ptg penyampaian hadiah. Tengah naik motor, timah call kata yang nama grup kitorang kena petik. Dia kata grup kitorang menang. Bila sampai je kat gazebo, salah seorang ajk seru tu bertanya.

lebih kurang begini la perbualannya.

Ajk seru     :  Awak kumpulan ape?
aku n yati    :  sherlock.
Ajk seru     : Korang dapat juara. RM500.
aku n yati   : ....(muka terkejut O_o)
yati             : tipu
brader baju putih : betullah. tak percaya pulak dia ni.

Semasa perbualan ni berlangsung, budak2 lain dah tepuk tangan.

Alhamdulillah.. 
RM500 dapat dah. Hamper pun dah dapat dah.



bila lagi nak sujud syukur?

notakaki: Tapi, apsal aku rasa tajuk dia lain macam je.



reaksi rumate

Assalamualaikum,

Pada pagi yang hening, kami sebilik kalau nak solat subuh memang jarang buka lampu bilik.

Biarlah bergelap, sebab malas nak sesuaikan mata dengan cahaya yang cerah.  Kalau nak bukak lampu just buka lampu meja je.

Setelah rumate aku balik dari ambik wudhu' pada suatu pagi,  rumate aku cerita dia terpandang macam ada pantulan muka seorang lelaki misteri kat aku punya laptop. Dah la bilik hanya samar-samar dengan cahaya lampu koridor. Takut juga jika ada anonymous yang menyelinap masuk ke bilik kami.

Dia amat terkejut dan mencerita perkara itu kepada aku pada petang hari itu juga. Aku juga naik seram mendengar kisahnya.

Lepastu, dia beranikan diri untuk tengok muka orang tu lame2, dan orang itu tidak bergerak.

Rupa-rupanya orang yang dia lihat itu adalah
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Wallpaper yang menghiasi aku punya laptop.
tadaa..

reaksi aku: ceh~




























notakaki: aku adalah penggemar hitam tegar buat masa ini.

Sesat ke Tekala | edisi 1

Salam sejahtera ke atas kamu2 yang membaca.

sungai tekala...oh..sungai tekala~ 


Pagi 30 mac2013, aku bangun awal pagi dengan wajah yang  penuh ceria. Kolej kediaman Dayasari ini memang sangat tenang di waktu pagi kecuali hari rabu. Udara yang segar. Bunyi burung berkicauan. (Mungkin mereka juga baru bangun tidur dan menguap hingga mengeluarkan bunyi cip cip cip - lebih kurang macam itulah bunyi burung berkicauan konon2nya)

Setelah solat subuh, aku mandi dan bersiap2 ke kolej kediaman Raja Dr. Nazri Shah (12) kerana di situlah kami, anak2 sarawak akan berkumpul dan memulakan perjalanan ke Air terjun sg. Tekala, semenyih. Sungguh hati ini gembira dapat berjumpa dengan teman senegeri masing-masing.

Tunggu punya tunggu, akhirnya kami bergerak dari UM pukul 9 lebih dan dijangka sampai dalam pukul 10 lbih nak dekat2 pukul 11. Dengan itu bermulalah pengembaraan kami ke sungai tekala.

Pada mulanya, kereta kami berusaha membontoti kereta dihadapan. Oleh kerana kereta kancil di hadapan kami mungkin ada bau-bau bacang dengan spesis kura2, kami cuba memintas dan akhirnya kedudukan kami  berada di kedudukan kedua di antara 5 buah kereta yang membawa muatan manusia ke sg. Tekala.

Perjalanan diteruskan dengan mengikuti sahaja kereta kaler hijau yang dipandu oleh abang wan. Dia masuk tol, kitorang pun masuk tol. Dia masuk taman perumahan, kami pun masuk taman perumahan. Dia buat u turn, kami pun buat u turn balik. Dia bayar tol lg, kami pun ikut je la.

Ketika itu, perasaan syak wasangka mula menebal dalam diri. Betul ke diorang tahu jalan? Masa kitorang dah buat u turn tu, kitorang dah nampak signboard Air terjun sg. Tekala- masuk simpang sebelah kiri.. Yang anehnya kenapa kereta hijau boleh straight je menonong jalan.

Beberapa meter lepas dari simpang tiba-tiba berhentikan kereta dekat tepi jalan. Tiga buah kereta belakang kitorang pun tak tahu ke mana. Kitorang tanya kenapa tak masuk ikut simpang tadi.

"Kitorang guna GPS tadi." salah sorang brader cakap sambil garu kepala. Gps ada pun boleh salah jalan? payah..payah~ geleng kepala.

"So, sekarang ni macam mana. Nak tak kalau kita reverse pelan2 , tapi ada orang jage la. So, tak payah bayar tol dua kali.", salah seorang daripada kitorang kasi cadangan.

Tapi diorang tak nak dengar. Diorang kata suruh berkumpul semua dulu kat situ. Tapi, 3 buah kereta tu dah ikut jalan lain. Last2 diorang suruh gerak je ikut instinct masing 2.. Kitorang pun buat satu kali lagi u turn n masuk simpang sg. tekala yang kitorang dah terlepas tadi.

jari dah penat menaip, nanti sambung balik.huhu