Jangan Baca!!

     Aku baru balik dari bilik kuliah kimia... Bila buka je pintu bilik, aku perasan ada kertas kecik yang terselit kat bawah pintu. Aku pun menunduk dan ambil kertas tu. Baru je aku nak baca isi kandungan kertas tu (kot-kot dari admire..hehe) mataku tertancap pada tulisan yang berbaur amaran.. "Awas! Jangan Baca!!". Aku pun berfikir sejenak, kenapa orang yang bagi kertas ni tak kasi baca pulak. Aku dengan sewenang-wenangnya melanggar arahan tersebut. Aku baca juga..ceh!! ingatkan ape ..

kertas ni la yang aku jumpa..

Ingatkan  penting sangat, rupanya iklan entah ape2. Kat sini aku nak kaitkan dengan kehidupan kita seharian kita. Selalunya benda yang dilarang itulah yang akan kita cuba untuk lakukan. Bila orang kata jangan bising, korang buat bising. Bila orang kata jangan baca, korang berdegil gak nak baca. Bila ALLAH swt kata jangan tinggalkan solat, kita tinggalkan. Ibu kata jangan bergaduh, kita tetap nak gaduh gak. Kenape jadi macam ni??

Kita manusia ni sentiasa ingin tahu ape yang kita tak tahu. Contohnya, bila orang kata jangan baca, korang nak tahu jugak ape sebab tak boleh baca. Kadang-kadang larangan tu juga yang akan mendorong seseorang untuk melakukannya...ish ish..inilah manusia~

Pernah tak mak korang beri arahan, tapi maksud sebenarnya jangan buat.

mak    : pergilah panjat pokok tu lagi!! panjat!! panjat! nanti kalau jatuh, dok hospital..!
korang: tak nak..tak nak..
mak    : kenape tak nak pulak, mak dah suruh panjat, tak nak panjat pulak.. bila mak kata jangan panjat, korang panjat pulak pokok tu..! Bertuah punya anak!!
lepas tu korang pun nangis sebab korang tahu yang korang tengah kena marah. .Bayangkan anak sekecil ini pun boleh faham makna tersirat dari percakapan ibunya, inikan pula kita yang sudah dewasa ini. Pasti lebih mengerti.

Lenggok bahasa kita sebenarnya memberi maksud, bukan perkataan apa yang kita sebut. Jadi kita perlu belajar memahami lenggok bahasa yang dituturkan oleh orang yang di sekeliling kita. Banyak yang tersirat dari yang tersurat. Berfikirlah dahulu sebelum menerima arahan dan larangan yang diberikan oleh manusia kerana mungkin ada maksud lain di sebaliknya..

Tapi kita sebagai hamba Allah, jangalah mempertikaikan apa yang ALLAH suruh kerana setiap suruhanNya pasti ada hikmahnya. Kita sebagai umat Islam, wajib menunaikan segala perintah pencipta kita kerana telah termaktub dalam dalam al-Quran ..

" Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku. Aku sekali-kali tidak menghendaki rezeki sedikitpun dari mereka dan tidak menghendaki supaya mereka memberi aku makan."
(Adz-Dzaariyaat:56-57)

renung-renungkanlah.

No comments:

Post a Comment