KMDSGAKYAMKSP

Sebenarnya aku nak bagi tajuk entri aku kali ni "Kegagalan makan di Seoul Garden angkara kos yang agak membebankan kami, sebagai pelajar" secara ringkasnya adalah 'KMDSGAKYAMKSP'. Lantaklah korang nak pronounce macam mana pun. 



Niat asal pergi ke Paradigm Mall nak makan-makan di Seoul Garden sambil lepak menenangkan fikiran di minggu ulangkaji. Katanya ada promosi sempena Krismas. Terkorbanlah segala masa study (kononnya), duit naik teksi , LRT ke Kelana Jaya dan bas ke Paradigm Mall serta kudrat tenaga berjalan kaki demi untuk merasa makanan di Seoul Garden yang dicanang-canang sedap itu.

Sesampainya kami di sana lebih kurang pukul 3.30 ptg, untuk set tengah hari akan berakhir pada pukul 4 ptg, maka menunggulah kami untuk set dinner kerana kami yakin kami tidak mampu meghabiskan makanan selama 20+- minit sahaja. Tidak puas. 

Malangnya lagi, apabila kami kembali untuk makan set dinner, kosnya mencecah RM52 ringgit seorang. Apabila kami melihat semula poster yang ditampalnya diluar kedai, baru perasan sempena Krismas Eve, mereka akan menaikkan harga RM2++. Tak tahu pulak akan plus2 tu boleh mencecah RM50 ke atas.. 

Kami bukan anak jutawan, atau anak dato'2 atau anak pak2 menteri yang kantungnya penuh sampai melimpah-limpah. Kami tidak mampu. Harga keluar dari bajet asal kami. Awalnya, kami sangat down. Setelah beberapa minit, cuba berfikiran positif. Kami cari alternatif lain untuk makan steamboat juga. Kami tidak putus asa. 

"Bukan apa yang berlaku itu penting tetapi respons kita terhadap apa yang berlaku.Kalau kita guna formula kita ini, peristiwa yang berlaku campur dengan respons kita menghasilkan hasil kehidupan kita. Kalau peristiwa itu negatif, respons kita negatif, hasilnya mesti negatif. Jadi, kita guna formula, peristiwa negatif iaitu barang naik, respons kita mesti sangat positif, maka hasilnya positif." - Prof Muhaya

Akhirnya, dengan menggunakan formula 'positif', kami menemukan tempat makan steamboat yang lebih murah dan tidak kurang kenyangnya iaitu di See U Village Steamboat. Kedai ini masih dalam proses mendapatkan pensijilan Halal Malaysia. Tetapi, kami tidak was-was dan tempah untuk makan set seafood kerana kami mengaplikasikan nas Al-Quran bahawa semua hidupan yang hidup di air, bangkainya halal dimakan.

Kesimpulannya, kami gembira. ^_^

Aktiviti sebelum minggu memuntahkan semula apa yang dah dihafal di atas helaian kertas atau dengan kata lain aktiviti sebelum minggu peperiksaan. Panjang la pulak tajuk entri aku kali ni.

1.12.2013, lebih kurang pukul 6.00 petang,

Aku pergi PPUM sebab hantar member sakit (sakit perempuan). Tengah nak mendaftar kat kauter, akak yang duduk kat kaunter tu cakap kat aku, masa menunggu mugkin dalan 4-5 jam lagi. Aku dah macam  ..What the!?? Tapi, sebelum menunggu tu, member aku kene inject ubat tahan sakit, so aku macam consider sikit. Aku istighfar balik sebab mencarut. Ini kali pertama aku pergi PPUM. Tengah menunggu giliran, seorang sis kat sebelah aku cuit lengan. Aku toleh. Di gerak-gerakkan tangan. Aku kerut dahi tak faham. Last-last baru aku perasan dia tak boleh bercakap, bisu. Aku pun borak-borak dengan dia dengan bahasa isyarat. Angkat tangan kiri kanan sikit. Goyang-goyang tangan sikit. Main hentam je, tapi yang anehnya kami boleh faham apa yang diisyaratkan walaupun takde suara. Magikkan? Dia cakap dia lapar dan tanya kafe kat mana. Itu yang aku faham dari bahasa isyarat yang dia buat. Aku pun tunjukkan kafe dan tolong dia beli makanan. Itu kali pertama aku borak dengan orang bisu. Satu pengalaman menarik yang akan aku ingat dalam kepala aku.


5.12.2013, 8.00pagi - 5.00 ptg


Pesta Kokurikulum, UM, kitorang kena hias dan kena jaga booth pameran untuk kelas kokurikulum, GREK1007, Asas Seni Halus. Nak hias tak de idea. Main tampal je lukisan yang dah diframekan dengan kadbod hitam. Tambah riben sikit atas kat penjuru atas kana kiri. Siap. Tapi, aku sungguh tak sangka pulak booth kitorang boleh menang kategori Konsep Terbaik. Dapat hamper besar. Sampai hari ni aku masih tertanya-tanya ape konsep kitorang. Aku tengok booth2 lain siap pasang langsir raya dan ada demo-demo bagai. Mungkin simple itu konsep terbaik???


5.12.2013, 4.00 ptg

Lepas jaga booth pameran ko-k, aku pergi ke Executive Talk : Imam Masjidil Haram Syeikh Khalid al-Ghamidi. Teruja dapat jumpa beliau. Dalam ucapan beliau, banyak ditekankan tentang Rasulullah s.a.w. Bagaimana Rasulullah sanggup meminta kesakitan seluruh umatnya ketika saat akhir hidupnya. Bagaimana Rasulullah hidup dengan penuh sederhana. Beliau juga memperdengarkan bacaan ayat suci al-Quran sampai mengalirkan air mata 
p/s : tsk..tsk.. insaf seketika. 



5.12.2013, 8.00 malam

Lepas maghrib, hujan renyai-renyai. Ah, peduli hape hujan ke tak. Kalau aku memang nak pergi, akan ku pergi jua walau apa pun berlaku (bahasa sastera). The Legacy, sebuah program mega yang menarik tentang Rasulullah s.a.w. Ade 3 slot, aku sempat pergi slot yang pertama je, The Icon. The Family Man dengn The Most Inflential aku tak sempat pergi. Try usha fb The Legacy - UM.



7.12.2013, lebih kurang 9.00 pagi - 3.00petang


Menghadiri perkahwinan cousemate. Semoga bahagia sampai sorga Atikah dan Fitri. :-)


15.12.2013, 9.00 pagi sampai tengah hari.








Sukan anjuran junior kos, A-Star. Aku mewakili rumah Ungu bermain bola tampar dan taji ayam. Aku memang dah lama sedar aku seorang yang 'tangan bangku' kerana hingga kini aku tidak reti menampar bola dalam permaianan bola tampar. Bola tampar merupakan antara sukan yang aku tak berapa minat sebab akan melebamkan aku punya tangan. Gambar kredit to -DK.


15.12.2013, 3.00 petang


Niat pertama mahu temankan member bernama Atikhah membeli-belah buku di Big Bad Wolf Book Sale, @ The Mines, Serdang. Dia peminat buku. Aku pula pembaca yang malas. Atas dasar member, aku temankan juga. Bila sampai kat tempat kejadian lebih kurang 4.30 petang, aku pulak jadi rambang mata. Buku-buku yang kau selalu nampak berharga dalam RM20 ringgit ke atas boleh dapat dalam RM5.00 sebuah. Giler punya sale!! Kebanyakannya buku berbahasa Inggeris. Mungkinkah buku-buku inggeris ini tidak laku dijual di Malaysia lalu dijual di sini dengan harga lelong atas dasar penghabisan stok? fikirkanlah... Lepak kat sini sampai 9.00 malam. Aku hanya beli sebuah buku Inggeris bertajuk ' Your Pinkle is More Powerful Than Your Thumb'. Aku perhati je ragam pembeli-pembeli yang sesak kat situ. Siap bawa bagasi gedabak nak borong. Pergghhh. Memang serius ulat buku atau peniaga yang pandai cari peluang, yang akan jual balik buku-buku tu dengan harga mahal dan dapat untung. kah kah kah..



