Passport Perkahwinan..cool giler!

Salam~
Sabtu dan ahad yang lepas, aku n beberapa orang kawan telah mengikuti program ISK- Ini Sejarah Kita.
Program ni anjuran satu badan swasta , IKRAM.

ISK ni berkenaan dengan sejarah Islam sejak zaman Rasulullah sehingga zaman kejatuhan Islam. Tahukah anda islam pernah menguasai 2/3 dunia ???
Bermula dengan Zaman Rasulullah yang menyebarkan agama islam secara sir(rahsia) setelah itu secara jahar(terang). Setelah itu disambung pula oleh para khulafa' Ar-rasyidin iaitu khalifaAbu Bakar, Umar, Uthman dan Ali. Kerajaan Bani Umaiyah dan Abbassiah pula mengambil tempat setelah zaman khulafa'. Pada zaman kerajaan Abbassiah,tamadaun islam sampai ke kemuncak, dan pada zaman ini jugalah tamadun islam yang memuncak naik itu jatuh mendadak. dan seterusnya kerajaan uthmaniah mengambil alih. So. kita sebagai Muslim ni mestilah berusaha untuk menaikan kembali graf yang sudah jatuh itu, tegakkan kembali daulah islamiah!!

Selain tu kami juga membincangkan beberapa perbandingan seperti
1) Islam dan islam. (huruf i besar atau huruf i kecil)
2) mana lagi penting otak atau hati?
3) matlamat atau alat, yang mana lagi penting?
4) perbezaan antara 'faquhu' dan 'faqihi'
p/s; kalau korang nak tahu apa jawapannya joinlah program ISK akan datang..

Eh..terlupa pula, tajuk entri aku 'passport perkahwinan'..
Lepas je habis program ISK petang ahad tu, aku, ct Rahmah n Aimilea jalan2 sebelum balik kolej. Selepas tu, kitorang tersinggah kat satu kedai tempahan kad jemputan perkahwinan. Oleh kerana tertarik dek kecantikan design2 kad jemputan perkahwinan yang ada di situ, kitorang pun lepak sekejap n borak2 dengan abang yang jaga kedai tu.

Antara design yang paling menarik bagi aku adalah 'passport perkahwinan'
Sebijik macam passport betul!

kad jemputan yang cool giler!

siap ada cop lagi..memang cool!

Okeylah, itu je untuk entri kali ni.., kalau korang berminat nak tempah kad perkahwinan yang cool giler ni,
jangan tempah kat aku pulak sebab bukan aku yang jual..
wassalam~

No comments:

Post a Comment