masa lapang di universiti...?!

1. main game komputer, ps2 or seangkatan dengannya..(Selalunya budak lelaki lar..)



2. baca novel cintan-cintun..atau majalah atau komik atau jarang sekali buku rujukan bio..( Selalunya budak perempuan yang layan benda2 ni..)


3. layan facebook..selalunya boleh bertahan hingga 5 jam keatas..(ni untuk orang yang ada akaun fb larr..)


4. makan maggie..mi sedap, mami slurpp, daddy, ruski, ibumie, dan lain-lain... Masa lapang diisi dengan mengisi perut..

5. tengok movie kat laptop..x pun kat youtube.. pasang headset kat telinga..layan~..pelajar ni slalunya nak jimat duit..baik tengok movie kat laptop dari labur duit kat panggung..murah n ada privacy..haha


6..zzzz..zzzz..zzz..zzzz..zzzzz...slurpp.. TIDO...  kadang2 bukan pada masa lapang sahaja..dalam kuliah..surau..cafe..isk3..


tapi..berapa ramai dikalangan kita yang isi masa lapang dengan baca al_Quran kalam Allah.. renungkanlah~



“Dua nikmat yang sering memperdaya manusia: Kesihatan dan kelapangan masa”.
 (Fathul Bari: 11/29/6412, Tuhfatul Ahwazi: 6/589/2405)


p/s:semua gambar diatas bersumberkan google image..



Soya Cincau

Soya Cincau..

Assalamualaikum..Semoga sihat hendaknya..
Tajuk entri aku kali ni adalah soya cincau.. Tiba-tiba je rasa nak update blog..
Semalam aku beli cincau n soya ni kat mesin air otomatik kat blok d..RM 2 je..
Soya ni warnanya putih..cincau pula warnanya hitam..tapi kalau dicampur akan menghasilkan rasa yang luar biasa..sedap tak terhingga..hngga menjilat jari..rasa cam nak beli lagi..(hyperbola la pulak..hehe)

Coba kita kaitkan dengan kehidupan sekeliling kita..
kadang-kadang kita tak nak bergaul dengan orang yang berbeza sedikit dari kita..
cina putih sangat lah..India pulak gelap sangat..
fikiran yang macam ni la yang menyebabkan kita tak bersatu padu..
coba bayangkan , kalau lah kita bersatu padu, tak memilih dalam bergaul..hidup kita akan lebih harmoni..
betul tak..

so, the point is..ambiklah pengajaran dari cincau dan soya..
meskipun perbezaan warna yang amat ketara.. tapi bila digabungkan akan menghasilkan satu kolaborasi yang amat sempurna dan sedap diminum..
 hehe..itu je untuk kali ni..

pengajaran: jangan terlalu berfikiran sempit..

Di Akhir Kehidupan..

Kita pasti dirisik..
Pertunangan sejak azali..
Di hujung hidup nanti..
Berlangsungnya perkahwinanmu dengan Maut..
Hantarannya sakit dan nazak..
Tamu datang menghadiakan esak tangis..
Pengantin dimandikan..
Dipakaikan baju cantik putih..
Wangian gaharu dan cendana..
Keranda jadi pelamin..
Pengantin bersanding bersendirian..
Diarak keliling kampung..
Berkompangkan azan dan kalimah kudus..
Akad nikahnya bacaan talkin..
Berwalikan liang lahad..
Saksi pula nisan-nisan..
Siraman air mawar,
keluarga terdekat menepung tawar..
Tiba masa pengantin bersendirian menunggu..
Malam pertama bersama Kekasih..
Di kamar yang hanya bertilamkan tanah..
Dan Dia menuntut janji..
Sucikah kita tatkala berpadu..
Pernahkah taubat sepanjang hayat..
Atau terkubur bersama dosa-dosa..
Dan dia Kekasih itu menetapkanmu..
Ke SYURGA atau ke NERAKA..

gambar hiasan..(sumber- google image)
...renungkanlah..

BIO VS KIMIA..

Biology?? Nak kata susah tak jugak..nak kata senang sangat pon tak jugak..
Sebenarnya, kalau kita usaha lebih, benda yang susah tu insyaAllah akan jadi senang..amin
Kat sini aku ada lampirkan suasana atmosphera kat dalam makmal bio..

tikus comel yang menjadi mangsa..


hasil pembedahan budak2 sains hayat..

AP3 punya kawasan..hehe
eksperiment bedah tikus yang menyeronokkan..

Kimia..boleh tahan jugak subjek ni..memerlukan otak yang mampu berfikir secara logik dan kuat imaginasi..
formula2 yang agak memeningkan kepala..tetapi, siapa yang rajin akan berjaya,,
buat sesuatu, dapat sesuatu..


tak de kerja..ni saki baki sodium iodide dan lead nitrate yang dah tak digunakan lagi..aku campur dalam satu bekas nak buang kat dalam botol waste..

biarpun orang kata benda tu susah..jangan percaya bulat2..
lalui dulu, baru anda boleh percaya apa yang orang kata..
kaji dulu asal-usul kata2 diorang tu..
hakikatnya..bio dan kimia tak de la susah sangat pon..study lebih sikit, mesti boleh skor punye..
bio dan kimia memang  meneronokkan..!!


yang benar,
aiman-maripat