permulaan yang malang

Assalamualaikum..

gerne : pengalaman mengusik jiwa
Lokasi : Kem Plkn Setia Ikhlas Semenyih, Selangor (KEMSIS)
Masa: Waktu subuh, 2010

Pagi itu, seperti hari-hari biasa di KEMSIS, aku dan saudara seislam yang lain bengun dari lena untuk ke surau, solat subuh berjemaah. Dengan rasa senang hati, aku mandi, gosok gigi dan bersiap-siap untuk berjalan bersama-sama geng2 yang lain menuruni 100 lebih anak tangga.

Bila dah selesai solat subuh, aku pun nak lengkapkan uniform celoreng aku. Tali pinggang siap. Baju dah kemaskan. Baret. beret? beret...  Eh, mana beret aku? Aku selongkar beg galas. Tak jumpa. Cari sekeliling surau. Baret yang diorang letak memane aku tanya siapa tuan empunya. Semua baret yang ada di dalam surau itu semua bukan aku yang punya. ini ahmad albab yang punya..hoho


kepada siapa2 yg tak tahu beret tu apa.. nah hambik~  (gambar cilok)


Peluh dingin mula nak keluar. Jantung aku mula berdegup tak ikut irama. Takkan tinggal kat bilik? Dah la dorm perempuan tu atas gunung bukit. Bapak tinggi aku nak naik balik.

Argghh.. Aku pandang jam tangan. Ada dalam 10 minit lagi nak berkumpul ke perhimpunan pagi. Pakaian tak lengkap akan mengundang malang. Datang lambat juga akan mengundang malang. Otak aku berfikir laju nak selesaikan masalah ni.

Ada 10 minit lagi. Kalau tak ambik baret kat bilik sekarang, konfirm kena denda. Tapi, kalau naik bilik, nak ambik aku punya baret dan turun balik aku tak dapat kira berapa masa yang aku nak ambik. So, aku pilih naik bilik.

Dengan terkocoh-kocoh aku lari naik tangga. Aku tak sangka pulak kali ni aku naik tanpa berhenti kat mana2 checkpoint. Selalunya, kalau nak naik tangga ni aku kena berhenti kejap nak buang lelah.

Bila sampai kat bilik, aku terus meluru ke arah loker. Masa tu jantung aku yang tengah berdegup laju tu macam terhenti beberapa saat. mata aku pandang loker tu tak berkelip.

KUNCI! Loker aku berkunci. Macam mana nak buat? Kunci loker aku tinggal kat dalam beg kat surau . Aku lari naik atas tadi dengan tangan kosong. Nak turun ambik kunci and naik balik? Memang tak la..

Otak aku masa tu just nak cari benda2 yang boleh kopak loker ni. Benda2 keras amat sesuai.
Kasut? tak.
Bantal? lagi la tak.
Katil besi? berat sangat.
Batang penyapu. emm,macam tak sesuai je.

Tiba-tiba aku teringat akan seterika besi kat hujung bilik. Muncungnya yang tajam dan diperbuat dari besi memang sesuai untuk kerja2 mengopak pintu loker yang berkunci ni. So, aku pun berlari ke hujung dorm. Capai je seterika aku lari balik ke loker. Aku ketuk penyendal dia guna hujung seterika. Emm, nampaknya hampir berjaya.

Pang! pang! pang!

"HOI, KAMU BUAT APA TU!!" Aku toleh kat pintu. Seorang jurulatih perempuan sedang bercekak pinggang plus muka ketat. Jantung aku masa tu macam nak luruh je.

"Baret saya tertinggal dalam loker. Loker pulak berkunci.", Aku explain dengan muka yang macam nak mintak simpati.

"Saya ingat pencuri tadi." Jurulatih tu faham agaknya. So, dia just suruh tutup pintu n lampu bila keluar bilik. Aku angguk laju dan sambung balik kerja aku yang tertangguh tadi.

Yes akhirnya pintu loker berjaya dikopak. Cepat2 aku bukak pintu loker. Masa tu jantung aku macam berhenti bergerak beberapa saat. Terkedu. Terkesima. Kemasnya loker ni?

INI BUKAN LOKER AKU!

Aku pandang loker sebelah. aku bukak loker pintu sebelah. Loker aku sebenarnya TAK BERKUNCI pun.
Argghh, rasa nak tembak je siap yang cipta loker dorm ni serupa sangat sampai aku tak boleh nak cam pun mana satu loker aku.

Argghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh. Aku jerit dalam hati. Geram.

Aku terus capai beret dan berlari ke lokasi perhimpunan pagi yang letaknya di bawah gunung kaki bukit. Kalau lari turun tangga tak rasa sangat penatnya. Sampai-sampai, semua orang dah ada dalam barisan. Cepat2 aku menyelinap masuk barisan. Nasib baik tak mula lagi. Permulaan yang malang tak semestinya sehari-hari akan ditimpa nasib malang.

Itu namanya COBAAN..

p/s: mlm tu, aku tukar loker dengan tuan punya loker yang kena kopak tu. Nasib badan dapat loker tak boleh nak kunci.



No comments:

Post a Comment