bapak awal aku bangun!

Aku tersedar dalam pukul 4 pagi lebih. Aku cuba untuk bangun. Bukan cuba, aku mesti bangun. Arghh, apsal mata ni berat sangat.?! Bangun! Bangun! Aku menjerit. Tapi dalam hati je la. Kalau jerit ikut mulut, dah lama kot aku arwah dikerjakan rumet aku..hohoho

mata masa tu lebih kurang macam ni la.


Aku tolak selimut. dengan mata yang separuh tertutup dan separuh terbuka aku turun tangga katil. Apalah nasib aku dapat  katil atas. Aku memang tak suka sebenarnya dok katil tingkat atas. Sungguh melecehkan. Tapi aku redha. Aku capai kain tuala dan baldi terus ke bilik air. Sungguh segar mandi pagi ini hari.

Hatiku macam masih tak percaya, adakah memang diri aku yang tengah mandi pagi2 buta mcm ni. Selalunya aku akan mandi selepas subuh. Subuh pun mungkin dah dekat habis waktu. (Rasa macam nak solat taubat la pulak).

1. Hari ni ada test subjek SHES1200 dan aku tak baca satu ape pon. So kena bangun awal nak study.

2. Hari ni klas aku mula pukul 8.00 a.m. So, kena bangun awal.

3. Hari ni dewan makan masak nasi lemak favourite aku. So, kena bangun awal.

4. Hari ni budak2 palapes bangun awal. So, kena bangun awal. ( Ape kaitan?) So, bila makan nasi lemak tak payah nak berebut dengan budak2 palapes kolej 5 ni...hohoho sekali lagi.

p/s: nak sambung study. Wasalam.

No comments:

Post a Comment