Lepak Vs Study??

salam..~
Hari ni, aku rasa nak study di luar bilik, luar kolej, luar UM...
tak nak terkurung seperti terkurungnya otak aku kala ini dari melihat dunia yang fana...
pascal!! pascal!! pascal!!
so, ambil jalan mudah..lepak di luar U...
Lepak maknanya tak kan study ke??
ok..tarik nafas...hembuss...

Jangan sempitkan fikiran korang..
aku lepak tak bermakna aku tak study..(exam final dua hari lg..huhu!)

sini aku tampilakn pantun dua kerat..


lepak..lepak juga.
study jangan lupa..

kitorang lepak tak jauh pon..taman kat KLCC je..
So, nasihat aku, kalau korang tension study kat tempat yang sama korang study setiap hari, korang carilah tempat yang lain untuk tukar suasana korang study..
 ni pulak pantun 4 kerat..

jangan malas-malas 
mesti raji-rajin..
rajin akan berbalas..
malas tak menjamin..

Aku bukan sekadar cakap je..at least aku dah buat ape yang aku kata (tulis) ni..tapi, sebagai hamba Allah yang banyak kekurangan ini, kadang kala kita akan lalai dan alpa..kita akan hanyut dibuai arus dunia, kita leka dengan permainan duniawi yang kita cipta..( cewah..bermadah pulak aku ye..)..kita bla bla bla.. (tak de idea dah..)..

teringat tazkirah kat surau tadi..

"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang kamu tidak kerjakan?
(Itu) sangatlah dibenci disisi Allah jika kamu mengatakan apa yang kamu kerjakan"
(As-Saff : 2-3)

kerusi yang menjadi teman lepak kitorang..

sempat ambil gambar  untuk resleasekan pascal..



p/s; pascal adalah unit kepada pressure..(fizik 1)


novel akan datang..

novel online akan datang, Boneka Zeronica

Tajuk: Boneka Zeronica
Penulis: Aiman Maripat
Muka surat; 00 m/s
Harga: RM 00.00
Penerbit: NAMIA production.

JANGAN TERTIPU!!

..novel kat atas tak de kat mana2 kedai buku pon..,
saja nak design muka depan novel..hehe..
Sebenarnya, aku pernah bercita2 nak jadi penulis novel..tapi setakat ni..belum mencapai tahap yang membanggakan pon..idea banyak je, tapi tak pernah nak luahkan dalam bentuk penulisan...
novel kat atas masih dalam proses pencarian idea..(amacam..teruja tak korang nak baca?!)..
ok lah..setakat ni je..aku akan berusaha untuk menyiapkan novel ni , tapi bukan dalam jangka masa terdekat sebab kitorang dah nak exam final..
wassalam~