Tuah nampak pada apa??

Salam, hari nak cakap pasal tuah..Tuah tu apa sebenarnya?? Good luck?
Ada orang kata tuah ayam nampak di kaki,
Tuah manusia siapa yang tahu??
Ada apa dekat kaki ayam??
Adakah kaki ayam yang digunakan untuk mengais mencari makan itu menunjukkan tuahnya, atau taji yang tajam untuk 'sabung ayam'..ataupun cakar ayam tu bermakna tuah???????

Carilah sendiri ye kat kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka..
Aku sebenarnya tak teringin pu nak mendefinisikan Tuah tu apa sebenarnya.., Cuma aku nak berterima kasih kat yang Maha Besar, Allah s.w.t sebab dah bagi kegembiraan kat aku hari ni..Alhamdulillah~

Hari ni aku dan Aimilea, jiran bilik dapat hadiah dalam beberapa pertandingan yang kami sertai sempena KAP1M 11 (Karnival Perpaduan 1Malaysia)... Aku tak tahu kenapa diorang sebut KAP1M tu sebagai 'kapim', sepatutnya kalau nak sebut 'kap satu M'..ahhh, pedulikan semua itu..semua itu hanya watak sampingan sahaja dalam entry aku ni..

antara hamper yang berjaya dimenangi...
Dari kiri, tempat ketiga pertandingan Kuiz 1 Malaysia (aku), Juara pertandingan foto perpaduan (aku), Juara pertandingan video perpaduan (aimi), Tempat kedua foto prpaduan (aimi)..



ni bukan no. ekor!!
Gambar kat atas ni pula gambar no. cabutan bertuah.., Eh kenapa banyak sangat??! Ada akak yang duduk belakang kitorang beri sebab diorang nak balik awal. Tapi satu pun tak dapat. Hampeh.. Aku rasa selama aku hidup kat dunia ni selam lebih kurang 19 tahun, aku tak pernah menang pun cabutan bertuah. Tak pernah sekalipun!!. Mungkin takdir aku kut.., Sebab tu setiap kali ada cabutan bertuah tak de langsung instinct yang aku akn memenangi cabutan bertuah...nasib badan~

Tapi aku tak kisah pun sebab aku dah dapat 2 biji hamper yang boleh 'mengenyangkan' aku..hahaha..

foto  yang menang~
Terima kasih kat Ct Rahmah n Aimilea sebab sudi jadi model tangan untuk foto kat atas..Tak sangka pulak menang!!..

Ok lah, itu je entri aku kali ni...

p/s; Segala benda yang yang berlaku kat dunia ni sebenarnya dah ada yang mengaturnya..

MUSLIM LOVE JESUS



Astaghfirullahalazim..Mungkin itu apa yang Muslim lain akan kata bila baca tajuk post aku ni kan? kan? kan?
Tahu tak Nabi Isa juga disebut sebagai Jesus. Dalam rukun iman yang enam- beriman kepada rasul. Tak kan lah korang tak nak mengaku yang korang sayangkan rasul,kan?kan?kan? Nabi Isa pun rasul juga.

Something happen to me?? Something that important in my life. Some experience that I never get from other programes that I had attend before. FCR which means, Friendly Comparative Religion. We learn 3 others religions = Christian, Buddhisme and Hinduisme..

Speaker dia, Bro Shah a.k.a.Shah Kirit Bin Kakulal Govindij. He has been delivering talks on Islam in mosque, churches, temples and actively participating in Interfaith Dialogues, among others. His friendly, sincere, unassuming and always humble way befits his main purpose in life- to explain Islam to anyone in the most direct and simple way possible.

The second speaker is Bro Engku- YM Engku Ahmad Fauzi Bin Engku bin Engku Mukhsin. He has vast experience in enggaging with priest and pastors beside being a researcher on Christianity and Bible.

Kat programme ni aku dapat banyak benda yang best. Harga tiket sebenar, RM150, tapi oleh sebab ada orang sponsor, kitorang bayar rm30 je.

Dakwah dan Islah sebenarnya benda yang berbeza..
Islah adalah mengajak orang islam ke arah kebaikan.
Dakwah pula adalah mengajak orang bukan islam ke jalan yang benar. dengan erti kata lain mengajak untuk masuk Islam.
Rasulullah pun buat dakwah dan islah seiring.

Kita selalu buat Islah,(itu pun kalau kalau ada), tapi, dakwah kepada non-muslim ada ke?? Dakwah bukannya nak menukarkan agama orang yang belum Islam untuk masuk Islam, tapi kita memperkenalkan Islam kepada non-muslim. Untuk mereka terima atau tidak itu bukan kerja kita. Itu kerja Allah..

Aku pun baru perasan ..Jadi, bersama-samalah kita menyebarkan agama kesayangan kita ini kepada yang belum Islam untuk menyelamatkan mereka di hari akhirat kelak..jangan kedekut..

p/s: aku pun masih belajar..masih dalam proses mencari.., Sampaikanlah walaupun satu ayat. renungkanlah~