19.12.2013, 10.00 malam

Dekat poster, mula forum 7.30. Kitorang pergi 10 malam, hebat kan. Datang lambat sikit sebab kat kolej ade Solat Hajat dan makan-makan.  Mesir, isu agama atau kemanusiaan?. Tajuk pun dah salah. Agama konfirm-konfirm untuk manusia, bukan untuk lembu atau ayam. Makan jawapannya agama dan kemanusiaan sebagai subset agama. 


21.12.2013, 9.00 pagi.

Menghadiri  Annual Grand Meeting Persatuan Mahasiswa Sarawak Universiti Malaya. Pemilihan ahli majlis tertinggi menggantikan MT sementara. Menu : mi hoon goreng, karipap dan teh panas. 
Kamek Anak Sarawak!!


21.12.2013, 2.00 petang

Menghadiri Konvensyen Pendidikan TFTN kali ke 2 yang sepatutnya aku daftar pulkul 8.00 pagi tapi terpaksa pergi separuh hari sahaja kerana ada urusan lain pada paginya. Naik LRT turun di stesen LRT Kerinchi dan jalan kaki seorang diri menuju ke TM Convention Center. Sesampainya aku disitu, terus dijemput makan tengah hari nasi kerabu. Free of charge. Sempat mendengar dua buah forum (panel : Sasha Saidin, Loque, Dr. Mazlee Malik, dan Fathi Omar) dan perkongsian oleh sukarelawan Teach for the Needs sangat menyentuh hati. Juga membeli buku 'Surat Untuk Anak' tulisan Mohd Affandi Ramli seorang ayah kepada dua orang anak yang menghidap Cerebral Palsy (CP). 

Silalah like page Hope 2 Walk sebagai tanda sokongan kita ke atas kanak-kanak yang menghidap CP. 
Juga jangan lupa like page Teach For The Needs . :-)


22.12.2013, 6.00 petang

Aku dengan Zu, roomate bercadang untuk meninjau Dapur Jalanan Kuala Lumpur (DJKL). Aku tahu pasal Dapur Jalan ni pun sebab terbaca status Benz Ali. DJKL merupakan sebuah projek di mana sukarelawan akan menyediakan dan membahagikan makanan untuk teman-teman gelandangan di Kuala Lumpur. Like le reramai ye page Dapur Jalan Kuala Lumpur, dan yang nak bagi sumbangan dialu-alukan. Ramai juga aktivis yang aku jumpa kat situ seperti Mat Lutfi dan Adam Adli. Nak sangat join, tapi tak de geng dan segan tahap menara klcc ketinggiannya pada waktu itu.  

Hanya melihat dari jauh. Nama dah tinjauan kan? Insya'Allah lain kali aku akan join .. :')

Ok, sekian saja tulisan di musim peperiksaan..

Dinner Biotek


Berterabur


Merujuk kepada gambar diatas, aku memang fail untuk menjadi wanita yang pengemas dan terurus. 

Minggu ni amatlah sibuk, esaimen nak kene hantar, presentation tak habis-habis. Macam nak pecah kepala. Meja tak sempat nak kemas sebab penuh dengan buku2 rujukan. Inilah padahnya kerja last minute. 

huh..-.-

Aku rasa macam nak upah orang je bagi susun cantik aku punya meja.

Pilihanraya kampus UM

Pro Mahasiswa menang 26 kerusi.



Penggerak Mahasiswa menang  14 kerusi.


Bebas menang 3 kerusi. (Aku tahu progressive je parti bebas yang bertanding, yg lain aku tak tahu)

Aku usha jugak bebudak calon yang bertanding punya manifesto. Aku tengok lebih kurang je. Menurunkan harga makanan kafe. Menaiktaraf infrastruktur fakulti.. dan ..bla..bla..bla.. 

Harap yang menang tu kotakan janji lah ye.


Al-kisah printer

Suatu hari, member aku yang bernama Asma Zakiah mintak aku teman pergi Low Yat. Nak beli printer katanya. Aku yang tengah free waktu itu pun on je. Aku pun nak survey2 kalau ada yang berkenan.

Kedai pertama yang kitorang singgah dijaga oleh seorang akak Melayu. Harga printer Canon yang member aku nak beli tu harga RM249. Aku tanye kat akak tu, boleh kurang lagi tak? RM239 paling kurang, jawab beliau. Aku sebagai seorang peminjam PTPTN cuba membuat tawar-menawar lagi, tetapi tidak berjaya. RM239 titik. Aku cuba membuat ugutan terhadap akak tersebut dengan mengacukan pistol ke kepala beliau. Beliau dengan selambe merampas pistol tersebut dan mengkaratekan pistol tersebut sehingga terbelah dua. Aku dengan member agak terkejut dengan kelakuan yang tidak diduga itu dan kami pun terus cabut  lari dari tempat kejadian dan mencari printer yang lagi murah harganya.

Seterusnya kami singgah di sebuah lagi kedai yang menjual printer. Kedai itu dijaga oleh seorang amoi Cina. Harga printer Canon yang terdapat di kedai tersebut adalah RM239. Aku dengan member cuba melakukan proses tawar menawar lagi kot-kot boleh dapat murah lagi. Tetapi tidak. Harga itu adalah harga standard, kata amoi itu tersebut. Kami yang ingin mencari printer yang harga lebih murah dari RM239 hampa. Sebelum kami mengangkat kaki, amoi tersebut cuba memaksa kami untuk membeli printer dari kedainya. Aku yang agak rimas dengan perlakuan amoi tadi mula mencari pistol di dalam beg untuk mengugut amoi tadi supaya diam. Tetapi, aku lupa bahawa pistolku telah pecah dua dikarate akak Melayu tadi. Aku dan member pun cepat-cepat blah dari tempat kejadian sebelum amoi itu panggil geng-geng dia, brainwash kami agar beli dia punya printer.

Last skali, kedai terakhir kami dapat harga printer Canon (3 in 1) dengan harga RM218.00. Jauh lebih murah dari kedai-kedai yang sebelumya. Maka, kami pun membeli printer itu dengan senang hati.

The end

Kosmet Aku


Tahun ni tahun kedua aku menjadi pelajar Universiti Malaya. 

kbai.

p/s: gambar ni aku cilok dari fb.

Kuliah Luar Pagar

Pergh...gila tak HD  gambar yang aku tangkap. Ni gambar Fahmi Reza tengah bagi lecture tengah hujan. 

Assalamualaikum w.b.t.

Hari tu, aku ade dengar kabar bahawa Fahmi Reza, seorang aktivis luar akan masuk ke UM untuk berkongsi sejarah mahasiswa 60-an bersama-sama dengan Dr. Khong (mantan presiden UMSU 1968/69). Bila tiba hari kejadian, Fahmi Reza telah dilarang masuk UM atas alasan apa, aku kurang pasti. Walaupun tak dapat masuk UM program perkongsian sejarah ni tetap diteruskan. Penganjur program ni memang tak give up. Aku tabik.

Tak boleh buat kat dalam, buat kat luar. Betul-betul depan pintu gate KL.

Tak de dewan,  buat kat atas padang rumput pun jadila. 

Hujan, tak jadi masalah. Pakaila payung.

LCD, mikrofon dan pembesar suara semua guna generator untuk bekalan elektrik.

