Aku balik kampong!!

 A
jeti seberang sungai..
kebun kecik..

perahu berjasa..

panjat pokok??

rumah klinik..
Pada 17 April 2011 aku balik ke kampong halaman..Kampung Tegageng, Suai, Sarawak..(agak pelik kan nama kampung aku ni..??). perjalanan yang agak meletihkan.. bayangkan keluar dari kolej kediaman lepas subuh, straight  to da airport..pastu barang pulak lebih muatan..adoiyai!!..terpaksa aku tinggalkan satu bagasi aku yang berisi buku tu kat airport..mujur ada kawan yang sudi nak ambil n simpan barang aku tu kat rumah dia. alhamdulillah ..selesai satu perkara..fuh!..kalau aku tak tinggal barang tu , aku kena bayar RM990!! giler bapak banyak..!! So aku pun bertawakal kepada Allah dan tinggalkan bagasi tu kat tepi pintu airport supaya mudah untuk kawan aku tu nak carik..pastu sampai kat lcct lebih kurang pukul 10 pagi..flight seterusnya kol 4.30 ptg..jenuh aku nak menunggunya.. tapi..sabar tu kan sebahagian daripada iman..sabor je la..akhirnya lebih kurang pukol 9 malam..aku pun sampai kat rumah...(lega tak terkata..)
       

ok..ok..berhenti seketika tentang cerita pasal aku..beralih pasal kampong aku pulak.. nak tahu apa kisah sebenar kenapa kampong kesayangan aku ni dinamakan sebagai "Kampung Tegageng"..? ok..sebenarnya....dulu sebelum adanya kampung kat sini, kawasan ini adalah kawasan hutan belantara. Pastu pada masa yang sama tersebutlah kisah di kuala sungai Suai terdapat tentera jepun yang mendarat kat situ..Dulu masa kita belajar geografi kan tempat yang paling sesuai untuk dijadikan tempat tinggal adalah tempat yang berdekatan dengan sumber ayer air contohnya seperti laut, tasik, kolam dan sungai..mungkin juga termasuk air mata air. 


Masa tu ada 3 kaum bumiputera yang tinggal kat kuala Sungai Suai iaitu kaum Melanau, Iban dan Penan. Bila dah tentera Jepun serang tempat tinggal mereka.. apa lagi..depa lari le kat tempat yang selamat..depa pun menyusur di sepanjang sungai suai dan berhenti di suatu tempat yang keadaan geografinya agak baik..maknanya..err..tempat tu ada sumber air yang cukup dan tanah yang subur untuk bercucuk tanam..Sebenarnya..depa nak bagi nama kampung ni Tiga Geng..sebab ada tiga kaum yang menetap kat sini..-Melanau, Iban & Penan..[geng = kumpulan].. tapi mungkin lidah diorang ni pelat ke ape..lama2 nama kampung ni jadilah  Kampung Tegageng..
      

Amacam ?? Menarik tak cerita asal usul kampung aku ni..aku tak tahu sangat kesahihan cerita ni..tapi, bagi aku macam logik je..orait..itu je untuk kali ini..daa..semoga hidup kita sentiasa diredhai oleh Allah S.W.T.....amin


aiman: Sayangilah kampung anda..bagi yang takde kampung, sayangilah tempat tinggal anda..wokeh!!

No comments:

Post a Comment