Strawberry rasa apa?

inilah buah yang aku maksudkan.

First time aku n adik aku makan strawberry pada tahun 2008 kalau tak silap. Masa tu mak cik aku beli buah strawberry. Lepas beli mestilah bawak ke dapur. Cuci2 sikit bagi bersih. And then potong2 sikit sebelum dihidang. (padahal, kalau aku, aku terus ngap je buah strawberry yang kecik tu masuk mulut. Tak payah nak potong2 bagai. Dah la kecik, bila potong makin kecik jadinya)

Masa tu aku dok ruang tamu sambil menonton rancangan kartun di televisyen. Adik aku yang dah tak sabar nak makan strawberry ada kat dapur. Aku malas nak bergerak, so duduklah aku di ruang tamu yang agak sederhana besarnya sambil menghirup udara sepoi-sepoi-sepoi-sepoi bahasa kipas angin. (penggunaan sepoi sebanyak 4 kali menggambarkan kelajuan angin yang agak tinggi.)

Tidak lama kemudian, adik aku datang ke ruang tamu sambil mulut yang masih mengunyah. So, aku tanya dia macam mana rasa strawberry? Manis ke? Masam ke? Aku sendiri pun tak pernah rasa strawberry.

"Pedas la strawberry ni.", jawabnya dengan penuh yakin. Aku kerut dahi. Dia nak buat lawak ke apa?

So, aku yang malas pada awalnya bergerak ke dapur untuk mengetahui hal yang sebenar. Adakah benar buah strawberry rasanya pedas. Seumur hidup aku, tak pernah dengar apa2 jenis buah pun yang rasanya pedas kecuali buah cili. (jap, cili buah ke sayur?). Aku mesti kaji.

Aku tengok ada pisau di atas tapak pemotong. beberapa biji buah strawberry yang sudah dipotong kelihatan tidak tersusun di dalam pinggan. Potongannya yang tidak simetry menandakan bukan mak atau mak cik aku yang potong.

Rupa2nya, aku dapat tahu yang adik aku potong buah strawberry tu dengan pisau yang baru lepas digunakan untuk potong cili. Patutlah lain macam je rasa strawberry ni. Was-was aku terhadapa rasa strawberry akhirnya terungkai juga. Begitulah kisah strawberry yang aku ingin ceritakan.

No comments:

Post a Comment