Kat sini, aku just nak cerita sikit ape yang Fahmi Reza dan Dr. Khong kongsikan malam tu. UM ni universiti pertama kat Malaysia. So, sape yang bole masuk universiti Malaya dulu adalah orang yang memang kira bapak hebatla. Kebanyakan aktiviti, kewangan dan pergerakan pelajar di UM pada awal kewujudannya di Kuala Lumpur diuruskan oleh pelajar sendiri sehinggakan pelajar UM pada masa itu mampu beli bas sendiri, ade kafe sendiri dan bangunan sendiri untuk kegunaan persatuan. Independent.

Sekarang?

Aku tak faham kenapa pihak atasan takut sangat nak benarkan si Fahmi Reza tu masuk UM. Takut ideologi dan fahaman si Fahmi itu akan mempengaruhi minda-minda mahasiswa UM? Kalau betul berbeza fahaman, maka apa guna diskusi? Bukankan diskusi itu adalah untuk membincangkan perkara-perkara yang ada khilafnya? Universiti ini apa fungsinya jika bukan untuk kembangkan minda mahasiswa? Sekarang, orang akan buat kajian untuk thesis n dapat title prof. Fahmi Reza buat kajian jugak, cuma takde title prof. Sebab tu kot dia tak dibenarkan untuk memberi lecture tentang hasil kajian beliau kepada mahasiswa UM.

aik..nampaknya penulisan aku sudah semakin serius. 

Mural


Hari tu, aku dengan bebudak kelas Asas Seni Halus telah menconteng dinding sebuah tadika. Macam apa yang kau nampak kat atas, itulah hasil tangan aku dengan classmate. 

Aku lukis bahagian tulisan. Aku tak tahu apa jenis font yang aku guna, main hantam saja. Roket tu aku nampak dah macam peluru berpandu yang ditambah sabit kat tepi kanan dan kiri. 

Alien hijau kat bawah tu aku rasa ada genetik keturunan katak Froggy. Alien kuning kat atas boleh main jenguk-jenguk pulak. Alien purple kat atas bahagian kanan  pulak aku rasa terhasil dari percintaan alien dari planet zuhrah dan sotong dari bumi. Alien hijau tepi alien sotong dah macam rupa bawang dah aku tengok.

UFO giler tak center dia punya bahagian bawah kalau korang perhati betul-betulla. Aku tak tahu macam mana UFO tu nak seimbangkan diri semasa mendarat di bumi nanti. 

Apa yang aku tak berapa nak puas hati, pihak tadika tu dia mintak kitorang datang semula sebab nak tambah stroke kat setiap lukisan. Hari kitorang melukis pihak tadika sorang pun tak datang nak pantau, apatah lagi memberi makan. Kitorang pun buat la seperti design yang diorang nak. Dah buat, banyak pulak komennya. huh..

Kalau berbayar tak apa juga. 

Kitorang buat free kot. 

Tertekan

Suatu pagi selepas subuh, aku terdengar bunyi mesej dari aku punya henfon. Aku pun tercarik-carik di mana. Setelah aku menemui henfon milik aku tersebut, aku membaca mesej yang baru masuk dari celcom.
kredit panggilan anda kini kurang dari RM3.00.

Aku terus check balance ade berapa. RM 0.44?!!

Apekejadah kedit aku boleh hilang nak dekat RM20.. Aku baru topap sebelum aku tido malam tadi kot.

Aku teruskan siasatan. Aku buka log panggilan. Aku nampak history log yang menyatakan aku telah menelefon ke salah satu nombor digi dengan durasi 9 minit 29 saat. Choi!

Patutlah cepat je habis.

Aku tertekan rupanya. 

Dan sekarang aku tertekan!

kepalahotak

Kepalahotak aku tengah bingung sekarang ni.
Aku tak tahu ape benda yang aku dah buat cuti seminggu ni.. 
esaimen bapak banyak berlambak tak siap lagi.

Aku tak tahu kenapa kepalahotak aku macam tak boleh nak hadam buku biology yang aku baca sekarag ni.
Aku rasa aku kena solat taubat.

sebab?

Sebab aku rasa macam aku banyak buat banyak gilerr dosa. 
sebab tu tak berkat kot aku belajar.
Itu yang aku rasa la..

kolejless dan esaimen



Cuti midsem sedang berlangsung. Aku tak balik rumah.

Aku pun tak duduk kolej aku sendiri sebab ada 700 orang yang nak sewa bilik kolej aku, makanya aku tidak boleh menginap di situ. Aku dengan sebuah beg baju, sebuah bag berisi laptop dan sebuah bag berisi buku yang bila dicampurtambahkan dalam 3 buah beg, merantau keluar dari kolej mencari tempat tinggal untukku merempat selama seminggu.

Setakat ini aku sudah singgah di 3 buah bilik berlainan untuk aku berlindung dari hujan dan panas. Esaimen juga setia menemani aku walau di manapun aku berada. itu saja.

Bersih


Kerja-kerja pembersihan ni kena buat selalu. Kalau dibiar lama-lama, makin teruk jadinya. Tumbuhla fungi, kulat , pembiakan bakteria dan virus, tak pun akan muncullah bau-bau busuk yang macam haram. Kalau dah teruk macam tu, kadang-kadang kita sendiri pun geli nak bersihkan. So, kalau terkotorkan waktu tu, cepat-cepat bersih supaya tak melarat.

credit to : hati

KETIDAKDAPATAN

Aku pergi temu duga maktab,
tak dapat.
Aku pergi temuduga projek kolej,
tak dapat.
Aku pergi selection sukan pun,
tak dapat.

Entak berapa banyak 'ketidakdapatan' yang dah aku lalui dalam hidup aku ni

Orang kata. kalau tak dapat jangan sedih-sedih
be profesional la..
tahun depan cuba lagi,
kalau umur panjang.

Tapi perasaan sedih, kecewa dan geram takkan lalu lambai-lambai je kat hati kau,
At least singgah lepak-lepak minum kopi dulu beberapa ketika
Orang tak nampak sebab perasaan tu bukanla berbentuk empirikal dan  fizikal yang punya jisim.
Kalau ya, sudah tentu berat aku sudah mencapai tahap obesiti

Orang kata lagi, kalau tak dapat adala hikmahnya tu
Ada yang lebih baik menanti

Mungkin.

[chorus]
Aku nak cari hikmah tu,
Aku nak cari apa yang lebih baik menanti.

Doakan aku ya pembaca sekalian
Agar pencarianku tidak berakhir dengan 'ketidakdapatan'

lagi..

Kalau tak jumpa juga, adala hikmahnya tu
Ada yang lebih baik menanti

(Ulang chorus tu sampai hujung nyawa)

Buku Jalanan UIA

Aku banyak kali jugak la dengar tentang 'buku jalanan'. Kat u aku ( um) pun ada buat jugak, tapi aku malas nak pergi sebab aku malas.

Hari ni aku rasa boring. Kawan pulak ajak ke uia, ada buku jalanan katanya. Set.

Stesen lrt universiti -> stesen lrt gombak -> bas rapid kl ke uia

Sesampainya bas kat depan pintu pagar, pak guard tahan dan minta tunjukkan kad matrik. Beberapa kawan aku kena soal atas tujuan apa mahu singgah ke UIA. Nak-nak fasa prk pulak, kawalan kenala ketat sikit. kot.. 

Zul Fikri Zamir, penulis buku Sekolah bukan penjara, Universiti bukan kilang' banyak berbicara tentang apa peranan mahasiswa sebenarnya. Adakah hanya minta turunkan harga makanan di kafe-kafe atas dasar kebajikan mahasiswa? Tandas rosak, pergi report. Minta itu, ini.. 

Masyarakat sekeliling, masalah sekeliling tak tahu nak selesaikan macammana.

