Aku Cashier Koop..

Dulu, aku pernah ada pengalaman jadi jurujual, cashier kat koperasi kolej kediaman. Oleh sebab akak yang kerja kat koop tu boleh kerja siang je, jadi sape nak jadi ahli koop untuk jaga  waktu malam boleh pergi temuduga dengan ustaz K (bukan nama sebenar).  Tapi bila aku datang  ke tempat yang dimaklumkan ada temu duga nak jadi ahli koop, tak ramai yang datang.. So, semua yang pi temu duga hari tu dilantik sebagai ahli koop tanpa bertanding..

Kat sini aku nak cerita pelbagai ragam pembeli yang singgah kat koop tempat aku kerja.. Aku ingat lagi, ada seorang budak lelaki satu batch aku datang nak beli ais krim. Aku ingat lagi dia beli ais krim pisang.. Lepas beberapa minit dia keluar dari koop, dia datang semula untuk beli ais krim yang sama.. tak lama lepas tu dia datang bersama kawan lain untuk beli ais krim yang sama.. entah berapa kali dia datang aku pon tak berapa nak ingat....

ais krim pisang (sumber-google image)

Masa tu aku dapat rasa yang mamat ni nak aku tegur dia macam ni..  “Memang minat makan ais krim ye?..banyak kali  beli..” ..tak pon mamat tu saja nak tarik perhatian kawan aku yang teman jaga koop..atau saja –saja nak makan ais krim.. Entahlah..aku pun tak tahu. Wallahualam..

Ada juga kes budak-budak yang masuk koop, lepas tu blah macam tu je tanpa beli apa2.. Aku dah bersiap dengan kalkulator di tangan nak kira harga barang yang dia beli.. tapi hampeh..saja nak tengok2 je..adoiyai~

Selain tu, ada juga yang nak praktis bahasa arab dengan aku.. “Ana uridu ais krim _____-’”.(aku yang tak berapa nak fasih bahasa arab pon ternganga..)..lepas tu dia boleh senyum sinis kat aku.. dia pon translate..”nak ais krim strawberi..” owhh..aku pon skopkan ais krim yang dia nak..  muka tak tahu nak tarok mana dah..

ais krim skop yang amat popular kat koop tempat aku kerja..

Ada juga yang datang koop ni bawa geng2 diorang..dalam jumlah yang agak ramai.. tapi yang membelinya seorang je pon..kadang 2 semua tak beli apa pon .. apekehe punya orang,,buat menyemak koop je.. tapi nak buat macam mana pelanggan yang datang harus dilayan dengan baik..hermm..

Dan yang paling penting, selama aku kerja kat koop ni aku tak pernah guna mesin kira otomatik yang disediakan di koop.. bukan sebab aku dah terror mengira, main congak je.. tapi , satu pengakuan, aku memang tak reti macammana nak guna benda alah tu..

mesen kira2 yang sangat komplex..
Ini la pengalaman aku sebagai cashier koop(koperasi) kat Nilam Puri dulu...memang bayak pengalaman berharga yang aku dapat dengan sertai kelab Koperasi ni,..so, dalam hidop korang, carilah bayak2 pengalaman kerana pengalaman adalah guru yang paling berkesan dalam mengajar kita erti kehidupan sebenar.~




1 comment: