Timbangan..

salam~
Semalam hari first aku buat amali kat makmal kimia PASUM.Sungguh teruja..hehe..
Eksperiment pertama kitorang adalah kira berat filter paper..lepas tu, result tulis kat jotter book..

penimbang electronik yang rosak..ape pon x bley..

filter paper yang sedang ditimbang..(kononya~ padahal penimbang tu tak berfungsi pon)

jotter book yang comel,,,

ni la filter paper  yang tengah bersiap untuk ditimbang..
setiap filter paper kitorang kena ambik 2 bacaan untuk carik average..penimbang ni kalau tak buat silap tak sah..sebab tu kena buat banyak kali..

tapi, penimbang amalan kita di akhirat kelak pasti tidak akan silap..

ok la, cuba kita bayangkan, filter paper tu amalan yang kita buat kat dunia..
penimbang tu adalah al-mizan yang akan menimbang segala amalan kita kat akhirat kelak ..
jotter book tu pulak korang bayangkan sebagai buku catatan pahala dan dosa korang..

amacam?..

lu pikr la sendiri apa yang aku cuba sampaikan ni..


Dan timbangan amal pada hari itu adalah benar maka sesiapa yang berat timbangan amalnya (yang baik), maka mereka itulah orang-orang yang berjaya.
(surah al-A'raaf:8)


Best ke jadi orang famous??

 Assalamualaikum..

Aku pernah terpikir nak jadi orang famous..terkenal..popular..dikenali ramai..dipuji..disukai..masok majalah..banyak duit..kaya..cantik..

ni majalah tipu je ek..(angan kosong~)

tapi bila fikir2 balik, susah jugak jadi orang famous ni.. Hidup tak aman. Setiap gerak geri orang perhatikan. Salah sikit tersebar seluruh dunia. Gossip sana sini. Dikerumuni peminat yang macam2 ragam. Wartawan tanya itu ini.adoii.. tensionnya hidop..

Jadi, bersederhanalah dalam kehidupan ini..

kalau korang nak berangan angan jadi famous..layan link ini..

Tadah!!..Air tenat..

calon2 baldi yang digunakan untuk menadah air,,(maaf sape punye baldi)
22 Jun 2011,KL: Kolej ke-12 UM digemparkan dengan khabar angin kurang baik iaitu bekalan air paip dijangka akan tergendala seketika akibat daripada penyelenggaraan paip.(kalau tak silap aku la)..
Kejadian ini mula disedari apabila penduduk di tingkat 9 (tingkat paling atas) Kolej ke12 mengalami gejala awal ketiadaan air pada pagi sehari sebelum tarikh yang tertera diatas.

Oleh hal yang demikian, penduduk Kolej 12 mengambil inisiatif untuk menadah air menggunakan baldi agar mempunyai bekalan air sepanjang keesokan hari kerana dikhuatiri bekalan air terputus buat jangka masa yang lama.

Bagaimanapun penulis (aku) dan roomate buat dek je..malas nak tadah air. Kesokan harinya semua penduduk kolej mandi dengan kadar masa yang begitu awal ( termasuk aku) iaitu mandi sebelum subuh..

Pada tengah hari itu , air masih mengalir deras dari paip2 yang terdapat di kolej 12..Alhamdulillah..Apa yang dijangka tidak berlaku..

pesana khas: JIMAT AIR!! ANDA MAMPU MENGUBAHNYA..

'Seciput' Rezeki..



semasa perjalana balik menuju ke bilik, tetiba aku disapa oleh seseorang yang aku tak kenal pon. (Pernah nampak, tapi tak tahu nama..) maka terjadilah perbualan seperti dibawah..

tak kenal : Nak cheesecake tak? ( Sambil menghulurkan bekas kek bulat yang berisi cheesecake yang 
                telah dipotong pie..)
aku         : Ni nak jual ke bagi free..??(soalan cepumas untuk 'tak kenal')
tak kenal : tak jual..tadi beli tapi tak de orang nak habiskan. Nak tak, ambillah ...
 ( Sambil menghulurkan
                 bekas kek bulat yang berisi cheesecake yang telah dipotong pie sekali lagi..)
aku         : Betul ke ni?? (sambil buat muka terkejut..dalam hati > rezeki jangan ditolak, musuh jangan
                dicari..)
tak kenal : Betullah..ambik je..
aku         : ambik satu la..terima kasih.. emm,nama ape ek??
tak kenal : saya  ay*@#*..~(sebenarnya tak dengar sangat nama dia..jadi aku buat2 dengar je..maaf ye.. )

selepas itu, aku pun bahagi dua cheesecake tersebut dengan roomate aku..

ubat batuk kaler hijau tu diyana kasi..( aku dengan roomate sekarang ni tengah mengalami batuk yang agak serius) . Kat sebelah tu pulak besi  pengo#*&#% - kak aini kasi hadiah..( Cam tau-tau je aku sedang mengalami masalah pendengaran - sila rujuk ayat terakhir dialog diatas~)

malam tu teringin nak makan burger, tapi cam malas nak turun cafe..tak lama lepas tu ada orang jual burger dari bilik ke bilik..Apa lagi, kitorang beli la..tak yah susah-susah turun bawah..alhamdulillah..


Jadi, bila kita dah dapat suatu nikmat, biarpun sedikit ke banyak..bersyukurlah kepada Pemberi rezeki yang maha Pengasih lagi maha penyayang iaitu Allah swt..


Al Quran, Al Mulk:
[23] Katakanlah (wahai Muhammad): “Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur”.



renung-renungkanlah dan selamat beramal..

Pisang Derhaka?!

Assalamualaikum..(jawab jangan tak jawab!)..Korang tak pelik ke kenape aku kasi tajuk entri aku kali ni "Pisang Derhaka"..Semasa dalam perjalanan ke surau Kolej ke-5 UM, aku terjumpa satu papan tanda yang tertulis nama tumbuhan yang tertera seperti tajuk di atas..nak tengok?

pisang derhaka..huahua..!!
Pisang pun ada yang derhaka, kalau manusia derhaka? Derhaka? Sebut pasal derhaka, mesti teringat kat ibu dan ayah yang mana kita banyak buat silap kat diorang. Cuba kita muhasabah diri. Berapa kali kita merajuk, marah,tak puas hati, melawan kat ibu dan ayah kita?? Rasanya lebih dari semua jari yang ada kat kaki dan tangan kita ni..(maknanya = tak terhitung ler). 

Cuba kita fikir balik, berapa kali kita minta maaf kat ibu dan ayah kita? pernah? tak pernah? sekali? 3 4 kali?
So, for this entry, i just wanna say that, our parents are the most important person in our life. Without them, we are not in this world now..(cewah, speaking pulak budak ni..bajet giler..! grammar pun tunggang langgang.. >kata hati penulis). cuba renungkan ayat dibawah..

Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali jangan engkau mengatakan kepada keduanya perkataan "Ah" dan jangan engkau membentak keduanya, dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang mulia.
(AL-Isra':23)

Kesimpulanya, berbuat baiklah kepada ibu bapa korang sebelum terlambat..

p/s:  pesanan ini ditujukan untuk diri saya sendiri dan kepada insan yang bergelar anak di seluruh dunia..

hobi..oh hobi..

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar..nampaknya anda telah berzikir hari ini..Alhamdulillah.. Untuk entri kali ni, aku nak share ngan korang semua pasal aku punya hobi..tatadaa~..ce tengok kat bawah..

aku kumpul muka depan exam pad...

 koleksi  favourite..

edisi hitam putih terbaik..

antara kolesi yang comel..

emm..no komen..

kawan yang kasi..angkasawan SMS..

smart kan??!
selain tu aku juga kumpul keychain..

keychain kesayangan..
keychain gelas yang  unik..
koleksi keychain.. 
okeylah..setiap orang ada hobi masing2 kan?? Ada yang suka kumpul stem, tak pun kumpul tin kosong.. Tetapi, aku sarankan korang untuk kumpul satu benda ni..gunakanlah sebaik mungkin kehidupan ini dengan mengumpul sebanyak-banyak PAHALA untuk bekalan di akhirat sana agar dapat hidup bahagia selama-lamanya di syurga.. amin~..





Jangan Baca!!

     Aku baru balik dari bilik kuliah kimia... Bila buka je pintu bilik, aku perasan ada kertas kecik yang terselit kat bawah pintu. Aku pun menunduk dan ambil kertas tu. Baru je aku nak baca isi kandungan kertas tu (kot-kot dari admire..hehe) mataku tertancap pada tulisan yang berbaur amaran.. "Awas! Jangan Baca!!". Aku pun berfikir sejenak, kenapa orang yang bagi kertas ni tak kasi baca pulak. Aku dengan sewenang-wenangnya melanggar arahan tersebut. Aku baca juga..ceh!! ingatkan ape ..

kertas ni la yang aku jumpa..

Ingatkan  penting sangat, rupanya iklan entah ape2. Kat sini aku nak kaitkan dengan kehidupan kita seharian kita. Selalunya benda yang dilarang itulah yang akan kita cuba untuk lakukan. Bila orang kata jangan bising, korang buat bising. Bila orang kata jangan baca, korang berdegil gak nak baca. Bila ALLAH swt kata jangan tinggalkan solat, kita tinggalkan. Ibu kata jangan bergaduh, kita tetap nak gaduh gak. Kenape jadi macam ni??

Kita manusia ni sentiasa ingin tahu ape yang kita tak tahu. Contohnya, bila orang kata jangan baca, korang nak tahu jugak ape sebab tak boleh baca. Kadang-kadang larangan tu juga yang akan mendorong seseorang untuk melakukannya...ish ish..inilah manusia~

Pernah tak mak korang beri arahan, tapi maksud sebenarnya jangan buat.

mak    : pergilah panjat pokok tu lagi!! panjat!! panjat! nanti kalau jatuh, dok hospital..!
korang: tak nak..tak nak..
mak    : kenape tak nak pulak, mak dah suruh panjat, tak nak panjat pulak.. bila mak kata jangan panjat, korang panjat pulak pokok tu..! Bertuah punya anak!!
lepas tu korang pun nangis sebab korang tahu yang korang tengah kena marah. .Bayangkan anak sekecil ini pun boleh faham makna tersirat dari percakapan ibunya, inikan pula kita yang sudah dewasa ini. Pasti lebih mengerti.

Lenggok bahasa kita sebenarnya memberi maksud, bukan perkataan apa yang kita sebut. Jadi kita perlu belajar memahami lenggok bahasa yang dituturkan oleh orang yang di sekeliling kita. Banyak yang tersirat dari yang tersurat. Berfikirlah dahulu sebelum menerima arahan dan larangan yang diberikan oleh manusia kerana mungkin ada maksud lain di sebaliknya..

Tapi kita sebagai hamba Allah, jangalah mempertikaikan apa yang ALLAH suruh kerana setiap suruhanNya pasti ada hikmahnya. Kita sebagai umat Islam, wajib menunaikan segala perintah pencipta kita kerana telah termaktub dalam dalam al-Quran ..

" Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku. Aku sekali-kali tidak menghendaki rezeki sedikitpun dari mereka dan tidak menghendaki supaya mereka memberi aku makan."
(Adz-Dzaariyaat:56-57)

renung-renungkanlah.