Konten lain yang didiskusikan adalah sekolah dan universiti di Malaysia ini seakan-akan menuhankan peperiksaan. Buku-buku yang diterbitkan bukan atas dasar sebarkan ilmu, tetapi sebagai buku persediaan menulis 'jawapan'. 

Selain itu, semangat 'partilisme' di kalangan mahasiswa sepatutnya tidak wujud. Partilisme hanya mengikat dan menyekat mahasiswa pada hakikatnya. Salah ke, betul ke, selagi semangat partilsme ni menular dalam darah  daging, nadi, nyawa dan otak mahasiswa, selagi itu la kau tetap sokong kau punya parti pilihan kalbu tanpa fikir betul ke, salah ke. Aku rasa ayat aku sudah semakin merapu. Malas nak backspace balik. Harap kau yang membaca paham apa aku nak sampaikan.

notakaki : kopi dan kek batik yang disediakan tadi sungguh sedap.

Kucing


Kucing ini sungguh pandai berposing sambil buat muka comel. Tahu-tahu je aku nak ambik gambar.

Berita Tidak Bernyawa

Kelmarin,
Aku layar alam maya,
Berita mutakhir yang aku baca
ramaja 15 tahun disumbat di dalam beg
tidak bernyawa

Semalam
Aku layar alam maya lagi
berita pegawai bank
kepala pecah berdarah ditembak sang jaga
tidak bernyawa

Hari ini
aku layar alam maya lagi dan lagi
mencari berita sensasi
aku jumpa lagi berita lebih kurang serupa
nyawa tak berdosa
ditikam tanpa belas di lrt
tidak bernyawa

Esok,
aku menunggu
mungkin ada lagi
berita lebih kurang serupa

tidak bernyawa..

Ah, tiada nilai manusia sekarang
nilai kemanusiaan
nilai kasihan
nilai akal


Asas Seni Halus - koK

real

lukis
 Minggu ni kami kena lukis buah-buahan berdasarkan model buah yang dibawa sendiri oleh lecturer kitorang. Tak sempat nak siapkan dah kena submit. Ni la hasilnya.bila dikaler dengan water kaler. :-)

Gua dan sukan


Gua minat bersukan.

Tapi..

ada tapi-tapi pulak?

Ok, kat sini gua akan kronologikan penglibatan gua dalam bidang sukan sejak sekolah rendah sampai sekarang.

Sekolah rendah:

1. Gua pernah wakil lontar peluru untuk rumah sukan Waja. ( Masa tu rumah sukan kat sekolah guna nama wira, waja  dan satria ) Tapi, gua dapat nombor dua last.

2. Gua pernah join selection bola jaring untuk wakil sekolah. Gua telah terpilih sebagai pemain simpanan. Hati gua girang sekali dapat terpilih. Apakan daya, gua sangka terik sampai senja, guruh kilat taufan di tengah hari rupanya. Beberapa hari sebelum pertandingan gua telah dikejarkan ke hospital sebab demam panas. dekat dua minggu jugak gua kat hospital. Karier gua dalam bola jaring terbantut begitu saja.

3. Gua boleh dikatakan antara yang terkecik dan terpendek dekat sekolah gua kalau korang nak tahu. Gua pernah mecuba nasib masuk selection untuk jadi ahli atlet olahraga sekolah. Masa tu gua join selection untuk lari berpagar 110 m dan gua terpilih untuk mewakili sekolah. Gua amat berbangga dengan kondisi gua waktu itu. Tetapi, di peringkat zon, gua telah dapat nombor ketiga dan gagal mewakili daerah Miri sebab mereka hanya pilih tempat pertama dan kedua saja.

Sekolah menengah :

1. Gua join bola baling punya selection dan tak terpilih.

2. Gua join training tennis. Pada suatu hari, member yang training sekali dengan gua mintak tolong gua ganti mereka untuk kira gol bagi pertandingan bola jaring. Gua pun dengan senang hati terima. Gua tanya mereka nak kemana? "Adalah.." jawab mereka. Gua pun malas nak ambik tahu. Esoknya, baru gua tahu terbaca notis kat papan notis asrama bahawa pemilihan tennis telah diadakan masa gua tengah kira gol untuk perlawanan bola jaring. Dan rakan setraining gua yang join selection tu tak berjaya. Padan muka. Menang nak sendiri je. Gila hampa, sakit hati dan geram sebab terlepas pemilihan. puih!

Universiti:

1. Gua join selection ping pong masa asasi. Terpilih wakil majmuah/group tutorial untuk sukan piala pengetua. Itu pun kalah fisrt game.

2. Gua main futsal mewakili kolej kediaman masa first year. Tapi, tak dapat nombor pun. So, gua nak join selection untuk Sukan Mahasiswa Universiti Malaya ( SUKMUM). Masa meeting second, gua tak dapat hadir sebab gua kerja part time cashier koop. Gua dah mintak excuse. Diorang boleh buang je nama gua dari senarai selection. lagi sekali puih!!.

3. Second year ni, gua tengah training futsal. Terpilih ke tak terpilih, gua redha dengan ketentuan sebab gua tahu,  masa depan gua agak kabur dalam bidang sukan ni. Fail!

Gua ada satu medal perak kat rumah. itu pun medal program NILAM sebab aku berjaya baja buku lebih dari 50 buah buku kat perpustakaan. Ada 17 buah buku lagi yang aku perlu baca untuk dapat medal emas (100 buah buku). Medal menang sukan?..

...jangan harap.

notakaki: jangan tanya kenapa aku bahasakan diri sebagai 'gua' dalam entri ni. sukahati akula nak guna apapun.

puisi untuk budak U yang asyik tension je kerjanya

Tekan-tekan kepala
Pening katanya.

Tekan-tekan keyboard,
siapkan tugasan katanya.

Arghh..
TEKANAN.

syuhh..syuhh..
pergi sana cari tuhan tempat mengadu.

Lan Berambeh 2013

berdiri dari kiri : Sanu, Nash, Shera, Amir
duduk dari kiri : Maman, Eqma, Wiyah, Amar
Dalam entri tok aku mok klaka sarawak. Mun sik paham, tanyak ngan cdak yang paham k. hehe.

Lan berambeh 2013 tok aku rasa yang paling aku suka sebab dapat jumpa rame kawan sekolah lamak dolok. Rindu eh... Dah la malam ya ada game bol sarawak lawan Sime Darbi. Nang bising alu eh dewan ya. Macam kat stadium jak asa. Ngan embak bendera sarawaknya. Penyokong Ngap Sayot yang happening gila-gila. Walaupun live streaming ya loading jak jak, nang gigih sidak menunggu dengan sabar.haha.. Salute penyokong setia Ngap Sayot!!!

Noh Hujan, Ila Damia n Daus AF pun ada pake menghibur mekorang.. Okelah ya jak aku mok tulis. Sekian.

notakaki : terima kaseh camera woman - aimilea


Nugget ayam berbentuk hati.


Beberapa hari lepas aku telah mengikuti program Career Drive di PWT. Tapi, di dalam karanganku kali ini, aku tidak mahu berbicara tentang isi kandungan program tersebut. Aku mahu berkongsi dengan pembaca sekalian tentang nugget ayam yang berbentuk hati. Jangan abaikan terus ayat pertama di dalam karangan ini kerana ianya ada sedikit kaitan dengan nugget. Hubungan ayat pertama dalam ayat ini dengan nugget berbentuk hati  adalah nugget itu telah disediakan untuk makan tengah hari semasa program itu berlangsung. Ah, karanganku kali ini bermula dengan rapuan. Tidak mengapa bukan?

