'Seciput' Rezeki..



semasa perjalana balik menuju ke bilik, tetiba aku disapa oleh seseorang yang aku tak kenal pon. (Pernah nampak, tapi tak tahu nama..) maka terjadilah perbualan seperti dibawah..

tak kenal : Nak cheesecake tak? ( Sambil menghulurkan bekas kek bulat yang berisi cheesecake yang 
                telah dipotong pie..)
aku         : Ni nak jual ke bagi free..??(soalan cepumas untuk 'tak kenal')
tak kenal : tak jual..tadi beli tapi tak de orang nak habiskan. Nak tak, ambillah ...
 ( Sambil menghulurkan
                 bekas kek bulat yang berisi cheesecake yang telah dipotong pie sekali lagi..)
aku         : Betul ke ni?? (sambil buat muka terkejut..dalam hati > rezeki jangan ditolak, musuh jangan
                dicari..)
tak kenal : Betullah..ambik je..
aku         : ambik satu la..terima kasih.. emm,nama ape ek??
tak kenal : saya  ay*@#*..~(sebenarnya tak dengar sangat nama dia..jadi aku buat2 dengar je..maaf ye.. )

selepas itu, aku pun bahagi dua cheesecake tersebut dengan roomate aku..

ubat batuk kaler hijau tu diyana kasi..( aku dengan roomate sekarang ni tengah mengalami batuk yang agak serius) . Kat sebelah tu pulak besi  pengo#*&#% - kak aini kasi hadiah..( Cam tau-tau je aku sedang mengalami masalah pendengaran - sila rujuk ayat terakhir dialog diatas~)

malam tu teringin nak makan burger, tapi cam malas nak turun cafe..tak lama lepas tu ada orang jual burger dari bilik ke bilik..Apa lagi, kitorang beli la..tak yah susah-susah turun bawah..alhamdulillah..


Jadi, bila kita dah dapat suatu nikmat, biarpun sedikit ke banyak..bersyukurlah kepada Pemberi rezeki yang maha Pengasih lagi maha penyayang iaitu Allah swt..


Al Quran, Al Mulk:
[23] Katakanlah (wahai Muhammad): “Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur”.



renung-renungkanlah dan selamat beramal..

No comments:

Post a Comment