MENARIK:Rumah yang cool.

Salam semua..
Aku terbaca entri ni kat mymetro http://www.hmetro.com.my /myMetroMurah, mesra alam..
Aku nak baca isu semasa lah kononnya..Selama ni aku agak pekak dengan isu semasa ni..lepas aku tengok satu video ni, akau mula-mula berjinak-jinak untuk tahu isu semasa..


so,a aku pun terjumpa entri menarik ni..saja nak kongsi..huhu..


SEJUK MATA MEMANDANG... ruang rehat dibina menghadap ke hutan.
SEJUK MATA MEMANDANG... ruang rehat dibina menghadap ke hutan.
SERIK dengan bebanan pinjaman bank, Simon Dale memilih untuk mengubah hidupnya sekeluarga dengan cara sendiri.
Dengan bermodalkan alat pertukangan, Dale, 32, membawa isteri dan anaknya ke pinggir bukit di Wales dan mula menebang pokok serta menggali tanah.

Matlamatnya - membina rumah mesra alam dengan hanya bermodalkan £3,000 (RM14,550).
Foto
RUMAH HOBBIT... menggunakan bahan terpakai dan hampir-hampir tidak kelihatan kerana kedudukannya yang terletak di pinggir bukit.



Foto
KELUARGA MESRA ALAM... pasangan Dale dan Jasmine bersama anak mereka di depan rumah yang disiapkan dalam tempoh empat bulan
Foto
WAWASAN UNIK... tanpa pengalaman membina rumah, Dale menyiapkan kediaman ini menggunakan bahan terpakai dan murah.
Foto
BINAAN ASAS... struktur rumah Dale pada peringkat awal


Foto


TETAP SELESA... rumah ini dihangatkan dengan kayu api manakala lampunya menggunakan tenaga suria.
Foto
BERPERINGKAT... mula-mula Dale memasang rangka rumah menggunakan batang pokok sebelum atap bagi membolehkan keluarganya berteduh lebih awal di situ


Dalam tempoh empat bulan, siaplah rumah serba sederhana itu dan segera menarik perhatian ramai.

Rumah Dale itu digelar sebagai Rumah Hobbit - sempena watak penting dalam cerita fantasi The Lord Of The Rings.

Tanpa memiliki pengalaman sebagai tukang atau seni bina, Dale membangunkan kediaman mesra alam itu menggunakan bahan terpakai, seperti kayu terbuang untuk lantai dan mengalirkan air daripada sungai untuk keperluan harian.


Ketika sibuk menyiapkan rumah, isteri Dale, Jasmine Saville, serta dua anak mereka berkhemah tidak jauh dari situ.

Menurut Dale, menjadi arkitek untuk rumah sendiri satu pengalaman menarik dan sukar dilupakan.

“Ia membolehkan anda mencipta dan merealisasikan apa saja yang anda mahukan.

“Rumah ini jauh lebih menarik dan selesa berbanding ‘kotak-kotak’ direka untuk mendapatkan keuntungan maksimum oleh pemaju perumahan,” katanya.

Dale berkata, membina kediaman menggunakan bahan semula jadi membolehkan dia dan keluarganya hidup dengan lebih selamat.

Katanya, kebanyakan bangunan moden dibina dengan mengambil kira aspek keuntungan, manakala bahan digunakan biasanya berbahaya dan mengancam kesihatan.

Menceritakan permulaan proses pembinaan Rumah Hobbit itu, Dale berkata, mereka sangat bertuah ketika tercari-cari tapak membangunkan rumah impian.

“Tuan tanah membenarkan kami membina rumah di sini dengan syarat kawasan sekitarnya dijaga sebaik mungkin.

“Atas perjanjian itu, kami diberikan tapak rumah secara percuma,” katanya.

Pada peringkat awal, Dale menggali pinggir bukit itu dengan bantuan bapa mentuanya dan memasang rangka bangunan menggunakan batang pokok.

Fasa kedua pembinaan bermula dengan Dale meletakkan susunan jerami di bahagian atas bagi membolehkan ia bertindak sebagai penebat.

Jerami itu kemudian ditutup dengan plastik supaya tiada sebarang kebocoran berlaku ketika hujan. Akhirnya, atap rumah Dale dilengkapkan dengan lapisan tanah bagi menyesuaikan binaan itu dengan keadaan persekitarannya.

Apabila rangka luaran disiapkan, Dale dan keluarganya memberi perhatian kepada bahagian dalaman pula.

Dinding rumah itu turut menggunakan batang jerami yang diadun dengan susunan batu serta batang pokok hazel.

Kemudian, Dale menyusun kepingan palet secara terbalik sebelum dilapiskan dengan papan nipis.

Dalam laman sesawang Dale, Jasmine menulis: “Sesetengah pengalaman silam, pembacaan dan keyakinan memberi kami kekuatan untuk membina rumah mengikut selera kami dalam persekitaran semula jadi.

“Bagi kami, ia satu pengalaman yang menguji kesabaran, tapi dengan segala tekanan dan penat lelah, kami tak pernah menyesal,” katanya.

Untuk membekalkan tenaga, rumah itu memanfaatkan tenaga suria.

Kata Dale, isu yang ditekankan dalam kehidupan unik mereka ialah hidup secara harmoni dengan alam semula jadi.

“Kita boleh membangunkan sesuatu dengan menggunakan teknologi mudah dan bersesuaian,” katanya.

Sejak Rumah Hobbit Dale itu disempurnakan, dia kini menyiapkan penempatan kompleks kediaman mesra alam pertama di Wales, dikenali sebagai Perkampungan Lammas.