Bila tiba waktu makan tengah hari, semuanya berebut-rebut untuk mengambil makanan. Ramai. Rakus. Haru-biru. Kalau ikutkan hati, mahu sahaja aku tolak mereka ketepi dan memotong barisan mereka dengan selamber. Hakikatnya tiada barisan. Yang ada hanya kerumunan yang bentuknya tidak sekata. Tetapi aku tidak mahu berbuat demikian kerana tidak mahu kena lempang oleh mereka. Aku hanya mahu makan. Aku tidak mahu kena lempang. Malangnya nasi goreng telah habis dan mereka-mereka yang sebelumnya hanya meningglkan nugget-nugget yang berbetuk hati untuk aku dan beberapa orang yang terakhir makan. Ah, kira ade makanan pun sudah cukup. Bersyukur. Aku pujuk hati ini yang lara. 

Selesai menghabiskan beberapa ketul nugget untuk makan tengah hari, aku pun bergerak ke arah meja untuk meletakkan pinggan yang telah kosong. Burppp... sempat aku bersendawa sedang aku menuju ke situ.  Aku pandang kiri kanan. Tiada orang. Alhamdulillah.

Dari kejauhan aku nampak seorang mak cik berbaju kurung dan bertudung yang hanya disimpul di bahagian dagu sedang menyusun pinggan di atas meja. Aku perhati lagi. Sebenarnya dia bukan menyusun pinggan mangkuk tersebut. Aku nampak dia sedang mengumpul saki-baki nugget yang tidak habis dimakan oleh mereka-mereka yang membazir.

Aku dan seorang lagi sahabatku berjalan menuju ke arah makcik berkenaan. Dia tidak menghiraukan kami dan terus mengumpul nugget2 yang berbaki di dalam beberapa buah pinggan dan memasukkannya ke dalam paper bag miliknya. Sahabat aku menghulurkan pingganya kepada mak cik tadi. Di dalam pinggan itu ada beberapa biji nugget yang tidak habis dimakan. Mak cik itu terus mengambil nugget tersebut dan meletakkannya di dalam paper bag yang tersangkut di bahunya. 

"Membazir makanan tak habis ni ", aku tangkap ayat pertama yang keluar dari mulut mak cik itu apabila kami bertentang mata. Sentap. Kasihan.

Saat kamu-kamu merungut bosan dengan menu harian, ada yang tidak punya makanan langsung untuk disuap. Maka, kamu-kamu yang dapat makan, bersyukurlah.

Burrppp.. kenyang.


Novel Eksperimental


Ini sinopsis kat belakang kulit buku diatas:

"Ini cerita tentang Ahmad Abdul. Sepuluh orang penulis membina plot dalam setiap bab mengikut idea, gaya bahasa dan cara masing-masing. Bebas. Setiap bab ditulis secara berasingan. Tak seorang penulis pun tahu apa ditulis penulis-penulis lain sehingga habis selesai keseluruhan novel. Trippy, tunggang-langgang, skema, rabak, indah, baik, hancur, pening kepala, tenang dan apa-apa saja hal yang membingungkan. Ini antalogi yang diujikaji. Novel yang dijadikan eksperimen kononnya boleh dan layak dipanggil sastera"

Sejak hari pertama Feskum aku dah usha booth RABAK-LIT dari kejauhan. Tak la jauh sangat hakikatnya. Aku lalu je pintu masuk KPS, tapi secara fizikal aku tidak berhenti rehat di booth tersebut, cuma mata yang dok mengerling tajuk2 buku yang tersusun di atas sebuah meja yang dijaga oleh seorang brader berkaca mata, sempoi dan rambutnya sedikit panjang. Nampak indie dan cool.

Hari jumaat lepas baru aku berkesempatan untuk memberhentikan kaki di booth kecik yang tidak berbumbung itu. Keluarkan RM20 dari dompet berwarna hitam di luar dan sedikit kalerful didalam milik aku. Takkan milik brader yang tengah jaga booth bukan? Maka, bertukar milikla buku novel yang tak berapa tebal yang tertaip di kulit hadapannya 'Novel Eksperimental'. Selepas itu, kami bermain teka-teki siapakah nama brader berkaca mata, berambut sedikit panjang dan berkulit cerah yang menjaga booth berkenaan. Aku juga baru mengetahui bahawa brader tersebut adalah salah seorang penulis novel yang baru aku beli sebentar tadi. Namanya SEFA. Siap tandatangan lagi.

Jalan cerita menarik dan kadang2 tak masuk akal. Ada kala penyampaian yang terlalu deep dan perlukan otak untuk menyambung puzzle yang dah tercampur aduk.

Nak tahu apa kisah Ahmad Abdul selanjutnya, bacalah novel ni. Sokong penulis indie macam diorang ni. Aku pun pernah bercita-cita nak hasilkan atleast sebuah novel. Entah tercapai atau tidak. 

Tengoklah.

Asas Seni Halus - koK

Sebelum ke kelas koK, aku sempat singgah kat satu booth kat tapak FESKUM untuk membuang sisa2 masa dengan melukis dan mewarna. free of charge.

da siap

lepas lukis, tampal kat dinding.

Kelas koK hari ni kitorang kena melukis tumbuhan. Perasaannya sebijik macam lab biologi. Melukis struktur asas tumbuhan seperti ranting, daun dan akar. Bezanya kelas ni ada mewarna, lab bio kena label.

lukisan penuh

lukisan 3D tak jadik.




mencari sesuai

Malam tadi aku jalan2 FESKUM'13 sambil mencari2 makanan untuk dilahap agar perut kosong ini terisi. Biarpun FESKUM tahun ini agak hambar dan lemau, aku masih punya ingin ingin mencari tempat lepak di tapak gerai FESKUM dikala malam menjelang. Dari kolej kediaman dayasari aku menjadi pembonceng gratis menuju ke tapak gerai FESKUM'13. Maka. tercari-carilah aku makanan yang sesuai untuk memenuhi perut berkeroncongku ini.

Jalan punya jalan, aku terjumpa geng2 coursemate yang tengah melahap char kuew teau di gerai PEMADAH. Sejurus aku menyuap char kuew teau panas milik Lisa dengan sudu plastik masuk ke dalam mulut, aku terus order satu. Masa tu pulak Akmal, teman sekolej pun x makan dari pagi tadi bahana menjaga gerai yang sungguh ramai pelangangnya. So, kami berdua pun bersama2 melahap char kuew teau panas sambil menghirup jus epal dan air kelapa yang dipesan dari gerai PMIUM. 

Malam tadi pentas FESKUM'13 kolej aku yang punya pentas. Ada live band, tarian india, dan tarian china. Pada masa yang sama, kat Auditorium KPS, sedang berlangsungnya forum Jihad Cinta vs Cinta Jihad (kira program islamik la). Kalau korang, korang nak pilih yang mane?

Aku dengan teman sebilik memilih untuk pergi ke forum cinta jihad untuk menonton persembahan nasyid dari kolej kediaman ke 7. Lepas habis persembahan nasyid, belum sempat forum bermula, aku dan roomate terus cabut keluar tengok live band (kerengga band) pulak... kah kah kah. 

sesuai sangat. Adil ye tak?

notakaki: banyak sangat dah forum cinta islamik ni sampai aku naik muak. Hiburan itu perlu, tapi jangan sampai jadi najis.

Asas Seni Halus - KoK

Ni lukisan kedua waktu kelas asas seni halus. Aku dah la tak reti sangat bab mewarna guna  oil pastel dan ni lah hasilnya..tadaa.

Who am I?

I am 'Idealist'. This is the results from the quiz, What's Your Personality Type?

