Tadah!!..Air tenat..

calon2 baldi yang digunakan untuk menadah air,,(maaf sape punye baldi)
22 Jun 2011,KL: Kolej ke-12 UM digemparkan dengan khabar angin kurang baik iaitu bekalan air paip dijangka akan tergendala seketika akibat daripada penyelenggaraan paip.(kalau tak silap aku la)..
Kejadian ini mula disedari apabila penduduk di tingkat 9 (tingkat paling atas) Kolej ke12 mengalami gejala awal ketiadaan air pada pagi sehari sebelum tarikh yang tertera diatas.

Oleh hal yang demikian, penduduk Kolej 12 mengambil inisiatif untuk menadah air menggunakan baldi agar mempunyai bekalan air sepanjang keesokan hari kerana dikhuatiri bekalan air terputus buat jangka masa yang lama.

Bagaimanapun penulis (aku) dan roomate buat dek je..malas nak tadah air. Kesokan harinya semua penduduk kolej mandi dengan kadar masa yang begitu awal ( termasuk aku) iaitu mandi sebelum subuh..

Pada tengah hari itu , air masih mengalir deras dari paip2 yang terdapat di kolej 12..Alhamdulillah..Apa yang dijangka tidak berlaku..

pesana khas: JIMAT AIR!! ANDA MAMPU MENGUBAHNYA..

No comments:

Post a Comment