Dinner Majmuah 10...

tempat kejadian
Acara: Jamuan Majmuah 10 sesi 2010/2011
Tempat kejadian: Restoren Ayam Panggang 5 Bintang, Kerinchi
Tarikh: 11 September 2011
Masa: Lepas Maghrib.
Prjalanan pergi: Jalan kaki dari kolej 12 ke stesen u.- naik teksi ke tempat kejadian.
Prjalanan balik: Jalan kaki dari tempat kejadian ke kolej 12.
Menu isi perut: seperti di bawah...

 1. Ayam golek

2.Tomyam 

3. Nasi putih

4. Kerabu campur2

5. Sayur

edit lagi..




edit..edit..

salam..
Gambar kat bawah ni aku ambil guna kamera handphone je. 3.2 mega pixel ..(aku tak ade kamera canggih..sob..sob.=(...)

1. gambar sebelum edit.

2. Gambar selepas edit..aku edit guna application dalam handphone aku je.

Bak kata gambar kat atas..LIFE IS SIMPLE..sebab apa aku bagi tajuk gambar ni life is simple?? Kenapa aku guna kincir angin sebagai simbolik..??

Kincir angin kat atas hanya akan berpusing bila ada angin yang tiup.. is its right!? Kalau angin tak tiup, kincir angin tu akan berhenti berputar..ini adalah fitrah..So, angin tu adalah yang akan menentukan berputar dan tidak berputar kincir angin tu..

Macamtu juga manusia.. bila Allah suruh kita buat benda tu..Kita  buat je lah sebab kita tahu pasti akan ada hikmah kenapa Allah suruh kita buat benda tu...Kalau Allah tak suruh, kita pun jangan lah buat..Semua tu akan buat hidup kit simple..tak perlu nak fikir macammana cara nak escape dari suruhan Allah,nak cari alasan..itu ini..

Tapi, jika kita melanggar fitrah..benda tu yang akan buat..Life is Complex - macam shopping complex..
( maaf, merepek jap..)..

Apa beza kita dengan kincir angin kat atas?? Bezanya adalah ..kita ada akal untuk berfikir baik dan buruk, akal untuk menganalisa arahan, dan akal untuk memilih apa yang kita nak buat (tindakan) ..Kincir angin ikut je arahan angin secara membuta tuli...

okey..itu je setakat ni..wassalam.

p/s; maaf jika pendapat di atas tak sama dengan pendapat korang..saya hanya insan biasa..

NO SERVICE...


Salam...
Aku tinggal kat area pendalaman, area Taman negara Gua Niah..kenal?? (Tak pernah masuk pun seumur hidup aku walaupun dekat je..)
So, nak dapat line handphone kat sini memang susah giler. Tengok je la gambar kat atas.. Aku tak tipu. Ni memang handphone aku okey..handphone motorola jenis lipat...hehe..
Bila dah tak de line handphone, nak contact kawan2 memang susah jugak la..kitorang kalau nak berhubung pun, selalu guna telefon rumah je..

So, itulah kelemahan teknologi sekarang..Hanya boleh digunakan di sesetengah tempat je. Kalau tempat tu tak de line, ada hanphone secanggih mana pun tak guna..tak boleh nak call atau pun sms..

Tapi, kat sini aku nak bandingkan..kalau kita nak berhubung dengan manusia dengan jarak yang jauh, kita perlukan handphone, tak pun internet untuk hantar email....
Kalau kita nak behubung dengan Allah pulak, macammana??
Jawapannya, senang je. SOLAT. tak kira tempat tu ada line ke tak, dalam hutan paya bakau sekalipun, perhubungan kita dengan Allah takkan terputus selagi kita menunaikan tanggungjawab kita sebagai seorang hambaNYA..

Jadi, ingatlah,,sistem perhubungan yang paling sempurna dalam dunia ini adalah perhubungan kita dengan Allah..Meskipun kita tidak mampu melihatNYA..Sesengguhnya, DIA melihat kita...

Sebab itulah timbul pepatah..(Aku tak pasti lar sama ada ini adalah pepatah, atau kata2 hikmah, atau sajak)

Cintakan bunga, bunga kan layu
Cintakan manusia, manusia kan mati,
Cintakan ALLAH, itulah cinta yang kekal abadi..

Kekal abadi = selamanya= sampai bila2

wassalam~

notebook 1malaysia..~


Salam...
Kat sini aku nak nak cerita pasal notebook 1Malyasia..dah tengok gambar kat atas??
2 orang adik aku dapat percuma sebelum balik raya hari tu..(jeles pun ada gak..hehe)
Aku terfikir gak, apa faedah kerajaan nak bagi notebook percuma untuk pelajar2 ni semasa usia sekolah menegah lagi..?
Aku tengok semenjak notebook ni berada di tangan adik aku, semua kerja tak jadi..Tak boleh berenggang langsung dengan notebook diorang ni..asyik2 main game..game angry bird, plant vs zombie, game ini,game itu....aku pun tak tahu apa lagi game yang diorang main..
Ingatkan dengan adanya benda ni, diorang lebih bersemangat nak belajar..tapi, hakikatnya  amat melekakan..
Dah ler dua-dua adik aku tu nak ambil periksa tahun ni..sorang spm sorang lagi pmr..adoyai..

Kalau aku nak tengok dari sudut positif pulak..emm..
1. mak bapak tak perlu susah2 nak keluar duit nak beli laptop..sebab orang dah bagi percuma..
2.Untuk melahirkan pelajar yang yang berminda IT..(celik komputer ~"kononnya")
3.Menjadi perangsang agar pelajar lebih bersemangat untuk belajar( entah betul ke tidak statement aku ni?)

so, the point is..we should think what is right..all of these negatives impact are come from ourself..do not put a blame on that stuff(notebook)..it is innoncent..we are responsible to change our mind become more positive ..
( actually, my English was a little bit messy..hehe, )..thats all..~
daaa~