You are a creative person with a great imagination. You enjoy living in your own inner world.Open minded and accepting, you strive for harmony in your important relationships.It takes a long time for people to get to know you. You are hesitant to let people get close to you.But once you care for someone, you do everything you can to help them grow and develop.
In love, you tend to have high (and often unrealistic) standards.You are very sensitive. You tend to have intense feelings.
At work, you need to do something that expresses your personal values.You would make an excellent writer, psychologist, or artist.
How you see yourself: Unselfish, empathetic, and spiritual
When other people don't get you, they see you as: Unrealistic, naive, and weak


notakaki : serius ini sebijik apa yang aku fikir pasal diri aku.

PUISI YANG BERTAJUK NAMPAK TAK?

Putih,
orang anggap bersih
orang anggap suci
orang anggap baik

 Hitam,
orang anggap kotor
orang anggap keji
orang anggap jahat

nampak tak?
itu namanya persepsi

kalau kelemumur putih jatuh dari rambut ke atas baju hitam baru lepas cuci orang anggap apa pula?

(18.02 pm, 26/09/2013, di bilik atas kerusi menghadap papan notis)

Asas Seni Halus - koK

Ni lukisan pertama aku dalam kelas kokurikulum UM - asas seni halus. Lecturer tu kasi kitorang kebebasan untuk lukis ape je. Oleh hal yang demikian, aku pun lukis rambutan yang sedap ni.

sekian terima kasih.


Photography


Menunggu sawit ditimbang. 

tandas

Sebelum aku balik KL, aku ada jalan-jalan kat bandar raya Miri. Jalan-punya jalan, tetiba rasa nak membuang sesuatu. Maka, tercarik-carikla aku tandas awam yang berdekatan. Masuk bayar 20 sen je. Masuk-masuk aku keluar balik. Lepas tu masuk balik. Eh, betul ke aku masuk tandas awam ni? Tandas tu punyalah cantik tahap gaban. Dihiasnya macam hari raya punya dekorasi. Ce tengok gambar kat atas. Begitulah rupe tandas awam yang aku sempat ambik gambarnya semasa hari kejadian. Aku rasa inilah tandas awam yang paling cantik apernah ku jumpa seumur hidup aku.

Tapi, bila aku dah duduk kolej kediaman ni, aku paling tak suka part sinki. Ingatkan budak U ni bijak, penuh dengan komensens, tapi sisa makanan dalam sinki pun tak pandai nak bersihkan lepas cuci bekas makanan. Aku memang rimas tengok sinki tersumbat dan menakung air sisa makanan. Kadang-kadang aku bersihkan dulu singki tu sebelum basuh aku punya tapauwey. Lantakla orang tanya 'kau tak geli ke?'. Janji lepas aku cuci, sinki tu bersih. Kau ingat mak cik cleaner tu kuli korang ke ape nak bersihkan sisa makan dalam sinki? Dia pun banyak kerja lain la. Bertimbang rasa la skit.

Begitulah serba sedikit perihal tandas yang aku ingin ceritakan pada entri kali ini.

Bertukar rutin

Hari ni khamis. Esok jumaat. Tulat sabtu aku dah kena balik ke kota metropolitan Kuala Lumpur. Sambung pengajian aku untuk tahun kedua. Mula menyibukkan diri dengan aktiviti ilmiah.hoho..

Kalau kat rumah, bangun pagi subuh pukul 6 pagi. tu pun ade 15 minit lagi nak habis waktu. Subuh kat Sarwak memang awal sikit. Kadang-kadang tido balik lepas subuh. Cuci baju guna tangan sebab mesin basuh rosak. Memasak untuk makan tengah hari. Mencuci pinggans selepas makan. tertambah huruf s pulak kat pinggan tu. tak pe la, bagi nampak banyak sikit pinggan yang dicuci kan. Masak air untuk minum petang. Masak lagi untuk untuk makan malam. cuci pinggan lagi lepas makan malam. Menonton telivisyen dan tidor sebelum pukul 12 tengah malam. begitulah setiap hari melainkan hari2 spesial apabila pergi ke pekan batu niah atau bandar miri. fuhh. letih gila menaip panjang2 macam ni rupanya.

Kalau aku dah kat kolej kediaman kat universiti, rutin aku akan berubah sama sekali. Subuh aku pukul 6.30 pagi pun tak pe sebab ade lagi waktu. mungkin akan tido balik lepas subuh x pun online. pergi kuliah. balik kuliah. hujung minggu baru basuh baju yang dah berlambak tak dicuci. Itupun kena keluar duit rm2.00 sebeb malas nak cuci tangan. Tak perlu kot masak-masak sebab beli kat cafe je makanannye. Tak payah susah2 cuci  pinggan sebab aku beli nasik dalam tapau extra 20 sen. Tu dulu, sekarang minyak dah naik 20 sen kot2 tapau jadi 40 sen. Lepas makan buang je. Nak cuci-cuci pun just bekas buat masak megi. Tido aku pun tak menentu. Mungkin 2-3 pagi baru tido sebab nak siapkan esaimens. Esaimen pun tertambah s bagi nampak betapa banyaknye esaimen bila kau dah masuk u. Nak-nak aku yang ambik kos double major Pengajian Islam dan Sains (Bioteknologi) ni.

oklah..terasa banyak pulak perkataan yang ditaip oleh aku hari ni. sekian terima kasih.

lipat dan susun



Salam~

Sekarang aku duduk seorang kat rumah. Kakak aku kat Kuching, kerja. Adik bongsu aku budak asrama penuh. Mak, bapak n adik aku sorang lagi pergi Sabah sebab daftar adik aku yang nak masuk U.  Bila duduk seorang ni rasa macam banyak giler masa kosong. 

Aku perasan rak dalam bilik aku macam berterabur giler. Oleh hal yang demikian, aku cuba mengisi masa kosong dengan melipat baju nak susun dalam rak ikut warna. Kreatif tak aku..kah kah.. Ni namanya tak de keje.  Bila dah siap lipat dan susun, nampak cantik dan kemas pulak bila susun ikut kaler macam gambar yang korang tengok kat atas ni.

Nampaknya bakat 'menyusun dan mengemas' aku dalam proses untuk dicungkil..

A silent message for all of us


What an awesome video!

This video shows that the function of handphone was not only conneting people, but it can disconnecting  people to. So, sometime you must disconnet with your phone to connect with others around you.

Disconnect to connect!

Oleh kerana video yang aku share kat atas adalah mengenai telefon bimbit, maka aku ingin menaip entri kali ini dengan mengetengahkan fungsi telefon bimbit yang telah disalahgunakan oleh aku.

Bila aku duduk di sebelah orang yang kau tak kenal di perhentian bas, atau naik lif sekali dengan orang yang aku tak berapa nak bercakap sangat, handphone adalah penyelamat yang paling berkesan untuk menghilangkan rasa janggal pada masa itu. Kalau tak bertegur, nanti dianggap sombong. Maka, berpura-puralah aku menggunakan handphone aku sebaik mungkin tidak kisah sama ada tengah bermesej dengan seseorang, atau buat panggilan padahal hakikatnya handphone aku dah habis bateri, buat-buat sibuk macam perdana menteri. Bohonglah kalau korang tak pernah buat. puih!

Apa salahnya tegur orang sebelah. Mungkin boleh mulakan perbualan dengan dialog-diolang seperti
"Panas kan hari ni " sambil mengipas muka dengan buku di tangan sebagai reaksi tambahan.
"Lama dah tunggu bas?" sambil memandang jam tangan sebagai reaksi tambahan. Mulut tu kasi ringan sikit.
Tak kisahla kalau orang kata tu dialog klise. Setidak-tidaknya, kita cuba nak sambungkan silaturrahim.

Selemah-lemah iman pun, paling tidak,senyum. Senyum itukan sedekah. Tidaklah orang disekeliling kamu berasa semacam diri mereka tidak wujud disitu.

