MENARIK:Rumah yang cool.

Salam semua..
Aku terbaca entri ni kat mymetro http://www.hmetro.com.my /myMetroMurah, mesra alam..
Aku nak baca isu semasa lah kononnya..Selama ni aku agak pekak dengan isu semasa ni..lepas aku tengok satu video ni, akau mula-mula berjinak-jinak untuk tahu isu semasa..


so,a aku pun terjumpa entri menarik ni..saja nak kongsi..huhu..


SEJUK MATA MEMANDANG... ruang rehat dibina menghadap ke hutan.
SEJUK MATA MEMANDANG... ruang rehat dibina menghadap ke hutan.
SERIK dengan bebanan pinjaman bank, Simon Dale memilih untuk mengubah hidupnya sekeluarga dengan cara sendiri.
Dengan bermodalkan alat pertukangan, Dale, 32, membawa isteri dan anaknya ke pinggir bukit di Wales dan mula menebang pokok serta menggali tanah.

Matlamatnya - membina rumah mesra alam dengan hanya bermodalkan £3,000 (RM14,550).
Foto
RUMAH HOBBIT... menggunakan bahan terpakai dan hampir-hampir tidak kelihatan kerana kedudukannya yang terletak di pinggir bukit.



Foto
KELUARGA MESRA ALAM... pasangan Dale dan Jasmine bersama anak mereka di depan rumah yang disiapkan dalam tempoh empat bulan
Foto
WAWASAN UNIK... tanpa pengalaman membina rumah, Dale menyiapkan kediaman ini menggunakan bahan terpakai dan murah.
Foto
BINAAN ASAS... struktur rumah Dale pada peringkat awal


Foto


TETAP SELESA... rumah ini dihangatkan dengan kayu api manakala lampunya menggunakan tenaga suria.
Foto
BERPERINGKAT... mula-mula Dale memasang rangka rumah menggunakan batang pokok sebelum atap bagi membolehkan keluarganya berteduh lebih awal di situ


Dalam tempoh empat bulan, siaplah rumah serba sederhana itu dan segera menarik perhatian ramai.

Rumah Dale itu digelar sebagai Rumah Hobbit - sempena watak penting dalam cerita fantasi The Lord Of The Rings.

Tanpa memiliki pengalaman sebagai tukang atau seni bina, Dale membangunkan kediaman mesra alam itu menggunakan bahan terpakai, seperti kayu terbuang untuk lantai dan mengalirkan air daripada sungai untuk keperluan harian.


Ketika sibuk menyiapkan rumah, isteri Dale, Jasmine Saville, serta dua anak mereka berkhemah tidak jauh dari situ.

Menurut Dale, menjadi arkitek untuk rumah sendiri satu pengalaman menarik dan sukar dilupakan.

“Ia membolehkan anda mencipta dan merealisasikan apa saja yang anda mahukan.

“Rumah ini jauh lebih menarik dan selesa berbanding ‘kotak-kotak’ direka untuk mendapatkan keuntungan maksimum oleh pemaju perumahan,” katanya.

Dale berkata, membina kediaman menggunakan bahan semula jadi membolehkan dia dan keluarganya hidup dengan lebih selamat.

Katanya, kebanyakan bangunan moden dibina dengan mengambil kira aspek keuntungan, manakala bahan digunakan biasanya berbahaya dan mengancam kesihatan.

Menceritakan permulaan proses pembinaan Rumah Hobbit itu, Dale berkata, mereka sangat bertuah ketika tercari-cari tapak membangunkan rumah impian.

“Tuan tanah membenarkan kami membina rumah di sini dengan syarat kawasan sekitarnya dijaga sebaik mungkin.

“Atas perjanjian itu, kami diberikan tapak rumah secara percuma,” katanya.

Pada peringkat awal, Dale menggali pinggir bukit itu dengan bantuan bapa mentuanya dan memasang rangka bangunan menggunakan batang pokok.

Fasa kedua pembinaan bermula dengan Dale meletakkan susunan jerami di bahagian atas bagi membolehkan ia bertindak sebagai penebat.

Jerami itu kemudian ditutup dengan plastik supaya tiada sebarang kebocoran berlaku ketika hujan. Akhirnya, atap rumah Dale dilengkapkan dengan lapisan tanah bagi menyesuaikan binaan itu dengan keadaan persekitarannya.

Apabila rangka luaran disiapkan, Dale dan keluarganya memberi perhatian kepada bahagian dalaman pula.

Dinding rumah itu turut menggunakan batang jerami yang diadun dengan susunan batu serta batang pokok hazel.

Kemudian, Dale menyusun kepingan palet secara terbalik sebelum dilapiskan dengan papan nipis.

Dalam laman sesawang Dale, Jasmine menulis: “Sesetengah pengalaman silam, pembacaan dan keyakinan memberi kami kekuatan untuk membina rumah mengikut selera kami dalam persekitaran semula jadi.

“Bagi kami, ia satu pengalaman yang menguji kesabaran, tapi dengan segala tekanan dan penat lelah, kami tak pernah menyesal,” katanya.

Untuk membekalkan tenaga, rumah itu memanfaatkan tenaga suria.

Kata Dale, isu yang ditekankan dalam kehidupan unik mereka ialah hidup secara harmoni dengan alam semula jadi.

“Kita boleh membangunkan sesuatu dengan menggunakan teknologi mudah dan bersesuaian,” katanya.

Sejak Rumah Hobbit Dale itu disempurnakan, dia kini menyiapkan penempatan kompleks kediaman mesra alam pertama di Wales, dikenali sebagai Perkampungan Lammas.

No comments:

Post a Comment