Pisang Derhaka?!

Assalamualaikum..(jawab jangan tak jawab!)..Korang tak pelik ke kenape aku kasi tajuk entri aku kali ni "Pisang Derhaka"..Semasa dalam perjalanan ke surau Kolej ke-5 UM, aku terjumpa satu papan tanda yang tertulis nama tumbuhan yang tertera seperti tajuk di atas..nak tengok?

pisang derhaka..huahua..!!
Pisang pun ada yang derhaka, kalau manusia derhaka? Derhaka? Sebut pasal derhaka, mesti teringat kat ibu dan ayah yang mana kita banyak buat silap kat diorang. Cuba kita muhasabah diri. Berapa kali kita merajuk, marah,tak puas hati, melawan kat ibu dan ayah kita?? Rasanya lebih dari semua jari yang ada kat kaki dan tangan kita ni..(maknanya = tak terhitung ler). 

Cuba kita fikir balik, berapa kali kita minta maaf kat ibu dan ayah kita? pernah? tak pernah? sekali? 3 4 kali?
So, for this entry, i just wanna say that, our parents are the most important person in our life. Without them, we are not in this world now..(cewah, speaking pulak budak ni..bajet giler..! grammar pun tunggang langgang.. >kata hati penulis). cuba renungkan ayat dibawah..

Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali jangan engkau mengatakan kepada keduanya perkataan "Ah" dan jangan engkau membentak keduanya, dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang mulia.
(AL-Isra':23)

Kesimpulanya, berbuat baiklah kepada ibu bapa korang sebelum terlambat..

p/s:  pesanan ini ditujukan untuk diri saya sendiri dan kepada insan yang bergelar anak di seluruh dunia..

No comments:

Post a Comment