Bila kau buat tak endah dengan orang disekiling kamu, bukann mereka sahaja yang janggal, malah kita sendiri juga akan rasa janggal.

Maka saya menyeru kalian semua agar sama-samalah kita cakna dengan orang yang berada di sekeliling kita kerana mungkin suatu hari kita akan perlu pertolongan mereka..

SELAMAT HARI MERDEKA.



Review - What if (drama english malaysia @ 8tv)

kalau kau kena tanam hidup-hidup, ape kau nak buat ?


Tengah aku menekan-nekan remote astro untuk mencari siaran-siaran menarik untuk ditonton pada malam rabu yang agak membosankan, aku tertarik pada drama yang bertajuk What If yang bersiaran di 8TV. So, aku teruskan tontonan. Ingatkan movie orang putih dari oversea, rupanya drama Inggeris dari Malaysia directed by Jehan Miskin. 

'What if' macam bunyi tajuk cerita yang tergantung. Setiap episod sambungannya lain2, ada What if you lose all of your money ?, What if you have a second chance?, What if man become woman dan banyak lagi.

Drama Inggeris Malaysia ni sungguh psiko. Cerita ni pasal seorang lelaki bernama Imzan yang mengalami gangguan emosi ala2 mental la kot. 

nah, ni sinopsisnya aku ambik dari 8tv punya laman sesawang. English la tapi.


"Imzan is a tortured soul who has lost everything in his life in a series of unfortunate events. To keep himself sane, he writes twisted tales about those around him until he discovers these stories come true!
He then uses this newfound ability to bend reality against all those who have wronged him until he comes up against someone else who uses a similarly devastating power back against him."
Dalam episod 'What if you were buried alive?' ni, Imzan kena tanam hidup2 dalam keranda kayu yang dimasukkan dalam lubang tanah yang dia gali sendiri. Dalam keranda tu ada tiga barang je yang dia ada, lighter, handphone (yang dia guna untuk berhubung dengan seorang lelaki pmisteri yang psiko dan tahu semua pasal hidup Imzan) dan anak kunci yang dia curi dari rakan penjahat yang mati kena tembak sebab kesian tengok Imzan. 

So, kalau korang la kat tempat Imzan, apa korang nak buat?

notakaki: Konklusinya, kalau kau kena tanam lepas kau mati, kau takkan dpat buat ape2 dah.

peti cadangan

Pagi tadi aku pergi pejabat pos nak cek surat. Tiba-tiba mata aku tertarik untuk memandang ke arah sebuah peti lutsinar yang tertulis 'peti cadangan' di hadapan kaunter.

Berisi.

Pemurah gila siapa yang masukkan duit dalam 'peti cadangan' pejabat pos ni. Asal nampak macam bentuk tabung je terus masukkan duit.  Diorang ingat tabung derma ke ape..

Satu kertas cadangan pun aku tak nampak dalam peti ni melainkan duit kertas rm1 dan syiling.


alkisah raya, peperiksaan dan kahwin.

Hari raya pertama tahun ni aku tak keluar rumah pun sebab aku kena jadi tukang cuci cawan dan tukang hidang air kat rumah nenek. Kadang-kadang dibiarkan aje aku sorang melayan tetamu kalau yang datang tu budak2. Sudahlah aku pendatang. Mana nak kenal orang-orang kat kampung ni sangat. Kadang-kadang raya ni sekadar nak menjamu orang makan je. Bukannya nak mengeratkan silaturrahim. Memang tak de duit rayalah budak2 tu datang kalau aku yang melayannye.

Cerita pasal peperiksaan pulak, adik aku tahun ni nak ambik SPM. Sepupu aku yang dua orang lagi nak kena ambik UPSR dan PMR tak lama lagi. Maka, bersepahlah buku2 past year dan kertas2 soalan di atas meja hari raya sebab diorang nak studylah kononnya. Kononnya lah. Sebelah tangan lagi pegang tablet, sebelah tangan pegang smartphone, mulut tengah kunyah biskut raya nak study? Hmm.. studyla sangat (tangan di dada mata ke atas). Papepun aku doakan mereka cemerlang dalam peperiksaan yang bakal menjelang.

Raya kali ni sungguh ramai pemuda-pemudi kampung Nangar ini yang mula mendirikan masjid. Setiap hari ada je majlis perkahwinan. Aku rasa mereka-mereka yang mengadakan majlis perkahwinan di kampung ini sudahpun bermesyuarah sesama mereka agar tarikh dan masa perkahwinan mereka diatur dengan dengan teliti dan tiada pertindihan. Rumah ni buat hari ini, jiran sebelah pulak buat hari esok. Dalam sehari kadang2 ada dua majlis kahwin, rumah ni buat pagi , rumah tu pulak buat petang. Sungguh harmoni dan tiada pertindihan masa. Yang aku respek, majlis kahwin kat sini tak guna catering atau buffet. Semuanya bergotong-royong memasak dan makan pun berhidang. 

Berbuka di tempat orang

Beberapa hari sebelum raya aku balik kampung nenek belah mak. Buka puasa kat tempat orang ni lain macam sikit. Amende yang lainnye? Lain waktu, lain tempat, lain menunya..kahkah..

Budaya 'seperah' memang masih utuh lagi kukuh kat kampung ni. Tahu tak amemnde 'seperah'? Tak tahu? Ok. Seperah ni kira macam makan berhidang la. Lawan kepada buffet la kirenye. Satu seprah ada 4 orang. Aku tak tahu la tempat lain panggil apa adat macam ni. Kira rajin jugak la orang kampung ni mencuci pinggan mangkuk. Patut dicontohi. 




Cerita pasal sepupu pompuan aku yang tak puasa. Usu aku merangkap maknye tanya kat anaknya apsal tak puasa. Dengan lantangnya dia jawab "datang haid". Terkejut maknye. Masakan maknya tidak terkejut kerana sepupu aku tu baru umur 4 tahun tapi cakap serupa orang dewasa. Pintar sungguh.

Aku Insan Rabun

Ini kisah tahun 2004. Seperti budak-budak darjah enam yang lain, aku dan rakan sekelas kena buat medical check up. Pihak kesihatan akan datang melawat ke sekolah untuk check mata, telinga, berat dan tinggi semua pelajar2 darjah enam. 

Berat aku masa tu 25 kg  kalau tak silap. Tinggi aku tak berapa ingat, munkin dalam 130cm plusminus. Check telinga pula, diorang akan ketuk besi kecik dan letak kat telinga nak tahu sama ada kita dengar tak dengung. 

Bila part nak check mata, kena letak kadbod yang ada satu lubang dan tengok huruf E yang tunggang terbalik dan variasi saiz yang tersusun dari besar ke kecik. Kebetulan yang tunjuk huruf E kat depan tu ayah aku sendiri. Ayah aku seorang Atendan Kesihatan kat sebuah klinik desa masa tu. 

Masa ayah aku minta aku tujuk huruf E guna kad yang aku pegang kad tangan, tiba-tiba air mata aku mengalir. Sebak. Sedih. Semua orang pandang aku semacam. Apsal budak ni menangis tiba-tiba? Ayah aku tanya kenapa nangis. 

Aku nangis sebab aku tak nampak... maka, sejak dari itu aku menjadi seorang budak kaca mata sehinggalah sekarang.

notakaki : kaca mata adalah benda yang pertama aku cari bila bangun tidur dan benda yang paling akhir aku letak tepi sebelum tidur. 

Taubat

Semalam aku buat dosa
Malamnya aku minta ampun pada tuhan

Hari ini aku buat dosa
Malam nanti aku minta ampun pada tuhan

Esok aku buat dosa lagi
Malam esok aku akan minta ampun pada tuhan lagi

Harap-harap taubat diterima
Tuhan kan maha pengampun

Ya, memang benar.
Memang tuhan maha pengampun
Selagi kau mohon ampunkan dosa kau
Pasti dia akan ampunkan dengan izinnya

Jangan risau
Banyak kali pun tak apa
Tuhan kan maha pengampun?

