Aku punya 'First time'..

Assalamualaikum.
Untuk entri kali ini aku nak share tentang perkara yang aku buat pertama kali dalam sepanjang aku hidup..
aku ni jenis yang suka simpan benda2 yang aku rasa penting untuk sejarah hidup aku..hehe.. sebagai kenangan bila dah tua nanti..

1. First time aku naik kapal terbang masa aku form five.. masa tu aku join pertandingan Kuiz Bahasa Arab kat Kuching,Sarawak.. Masa tu memang excited giler.. First time ler katakan.. Sekarang ni perasaan naik kapal terbang biasa je..sebab dah biasa..emm..anak perantauan~ (chewah,,bukan main berlagak lagi ye..)

tiket kapal terbang pergi balik miri..(lupa nak ambil gambar tiket ke kuching..hehe)

2. Pertama kali aku masuk panggung wayang  adalah masa aku form five gak..masa tu hari terakhir SPM 2009, kertas PSI.. lepas habis je paper tu, aku dengan 2 orang kawan, Wiyah n Mell tros keluar bandar nak tengok wayang.. Dah "merdeka" ler katakan..hehe.. Tak kisah ler cerita apa pon..kitorang bantai je.. Masa tu tak silap kitorang layan movie Cina.. Tajuknya "Jump"..ape2 je lah, janji tengok wayang..

tiket wayang first..rm5 je
3. Sepanjang aku hidup kat sarawak, rasanya aku tak pernah lagi nampak bas dua tingkat, kecuali kat plastik keropok double decker..haha.. Bila aku kat semenanjung ni, aku first time kot nampak depan mata aku sendiri bas dua tingkat, Perasaan hati nak dok tingkat atas bas tu membuak-buak..(amboi, teruk benor bunyi nya..). Akhirnya, pada tanggal 6/11/2010 aku berjaya mendapat tempat duduk di tingkat atas bas dua tingkat itu..yess!! Alhamdulillah, mimpi aku jadi kenyataan..

tiket bas dua tingkat..
4. Seperti statement kat atas jugak, kat sarawak takde kereta api a.k.a train..So sementara umur masih ada dan sementara aku berada kat bumi semenanjung ni, aku takk kan lepaskan peluang untuk menaiki kereta api,. Selalu tengok kat tv je, ..tak sangka aku akan merasa jugak naik kereta api!! ..kitorang bertolak dari kelantan pukul 7 malam, sampai KL lebih kurang pukul 11 pagi..lame gilerr kot..

tiket kereta api yang tak berapa jelas di print~
hehe, itu saja dari aku..so..sepanjang hidop korang ni, manfaatkanlah peluang yang ada..



2 comments: