Tuah nampak pada apa??

Salam, hari nak cakap pasal tuah..Tuah tu apa sebenarnya?? Good luck?
Ada orang kata tuah ayam nampak di kaki,
Tuah manusia siapa yang tahu??
Ada apa dekat kaki ayam??
Adakah kaki ayam yang digunakan untuk mengais mencari makan itu menunjukkan tuahnya, atau taji yang tajam untuk 'sabung ayam'..ataupun cakar ayam tu bermakna tuah???????

Carilah sendiri ye kat kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka..
Aku sebenarnya tak teringin pu nak mendefinisikan Tuah tu apa sebenarnya.., Cuma aku nak berterima kasih kat yang Maha Besar, Allah s.w.t sebab dah bagi kegembiraan kat aku hari ni..Alhamdulillah~

Hari ni aku dan Aimilea, jiran bilik dapat hadiah dalam beberapa pertandingan yang kami sertai sempena KAP1M 11 (Karnival Perpaduan 1Malaysia)... Aku tak tahu kenapa diorang sebut KAP1M tu sebagai 'kapim', sepatutnya kalau nak sebut 'kap satu M'..ahhh, pedulikan semua itu..semua itu hanya watak sampingan sahaja dalam entry aku ni..

antara hamper yang berjaya dimenangi...
Dari kiri, tempat ketiga pertandingan Kuiz 1 Malaysia (aku), Juara pertandingan foto perpaduan (aku), Juara pertandingan video perpaduan (aimi), Tempat kedua foto prpaduan (aimi)..



ni bukan no. ekor!!
Gambar kat atas ni pula gambar no. cabutan bertuah.., Eh kenapa banyak sangat??! Ada akak yang duduk belakang kitorang beri sebab diorang nak balik awal. Tapi satu pun tak dapat. Hampeh.. Aku rasa selama aku hidup kat dunia ni selam lebih kurang 19 tahun, aku tak pernah menang pun cabutan bertuah. Tak pernah sekalipun!!. Mungkin takdir aku kut.., Sebab tu setiap kali ada cabutan bertuah tak de langsung instinct yang aku akn memenangi cabutan bertuah...nasib badan~

Tapi aku tak kisah pun sebab aku dah dapat 2 biji hamper yang boleh 'mengenyangkan' aku..hahaha..

foto  yang menang~
Terima kasih kat Ct Rahmah n Aimilea sebab sudi jadi model tangan untuk foto kat atas..Tak sangka pulak menang!!..

Ok lah, itu je entri aku kali ni...

p/s; Segala benda yang yang berlaku kat dunia ni sebenarnya dah ada yang mengaturnya..

No comments:

Post a Comment