Apa yang perlu kau risaukan sekarang bukannya dosa kau terampun atau tidak
Apa yang perlu kau risaukan adalah nyawa kau yang entah bila tamatnya

Semalam kau buat dosa,
Semalam kau mohon ampun
Semalam juga dosa kau diampun
Alhamdulillah.

Hari ini kau buat dosa
Malam nanti kau mohon ampun
Kalau umur panjang sempat dosa kau diampunkan
Insya'allah.

Esok kau buat dosa
Petangnya nyawa dah terhenti
Dosa yang belum terampun macam mana?
Innalillah...

notakaki: Jangan tangguh saat kau nak minta ampun pada tuhan sebab kau tak tahu bila malaikat Izrail datang menjemput.

Ulasan : Novel Fixi - Bisik


Entri kali ni panjang sikit.

Buku ni dah lama dah aku beli. Aku rasa dalam bulan Januari 2013. Aku baru habis baca beberapa hari lepas. Sebelum ni aku memang baca, tapi aku baca mula n ending je sebab nak tahu pengakhiran. Tapi tak berapa nak membantu sangat nak paham isi cerita. Serius aku cakap aku memang tak berapa minat membaca. Apatah lagi lagi buku2 yang tebal seperti novel2 dan buku biologi. 

Kala itu aku tak tahu lagi kewujudan Syarikat FIXI ni. Tak tahu pulak jenis buku-buku yang punya bahasa agak kurang ajar dan bahasa pasar (yang masih berseni) ini boleh terlepas dan dijual dengan bebasnya di pasaran tempatan. Antara sebab-sebab aku 'terbeli' buku ni adalah :

Firstly, aku tengok dia punya kulit depan. Smart n simple. Haah, gambar yang kat atas ni la. Aku ni tak berapa nak masuk dengan pepatah orang putih don't judge a book by its cover. Aku nampak kulit depan macam cantik aku terus nak beli. Lupa yang aku sebenarnya tak suka membaca.

Secondly, aku baca di punya tajuk. BISIK?. Satu perkataan yang penuh misteri dan perlu dirungkai. Aku memang suka benda2 misteri, suspen dan mistik ni.

Thirdly, aku baca sinopsis kat belakang. Menarik dan menyebakan aku ingin tahu apa yang jadik? Siapa nazman? Nak belek2 isi kat dalam tak boleh sebab buku tu masih berplastik lagi. Kang aku koyak tak pasal2 kena halau dari kedai. 

4th, Aku beli sebab harga buku ni boleh kata murah sikitlah dari novel2 lain. Masa tu aku beli dengan harga rm 17 plusminus kalau tak silap. Tak sampai rm20.

5th, aku tengok jenis kertas yang diorang guna. Kebanyakan buku2 novel inggeris guna kertas kuning macam kertas novel Fixi guna sebab ringan dan senang nak bawak mane2. 

Selepas aku baca dari mula sampai habis, barulah aku paham sikit apa jalan ceritanya. Apa yang aku boleh simpulkan dari pembacaan aku, Mikail ni di nak jadi macam nazman. Kaya, muka hensem, body cantik dan konfiden. Semua orang tak kan rasa puas dengan apa yang diorang ada. 

Nobody is perfect.

Letih jugak aku nak perbih novel ni. So, aku ambik pengajaran. Aku pun beli Cerpen-Kahirunizam Bakeri sebab ceritanya pendek2 dan takdelah penat sangat nak tunggu satu2 cerita tu habis dibaca.

notakaki: Aku rasa kena letak amaran untuk 18 tahun ke atas kot untuk beberapa buah buku fixi ni. Hmm.

Kucing berhibernasi di bulan puasa

Assalamualaikum w.b.t. 

Pagi-pagi di salah satu hari di bulan ramadhan aku dengar suara bapak aku bising-bising kat luar rumah. Aku pun keluar nak pi tengok apa yang berlaku.

Bapak : Apa punya kucing! Nasib baik aku tak hidupkan enjin lagi.
Aku    : Kenapa dengan kucing?
Bapak : Bapak nak pergi cek enjin kereta tadi. Ada dua ekor kucing entah dari mana datangnya melompat keluar dari enjin kereta. Entah bila mereka tidur kat dalam enjin kereta ni.
Aku    : Perggh! Kalau hidupkan enjin tadi, ape la nasib kucing tu ye.
Bapak : Busuk dengan bangkai kucing je enjin kereta aku ni nanti.
Aku    : Tak pasal-pasal kena panggang.. ish ish..

notakaki :Bapak aku cakap mungkin kucing tu masuk ikut lubang roda kat bawah kereta dan satu lagi tiada haiwan yang tercedera di dalam peristiwa ini.

Candle light sahur

Tenet tenet tet tet!!! 
Lebih kurang macam gitulah bunyik jam loceng yang telah mengejutkan aku lebih kurang pukul 3.45 pagi pada salah satu pagi di bulan Ramadhan tahun ni. Bunyiknya bukanlah 'kring kring' seperti jam loceng dalam novel2 atau drama-drama televisyen. 

Gelap. Aku bukan mata. Masih juga gelap gelita walaupun aku dah buka mata seluas-luasnya. Aku raba-raba sebelah bantal mencari handphone. Tekan apa2 butang kasi handphone aku bercahaya. Ok, sekarang dah terang sikit. Aku bangun menuju ke arah jam loceng untuk berhentikan bunyi alarm yang sungguh annoying itu.

Kalau anda-anda bangun sahur, cari suiz lampu, klik sekali dah terang benderang satu rumah. Tapi bagi aku yang duduk kat sini, kena cari mancis. Cari lilin. Pastu nyalakan (dah macam upacara ape entah). Barulah terang sikit rumah. Pastu bawak lilin tu ke dapur dan buatlah apa yang patut untuk makan sahur contohnya seperti masak air atau panaskan lebihan makanan berbuka.

Maka, tidak lama selapas itu bangunlah seisi rumah dan bersahurlah kami sekeluarga dengan tema candle-light sahur. Memang betul punya candle light. 

So, bagi yang punya elektrik 24 jam kat rumah, bersyukurlah ye. 

Berita Gembira 1 Ramadhan

#gembira 1 : pintu-pintu syurga dibuka. yippi!

#gembira 2 : pintu-pintu neraka ditutup. yadda!

#gembira 3 : syaitan-syaitan dah digari. yuhhu!

#gembira 4 : pagi tadi lebih kurang pukul 10 lebih aku dapat satu panggilan dari nombor yang tak dikenali. Aku angkat dan tanya sape. Rupanya panggilan tersebut adalah dari penganjur pertandingan poster yang aku sertai tempoh hari. Katanya poster yang aku hantar tempoh hari sudah diadili dan aku adalah salah seorang pembikin poster yang dipilih oleh juri sebagai salah seorang pemenang. Gila kau! Jadi, mereka meminta agar aku hantarkan maklumat yang mereka mahu seperti nombor akaun dan lain2. perghh.. nak tengok pemenang2nya gi sini ye.

Hari pertama ramadhan tahun ini sungguh bermakna buat aku.

Syukur. Alhamdulillah.


LAMPIRAN

1. Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم : ““Apabila masuk Ramadhan, pintu-pintu syurga dibuka, ditutup pintu-pintu neraka dan syaitan-syaitan digari”. [HR al-Bukhari]

2. poster yang aku hantar hari tu untuk join contest

terima kasih banyak2 kepada sape yang like poster simple aku ni kat facebook!