Jogathon, Aiman dan nombor 46~

Assalamualikum..
Hari ini, bersamaan 10 Disember 2011 / 14 Muharram 1433 aku join Jogathon Pasum.
Walaupun tak dapat nombor, tapi rasa puas tu ada sebab berjaya habiskan trek sampai ke garisan penamat..
Group aku, APIDS (Asasi Pengajia Islam Dengan Sains) ada dua orang pemenang dan yang paling menariknya dua-dua dapat nombor 17...macam berjanji pulak..hehe..
Tahniah kepada Fadhilah Rasyidah dan Muslim!!


Dikala kaki ini berlari-lari anak mengikut trek yang disediakan, tiba-tiba mata ini tertancap pada tulisan yang tertera pada t-shirt yang dipakai oleh seorang budak RPKJ (kalau tak salah).."AIMAN ", dan hati ini berkata,"eh, nama kita same..". Dibawah nama AIMAN itu tertera pula nombor "46". Dan hati ini berkata lagi, "Eh, 46 nombor birthday aku..4 JUN 1992..nombor favourite aku..haha"..hatiku tergelak kecil..

Nak kata kat sini, lumrah manusia akan tertarik dan senang dengan persamaan. Kadang-kadang kita akan rasa teruja bila ada benda yang sama dengan kita. Eh, nama kita sama. Eh, kita pakai baju sama lah..

nombor peserta aku pun ada nombor 4 dan 6 = 0648..

no peserta sekaligus nombor cabutan bertuah yang tak bertuah pon~(seperti biasa)

AIMAN 46..^ ^
Ada yang lari, ada berjalan,
Seluruh UM sudah diteroka..
Tak kira kalah, tak kira johan.
Majulah sukan untuk negara..

No comments:

Post a Comment